Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cuba fikir elok elok

..anda rasa anda dah cukup bersyukur?..

Saturday, May 19, 2012

Give me back the smile on my face. Please.


Hye peeps! How's thing going on? Sihat? Gembira? God bless if you did. 

*senyum*

It's been a while isnt I didnt drop anything here. Ahh. Too many things happened. Banyak yang nak diceritakan, tapi jemari, ya jemari ni tak nak pula menari nari atas papan kekunci.

Bila dikira kira hari yang tinggal, tanpa sedar, tak sampai dua bulan lagi sisa baki masa. Cepat bukan masa berlalu. Dan memikirkan itu, banyak yang aku khuatirkan.

Diri sendiri.

FYP

Final exam

Final year, final sem

BGP

Ya, BGP juga termasuk. Sudah dua kali aku menerima panggilan dari rumah membincangkan hal yang sama. "Nanti dah habis belajar, barang barang macam mana? Kereta macam mana? Balik sini atau tinggal kerja di sana?"

Oh mommy.

Aku ceritakan begini, "Barang banyak, hari tu simpan barang separuh kat stor, separuh lagi penuh satu kereta, so blablabla".

My mom, "Apa banyak sangat barang?!"

*tersengih*

Dalam dilema nak ship BGP terus balik Sarawak atau tidak. Dikhuatiri rezeki melimpah di sini, macam rugi pula kalau dah ship BGP awal awal. 

Hurmm

Kalau diikutkan hati, aku mahu pulang. 5 tahun direct di bumi orang, sekali sahaja aku pernah tinggal di rumah lebih dari sebulan. Peralihan matrikulasi ke universiti. Sampaikan aku berfikir, "Hidup aku membesar dan menjengah dewasa sememangnya tidak ditakdirkan di rumah sendiri kah?".

Setiap kali balik ke rumah, pasti ada pembaharuan. Balik masa 1st year/matrik, bilik mak ada tv sendiri, sofa baru dan kabinet tv baru. Oh, abang ipar baru juga. Ha ha
Balik masa 2nd year, perabut dapur baru, oven baru, gate rumah baru, ampaian beroda baru. 
Balik 4th year, auto water heater (sebenarnya aku tak tahu nama. Yang ni aku terkejut, sebab my mom tak suka sangat electric stuff, she said membazir electric. Even periuk nasi electric pun start pakai masa aku matrik, and only used it for dinner, untuk lunch sila masak nasi secara manual di dapur ye). 4th year ni tu je la aku perasan. Well, balik pun 3 hari je, but another shocking thing is talian telefon rumah telah ditamatkan and my mom never tell me once, mana la bila dial dial pun tak dapat. =.=
3rd year aku tak balik rumah sebab kena balik rumah abang kat Miri.

Memikirkan semua ni, pasti menghilangkan senyuman di bibir. And I realize something bout myself, 'I barely cannot do two things at the same time'. When that happened, I felt like the whole world stepped on me. 

Beban.

Itu yang aku rasa. Dan keinginan aku untuk balik sangat kuat.

Sehingga aku rasa, menaip 'ha ha ha' itu pun terasa berat apatah lagi tersenyum, terasa hipokrit. Kerana sekarang, aku rasa tak ada yang boleh digelak ketawakan. Otak hanya fikir FYP dan macam mana kalau dah habis belajar nanti. Kalau dihitung setiap 'ha ha ha' yang aku type di FB mahupun Twitter, mungkin hanya 40% sahaja yang aku betul betul ketawa atau tersengih macam kerang busuk. Selebihnya sekadar untuk menjaga hati. Ada pun yang boleh buat aku tersengih, bila nak type ha ha tu terasa cam pelik sangat, so it ended without expression.

Hipokrit.

Aku sekarang selalu menghela nafas berat dan mengeluh. Korang tahu? Masuk tidur, bangun tidur, even tengah makan, otak ada FYP je. Dan terfikir, ini rupanya hidup sebagai budak final year. Hati memanjang tak tenang. Makin lama makin malas nak gelak dan senyum.

I'm turning into an alien, bewareeeeee.

