Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cuba fikir elok elok

..anda rasa anda dah cukup bersyukur?..

Saturday, July 30, 2011

lonely ranger; again


Tidur pukul 2 pagi, watpe? On9, packing sikit sikit. Dasar pemalas! Nasib baik barang sikit je lagi, sebab half dah siap packing and tinggalkan kat ukm. So barang yang tak siap packing adalah barang yang ada kat bilik intan nih. Tak ada mood laaaaaa -.-

Bangun pagi, jam 9. Urghhhhhh! Malasnya nak bangun. Usually bangun pukul 6 and before this timing macam nie, tengah lepak kat pantry, minum Nescafe, baca newspaper. Oh damn, I miss all those things dah. Sebak je rasa bila bangun pagi and semua tu dah tak ada >,< Golek sana golek sini, finally I wake up. Lots of thing to be done today. Mandi dan siapkan packing. Masih berfikir, nak angkat semua barang terus ke atau after balik dari bengkel baru angkat? Fikir, fikir, fikir. Penat fikir, so I decide angkat je la semua! Tengah tengah mengemas barang, otak ligat fikir jalan ke KL tanpa tol yang min ajar. Aku nie memang payah bab ingat jalan. A year with own car at bangi, still buat aku salah keluar roundabout kalau nak balik ke ukm from ameerali. pffftttt. So aku sms min for comfirmation;

Aku: nt dah lepas trafik light kt warta tu, ada belok2 x?
Min: straight je..smpai jpe kedai pizza.aku nk hd we

Selesai packing, aku pun angkat barang barang dari tingkat 3. Kalau hari hari aku macam ni, ketul ketul la lengan aku *gelak* sampai kat bawah, aku pass hd kat min then dia ajar balik jalan nak ke KL. Rasa rasa boleh ingat ni. Lepas mengucapkan selamat jalan dan sewaktu dengannya, PES pun bergerak pergi. Aku, sambung angkat barang. Adoiii, penat. Kepala pun dah sakit dok turun naik turun naik. 4kali kot turun naik bawa barang. Kalau la aku tak tinggalkan barang kat ukm, bawa balik semua barang yang aku ada. Mampus weis! 10 kali kot turun naik nih. *gila*

Habis angkat dan sumbat dalam kereta, aku pergi check out kolej dulu. Check out pula, confident je tulis tarikh 1/8/11 kat buku. It’s 25 /7 laaa! Tak memasal kena marah dengan pakcik tu, ‘nanti yuran mahal, marah pula!’ pffffttt~! Then, tunggu dalam kereta, tunggu zu datang hantar report LI. After that baru drive ke KL. Oh no no no. before tu kita kena gerak ke bengkel dulu. Minyak hitam BGP perlu diganti. So spending less than half an hour kat bengkel, baru gerak ke KL! Lonely Ranger to KL!!

Kuala Lumpur.

Ikut jalan yang min ajar. Pizza lepas. Sampai kat 1 junction ber-traffic light, aku terfikir ‘perlu belok x?’. tapi aku buat muka confident, ambil jalan straight. Tudiiiiiii, aku nampak tol kajang!!! Salah jalan dah ni weisssss!! Tol kajang pun tol kajang la, tak boleh nak turn over dah. Huh..

Aku pun menyusur la jalan jalan yang selalu aku lalu. Benci aih! Tak merasa aku naik kl without that hampeh tol.

Masuk KL dah, cari Jalan Tun Razak and Bulatan Pahang. Lucky me, tak susah nak cari jalan ni. Eh, pernah tak aku bagitau nie 1st time aku drive sorang sorang masuk KL? 1st time drive sorang sorang masuk, sebab selalu berteman. Kalau pun sorang sorang selalunya sampai BTS je. Eh eh eh, dah menghampiri destinasi. Aku tak cam la Bangunan Yayasan Selangor, slow slow, finally jumpa!!

-bersambung-
♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Sunday, July 24, 2011

she's back to her dull life

hey!

