Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cuba fikir elok elok

..anda rasa anda dah cukup bersyukur?..

Sunday, May 1, 2011

ZineSatuMalam



-puisi ini tak bertajuk-


hari ini kau pegang erat tangan aku
esoknya kau lepas pergi
aku ini apa sebenarnya
tempat kau tempias nafsu?
kau kena ingat sayang
takkan kekal bahagia kau
kalau kebahagiaan kau yang sekarang
kau bina atas penderitaan aku yang kau bagi
dunia ini putarannya simetri
begitu juga nasib kau nanti
begini kau lakukan aku
Tuhan akan bagi yang begitu untuk kau
aku tak doakan yang bukan bukan
aku serahkan kepada Tuhan
apa Dia mahu buat pada kau
kalau bahagia itu bayarannya atas perlakuan kau
aku terima
kalau derita yang dia kreditkan untuk kau
aku hanya tersenyum
mungkin tersenyum hambar
kerana sesungguhnya aku tak mampu
aku tak mahu melihat kau sengsara
seteruk mana kau buat aku
aku tetap sayang kau
aku nak kau bahagia


1.37am; 30 Mei 2011
puisi spontan di ZineSatuMalam ; EdisiKhasPuisiPagiButa 


notabersepah:
.. penat. arini pindah bilik. brg byk cam x igt dunia..

♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

No comments:

Related Posts with Thumbnails