sejak kebelakangan ni, or specifically sejak bihun goreng ameerali dah tak sedap, aku selalu pergi satu kedai makan nie. dan kedai makan nie agak femes dengan kerang bakar! sedap! kalau pergi makan kat sini, kerja aku makan kerang bakar sajo. meleleh air liur. dan peneman wajip aku adalah cik coursemate aku yang brutal ayu gitu, minah rempit dan aku panggil dia kak syima. *senyum lebar* malam tadi yang petangnya kami meredah hujan sepanjang highway kl-bangi dan baliknya muka aku merah2 kena tempais hujan, ktorg makan lagi kat situ. dan tiba2 isu berbangkit kami adalah. 'kau tak rasa sakit dia putus cinta sebab tu kau senang nak cakap'. dang!
kalau dulu, bila tengok tv cerita/movie cinta or baca novel/ cerpen yang berkisarkan wanita yang ditinggalkan sang kekasih, mesti dalam hati kata 'alaa, dah orang tu xnk, xyah la terkejar2 ag dah', tak pun 'apa la bodoh sangat macam takda laki lain dah'. senang kan bercakap. memang senang sangat2 sebab sendiri tak merasa lagi apa yang orang2 tersebut rasa. sekarang, nah! ambik kau, bila kau dah rasa baru kau tau tinggi rendahnya langit ngan bumi.
bila ada orang mengadu kat kita pasal dia dah ditinggalkan, dicurangi, mesti kita kata 'cari je la orang lain', 'watpe ko nak nangis2 sebab dia?'. masa kita cakap sebegitu rupa, pernah tak kita memikirkan hati dia? pernah tak kau fikir andai kau berasa dalam kasut dia? muat ke tak? bagi yang pernah merasa dan tetap berkata begitu, ada sebabnya kenapa mereka berkata begitu. mereka bercakap based on own experiences. bagi yang belum pernah merasa tapi berkata pula begitu, kau silap. sakit dia tak sama macam kau sakit hati dengan result yang drop teruk, tak sama macam sakitnya kau hilang barang. tetapi sakitnya sama/ lebih kurang macam kau kehilangan ahli keluarga. kau sayang ahli keluarga kau bukan? dan kau sayang ehem2 kau sangat2 bukan? jadi rasa sakitnya kehilangan cinta tak akan jauh bezanya dengan kau hilang ahli keluarga. cuma bezanya, hilang ahli keluarga bermaksud mereka sudah meninggal dunia tapi hilang orang asing yang kau cinta bermaksud mereka dah tak nak bersama kau walaupun mereka masih hidup.
beberapa minggu yang lepas, aku mengalami zaman kejatuhan. zaman gelap yang, hurmm, gelap la. dan aku agak sensitif dengan sentuhan kawan2. pada minggu pertama zaman kejatuhan, heater izni rosak. sudahlah duit takdak! heater pula minta yang baru. nasib baik zaman kejatuhan aku tak mengizinkan aku minum air faveret. jadi aku mampu bertahan 2minggu tanpa heater. esoknya aku turun bilik izni, sambil berbekalkan tisu sebab airmata aku agak murah pada masa itu. dengan lelehan airmata, aku khabarkan 'izni, heater ko rosak'. intan yang cuak pada mulanya hanya mampu gelak dengan statement comel aku. *sengih* selepas intan pergi, 'kau nangis bukan sebab heater kan?'. soal izni. adakalanya aku respect dengan kau, memahami saat genting aku. kelas pada pagi sebelumnya, kau sempat menghantar pesanan ringkas 'if u need any help or mayb a shoulder to cry on, let me noe k.. :)'. kau sedar tak, aku menangis saat aku baca text kau tu. dan ya, aku menangis kerana sebab yang lain. terima kasih atas semua pengertian! minggu seterusnya pula, di luar kelas DNA, dila pula. buat adegan tak senonoh dengan aku di depan pintu bilik kuliah. katanya sejuk, jadi peluk aku dari belakang. (jangan imagine yang bukan2 ye), aku yang sensitif dengan sentuhan orang, terus merembeskan airmata. memang lacrimal gland aku agak longgar saat nie. penat aku tahan mata aku dari basah sepanjang kelas DNA. dan akhirnya aku dikhianat oleh mata sendiri di saat aku dipeluk dila. 'dila cakap apa?' izni bertanya lagi. tak2. dila tak cakap apa2 pun. dila hanya peluk aku. hanya peluk. dan pelukan itu mengoyah aku walaupun ia bukan bermaksud mahu memujuk aku atau menyedihkan aku. dia cuma peluk aku sebab dia sejuk.
minggu2 kejatuhan ini buat aku betul2 berfikir. soal hati kita tak boleh nak tentukan. soal hati, kita tak boleh nak bercakap sewenang2nya. soal hati adakalanya tak boleh terlalu dilayan. 'nak xnak, kau sebenarnya kena bersabar. walaupun kau rasa cam nak lempang muka orang yang dok kata suh kau bersabar, kau memang perlu bersabar. xboleh ikutkan sangat hati'. maka, aku akan ingat kata2 izni nie sampai bila2. seseorang pernah berkata, 'kalau kau tak kuat dan kau belum bersedia, lupakan saja niat kau untuk bercinta'. tepat menembak hidung aku. aku fikir aku dah sedia, tapi sebenarnya aku masih jauh dari sedia. bersyukur saja aku belum bercinta. maksud aku bercinta dengan kadar yang serious. jadi, kalau kau pun rasa kau tak sedia lagi, baik kau fikir molek2. sakitnya menyinta dan merindu orang yang tak mahukan kau amat pedih. kau boleh gila. fikirkan dengan serious.
nota bersepah:
..arini crime scene dpt case mayat terjerut terlentang kat tangga, tanpa diketahui dibunuh atau bunuh diri..
..aku rasa semakin tenang.. god's blessing.. :)
2 comments:
lin sabar je la.. kli pasal ni, suma org xleh tolong lin.. so lin mst kuat!! k...
i will..thnx :) <3
Post a Comment