Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cuba fikir elok elok

..anda rasa anda dah cukup bersyukur?..

Sunday, August 8, 2010

hati masih mahu berpuisikan kamu

hati masih ingin berpuisi untuk kamu
masih mahu bermimpi perihal hati kamu
walaupun hati kita tidak ada serasinya
hati masih ingin berpuisi tentang kamu
perihal rindu pada kamu yang pernah ada
yang tidak pernah putus merindu diseli airmata
hati masih ingin berpuisikan kamu
walaupun hati ini pernah dikoyak rabak
yang berlagu pilu bersama dendang esak
*****
tapi bagaimana mahu ku berpuisi
andai rasa itu sudah tiada
rindu itu pula sudah berpaling
tanpa sedarku rasa itu hanyut
ditelan masa,dikunyah waktu
rindu ku pula pada yang lain
namun,hati tetap masih mahu berpuisi
bersama bait2 yang terkandung nama kamu
nama yang kudengar indah sentiasa
*****
benarkan apa yang pernah aku azamkan dulu
dengan masa yang berlalu sepi,kering
aku akan mampu melupakan kamu
yang dulunya adalah wajah kegemaran
yang tanpa jemu aku tatap
menjahit sendirian koyak hati duka
dengan benang kenangan selama bertahun
dan kini,aku tidak akan sesekali
tersentap memandang kamu yang mengoncang jiwa
walaupun puisi ku masih ada kamu
*rindu*

nota bersepah:
..nak sangat jumpa..tapi takot lak..huu~
..i've been editting this post many TIMES,kenapalah post nie degil sgt..boleh pula line lari..=_="


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

No comments:

Related Posts with Thumbnails