*terdiam*
ok, be honest. im out of clue of what to write here. been a while didnt posting and now i am in a mood of dont-know-what-to-share. -,-

let see.. dull life uh? 

i've mentioned long ago right, i'm attending a short course of Kepaniteraan II aka Latihan Industri (LI). so now, i'm announcing, we're done!! *senyum lebar2 tapi hati sedih* tamat LI which also means, she's back to her dull life. =.<

and seriuosly, i'm gonna miss everyone and everything; 
the CFT and the FOP, including makcik cleaner, 
the pantry, self made nescafe, tv yang tak ada tv3
bilik mesyuarat yang sejuk like artic,
pingpong playing, 
my supervisor aka my pingpong parter, our always winning in pingpong over faiz and intan, the printer and photocopy machine, 
red access pass, yellow/green visitor pass, 
always full parking,  
traffic jammed to and from putrajaya, 
waking up on 6 ++ am, sleep early at night 
notebook cawangan yang selalu sakitkan hati, 
cabel yang berselirat atas meja, 
hardisk berlambak, 
hardware analisis komputer and hp
evidence wraping with bubble wrap, 
evidence photo snapping,
gurauan bos yang mengong, 
gelak tawa bila semua lepak kat pantry
analisis barang kes yang berminggu baru nak siap, 
'set karaoke' bos, bilik bos yang ada 2 screen PC and 1 laptop giant.
bilik video audio yang tak sejuk
and macam macam laaaa!

starting today, no more of all these.  sedihhhhhh.. people here are so nice. tertanya tanya, bila agaknya akan jumpa dorg lagi. dorg siap cakap lagi, ktorg nie la batch yang paling mesra dengan dorg. the reason is, ktorg selalu lepak pantry, so selalu la berbual dengan dorg.  lagi ktorg petang2 before balik wajip main pingpong, kadang kadang je tak. adakala tengahari rehat pun ktorg main juga. tuan supervisor akan join the game kalau dia free. and kalau dia dah main, dia akan ajak match. kalau dah match nie yang selalu balik lewat. macam dah kebiasaan dah kalau match, aku team ngan dia, faiz lak team ngan intan. bila dah lama lama main, dah last week baru aku ngan intan reti main dengan betul. kalau tak, sebelum nie macam haram je pukul bola. papepun, it's an interesting experience. dari tak pernah main pingpong, sekarang dah boleh main. main sikit sikit la, pro tu tak laaaa.. ;P

so now, hidup dah dull balik. no more task waiting. no more stupid jokes from bosses. no more  'salah buat' things. no more case report writing. no more psycho expression from bos #2. no more thinking of what to buy for lunch. no more sitting in pantry with a mug of nescafe. no more reading newspaper in the pantry. no more pingpong playing. no more seeing intan's smashing like hell. no more hearing lagu aishiteru from bos #2. no more motivational ceramah from WakNan. no more running away from WakNan coming. no more tapping red access card to enter the office. no more watching movie using projector and playing games during free time. no more dahhhhhhh!!! >,<

*ok, cerita itu je la sekarang. dah tak ada mood nak cerita panjang. barang BANYAK TAK PACK lagi!!!!! wuaaaaaaaaa~!!!!

notabersepah:
.. dah rindu LI ;(



♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Saturday, July 16, 2011

simple note #18


"seseorang yang ikhlas hatinya mencintai tidak akan mengatakan dirinya tidak layak untuk insan yang dicintainya. malah dia akan berusaha keras agar dirinya layak berdiri di sebelah insan itu, bukannya pergi meninggalkan ". 

seseorang pernah berkata, 'awak terlalu layak untuk saya'. adakah awak sedang berkata, bekas kekasih awak yang dulu dan si dia yang awak terkejar kejar sekarang adalah lebih rendah martabat dirinya dari orang yang awak maksudkan?. 


jadi, kenapa menghulurkan sayang di awal perkenalan andai merasa diri tidak layak. kenapa tidak menilai dulu kelayakan diri dalam tempoh berkawan. kenapa?


