akan sampai satu ketika
kau akan tersedar
tersedar bahawa dunia ini
tak selamanya memalingkan keindahannya dari kau
tersedar bahawa dunia ini
masih mahukan kau memijak ia dengan hati yang lena
dengan jiwa yang gembira
agar kau kuat melawan rasa hati yang kejam
akan sampai juga satu ketika
kau akan tersedar
tersedar masih ada yang mahukan kau di sisi
yang menganggap kau orang yang dia sayang
yang ingin kau ada di bingkai gambar pada masa depan
sampai satu ketika
kau akan penat
penat berfikir kenapa dunia ini begini
kenapa dia enggan melepaskan
kenapa dia masih sayang
dan kenapa kau masih mampu bertahan
selepas kau rasa dunia ini membenci kau..
=)
dan aku pula tersedar sudah berzaman aku tak berkata2..
*mode:tolong ingatkan aku-anaraffali*
♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥
▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒
No comments:
Post a Comment