Ok, not funny aite. -.-'

Sem ini mungkin sem paling selekeh bagi aku. Bilik aku sememangnya dikenali sebagai bilik yang tak pernah berkemas. Sebab aku jenis tak suka simpan barang yang aku selalu pakai. I just put everything on the table. Tapi sem ini, i think it's disaster. Kemas pun sebab kesian kat roomate. Bila tersedar yang bilik tu bukan kita seorang yang pakai, mula kemas sikit sikit.

Tapi sejak sejak asyik menghadap FYP ni, drawer aku pun menjadi mangsa. Drawer aku memang sentiasa terbuka tapi tak ada la sampai barang dalam tu melimpah. Sem kali ni, drawer semua terjelir keluar dan isi dalamnya melimpah.

1 - Drawer nipis. Dalam ni banyak kertas data yang aku kejap kejap tengok untuk refer masuk SPSS, kadang kadang sikat pun masuk sini, hp kalau korg text and aku cepat je reply or call cepat je angkat maksudnya hp tu dalam ni la. Tapi kadang kadang tu jenuh juga nak cari sebab hp terceruk hujung drawer kena tutup dengan kertas kertas. Cermin, jam, mp3, lipbalm, result exam pun ada sekali.
2 - Drawer atas. Sepatutnya dalam ni letak sikat, barang untuk cantik cantik la kiranya. Tapi sekarang dah jadi file drawer. Contoh thesis masuk situ, buku spss masuk situ, buku Gaya UKM kalau ada pun masuk situ, tapi sekarang ni buku tu tak tahu mana pergi. Oh, jangan lupa, makanan pun di situ juga kalau atas meja tak ada tempat.
3 - Tu sebenarnya box yang aku isi begsssssss. Dah melimpah. Letak situ jadi tempat letak kaki. 
4 - Drawer bawah sekali. Drawer ni memang jadi tempat letak kertas and buku nota. Dulu drawer ni la yang paling jarang aku buka. Tapi sekarang, dah tak pernah tutup. Borang data, sample lip print, lecture notes sume kat situ. Termasuk la majalah free yang aku dapat masa BookFair aritu.

Drawer tengah tu tak terusik. Barang perempuan. Yang tergantung tu, beg kuliah. Tadaaaaaaa, macam tu la meja aku selama satu sem ni, Yang atas meja tu hurmmm, tak perlu la tunjuk. Pengsan karang. Sekarang ni just penuh barang aku la. Selalu pukul 1-4 pagi macam ni, aku akan makan. So meja aku penuh dengan pinggan, mangkuk dan mug. 

Selain bilik, BGP turut jadi mangsa. Tak mandi 2minggu dah jadi perkara biasa. Sama ada tak sempat atau aku yang malas keluar. Bagi aku, masa yang ada baik duduk bilik. Tapi few days ago, nak lari sekejap dari bilik aku rajinkan diri pergi hantar carwash dan check mana yang patut. Puas hati. Yang tak puas hatinya, minyak hitam dah sampai limit, power stering oil dah cecah critical line, tiub air wiper tercabut, bekas air wiper kosong, bekas air radiator nyaris kosong. Fuh~

Sekarang, tumpuan sepenuhnya pada FYP. Sedikit lega, dan suka barangkali. Sekarang tengah siapkan slide presentation. Tak sabar nak emailkan kepada Dr Supervisor :D

Sebelum menamatkan entri kali ni, aku nak minta maaf kalau ada yang aku kecilkan hati, sesiapa yang terasa hati. Aku sedar kebelakangan ni, bahasa aku agak kasar. Stress had taking away my sense of humor perhaps. And maybe i had turn into a lady of moods.

So, is there anyone who can give me back the smile i lost?

Panjang pula entri ni.


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

2 comments:

insta: lea_na_nur_ said...

jgn bg air radiator kosong if u do hbs laa kete meletop!!! mnyk itam amat penting...haihh! kalo leh nk tlg gak g tgk kete ko tuh..ak tau pon mnyk itam dan air aje..

~cAhAyA kEmUL!aAn~ said...

Him Nae Ja iceq!! =)

Related Posts with Thumbnails