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Friday, July 15, 2011

july 14th 2011


arini 15hb. semalam pula 14hb. sempena 14/7/11 ni, aku nak wish kepada some1. HAPPY 22th BIRTHDAY !


macam aku pernah bebel dalam blog suatu ketika dahulu, this lady is my diary, kawan yang sentiasa memberi semangat, yang memberi kata nasihat, yang sering menyuruh diri ini kuat, yang tak putus mendenngar setiap keluhan dan sedih aku. dalam erti kata lain, God send her to me as one of my precious gold. 

actually, aku hutang dia entri, 3 entri ok! for the last 3years, setiap tahun dia akan buat entri on my birthday. aku je yang tak reti nak buat. *gelak* so, tahun nie aku tekad nak buat! after all the crisis we had, the fight we gone through, the pain we felt and laugh we sang. nilai persahabatan yang ktorg simpan semakin tinggi nilai dia. 

sepanjang hidup aku, tak pernah aku ada sejarah rentetan persahabatan seperti yang aku dengan dia ada. dari tak pernah jumpa, kenal kat friendster, borak borak, bergurau  seperti dah lama kenal, then hujung 2008, ambil keputusan untuk berjumpa. first gathering for group friendster 1989. malam sebelum, ktorg webcam through YM. esok jumpa, masing masing tak banyak cakap. tak macam dalam friendster/YM yang borak lagak macam kenal dah 10tahun. sejak dari tu, ktorg still contact. dia pun anggap aku as bestfriend. sampai satu masa, pertengahan 2010, timbul crisis. but then, everything went back to normal after a full-of-tense chatting. gaduh seminggu, ambil masa seminggu juga tak salah untuk kembali berbual dan seterusnya mesra balik. sampai sekarang, still ok and ktorg masing masing berjanji yang persahabatan ni kita akan jaga sebaiknya. tak nak langsung ada masalah lagi. kalau ada dengar desas desus, terus face each other, tanya dirct kat tuan badan. sebab tak nak ada pihak yang sengaja nak melaga lagakan ktorg. cukup la dengan salah faham yang pernah berlaku. so, ini la sejarah aku maksudkan. bukan lah nak kata aku tak perna bergaduh. cuma ini satu satunya yang bergaduh dalam on9, settle cara baik pun on9, malah semakin rapat, semakin sayang.

so, untuk Noor Fatin Othman, SELAMAT HARI JADI YANG KE 22. semoga setiap yang terbaik, rezeki, jodoh terbaik, akan sampai kat fatin tanpa sebarang rintangan yang mampu mengoyah hati dan pendirian fatin. semoga keluarga yang terbaik, yang selama ni memberi sokongan akan sentiasa di sisi fatin. semoga Faiq cepat cepat hantar rombongan meminang, amin! semoga kehidupan di kulim semakin baik dan memberi tuah. dan lastly, semoga kita diberi kesempatan untuk berjumpa lagi tahun ni. tunggu aku elok elok kat kulim tu tau! :D

cupcake dia comel sangat!

nota bersepah:
.. lately xleh nak update blog kat ofis sebab kena block. boleh buka masa rehat je. so rehat yang panjang nie, aku cepat cepat on9 and update blog. hehe
.. ok, aku nak main pingpong dulu!



♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Sunday, July 10, 2011

Adik Iqbal Fahreen Hamdan.


can't sleep. ini adalah gila, esok kerja tapi sekarang dah pukul 1230am but i'm hardly to fall asleep. padan muka. minum nescafe bergelen gelen macam tak ingat dunia. 

dalam tempoh cuba melelapkan mata, dengan lampu dah tutup semua, terbayang satu nama;
adik Iqbal Fahreen Hamdan. nama yang aku jumpa dalam majalah Mastika. kisah yang membuatkan airmata aku tumpah di dalam kedai di mana aku part time sekarang nie. nasib baik customer tak ramai, kalau tak, malu la den orang tengok airmata mencurah curah. even sekarang kalau aku baca balik, airmata still bergenang.

habis baca kisah adik nie yang menyayat hati, aku buka hp. type new message : Adik iqbal fahreen hamdan; dan aku send ke Twitter. balik nanti, aku nak google nama ini. takut terlupa jadi aku letak dalam twitter. balik dari kerja, aku buka laptop dan aku online. aku cetaktampal nama yang aku letak dalam twitter dan aku google. then, aku jumpa nie. a blog yang retype kisah dalam mastika. so, dengan mata yang masih belum mengantuk, aku bangun buka lampu dan aku naikkan lid laptop. aku buka blog dan aku cetaktampal pula entry dia masuk dalam blog ni. korang baca ok.. jangan lupa sedia tisu..

***

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.



Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terakhir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"



Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.



Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu?

Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian, mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu.

Lantas mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang berlaku sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang.

Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya.

Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir.

Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari.

Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.



Januari 2011-  Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak,sudah 'reput'. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang.

26 Februari 2011-  Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah!

Hah Hah.. Tergelak mak.Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah,

Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta.

Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti.

Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.

7 Mac 2011-  Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang.

Mak bawa abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi.

Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan. Mak redha. Dalam hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi.

Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan abang? Mak jawab: "InsyaAllah, abang akan sihat!"

Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahumereka semua lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi.

Mereka pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan.

13 Mac 2011- Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang.

Di rumah, setiap hari mak akan tanya: "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: "Mak, abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? Mak jawab: "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala.

Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke paras dada. Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!"

Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu.

Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembiru sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Abang tak perasan, mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi: "Abang nak apa?"

Abang jawab: "Abang nak naik lori sampah!"

Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?"

Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju abang dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka.

Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sanggup lihat abang lama-lama. Sedih agaknya.

Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung abang.

Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja abang nak pergi,semuanya mak tunaikan!

Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam  abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu abang pinta pada pukul 3.00 pagi!

Apa saja yang teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan.

Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011-  Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah, apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!"

Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.


5 April 2011-  Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!"

Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini. Kemudian, Dr. Adura. , doktor yang sinonim merawat abang datang melawat.

Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yang mak terkilan tak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011-  Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini. 

Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini.

Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr Adura tulis di dalam blognya kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta.

Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk abang. Tapi abang kurang ceria, wajah abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011-  Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tapi abang sekadar lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu.

Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaanya meningkat naik. Tapi hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik.

Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada abang: "Mak tahu abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi.

"Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika!"

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia ini.

9 April 2011-  Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu. Pakul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai. 

Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?"

Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu.

Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak.

Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang.

"Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja."

Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba!

Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dalam nada yang lemah: "Makkk..sakit perut..!"

Dan abang terus memanggil: "Makkkkk!". Suara abang perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!"

Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata abang yang semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan kamu!"

Mak marah mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput abang.

Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya.

Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat  abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!" Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillah... Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang: "Tenanglah abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"

Abang, sekarang mak dah dapat jawapanyya. Mengapa mak tidak menangis?

Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti.

Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.

Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang.

Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.

Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan.

Mak telah beri segalan-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa abang ta[i... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.

Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahan seawal usai dua bulan dan ada antara pembedahannya gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidka lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat  tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).

*TAMAT*

*aku harap owner blog nie tak marah la aku cetaktampal 100% memandangkan aku tak tunggu dia reply msg aku. and one more thing. kalau nak tengok gambar adik Iqbal semasa hayat dia, boleh la pergi kat sini; asal entry ni semua. kat tepi sidebar dia ada letak link dia separate kisah nie jadi 6parts. thanks to him for retyping this story. memandangkan aku kinda busy, susah nak update so aku minta izin dari dia untuk copypaste full story dari blog dia.
*saat nie, aku terfikir. dah lama aku tak menangis. dan aku lupa bila kali terakhir aku menangis. yang aku ingat aku menangis disebabkan siapa.
*ada lagi link pasal kisah nie. later i'll put it here. entry macam dah panjang meleret ke bawah. and thnx for keeping the track to read up the story. *senyum*


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒
Related Posts with Thumbnails