Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cuba fikir elok elok

..anda rasa anda dah cukup bersyukur?..

Sunday, May 8, 2011

kerja semasa cuti semester. part1 : econsave(?)


selepas berbulan bertungkus lumus cari kerja yang konon kononya nak dibuat masa cuti akhirnya berakhir di econsave. datang hantar borang, interview, terus dapat. borang pun din yang bagi. kalau tahu senang camni dapat, lama dah minta part time dulu. cis!

sekarang dah cuti sem. so, kerja lalalalalalala!

first day...
bermain dengan telur, tauhu, kentang, keropok ikan & bawang. mula mula pack telur. masukkan telur yang masih elok ke dalam bekas 10biji telur. sebusuk mana pun telur yang dah pecah, dah berulat, sampaikan ulat tu dah transform jadi pupa, tak kan mampu mengalahkan bau bangkai rabbit ento aritu. banyak juga telur ktorg packing, norli pun sampai nampak telur tu jadi benda lain dah. nak masukkan bullet stapler pun salah. mana lak bullet tu nak masuk. semua sebab pagi tu dok pandang telur je. telur. telur. telur. tengah susun telur tu, aku ada kena suruh susun tauhu. baru tahu, tauhu pun ada tauhu lembut, tauhu keras. kalau tauhu lembut, dia besar. tauhu keras pula, dia kecil sikit. kalau kat rumah aku, ada tauhu keras je, tu pun saiz besar tu je. settle telur & tauhu, aku dikerah packing telur & kentang yang mockdown. pernah dengar mockdown? aku pernah dengar, tapi baru tahu apa maksud tu. ha ha. mockdown adalah barangan yang dah rosak sedikit atau stok lama yang akan dibuat jualan murah. so, aku kena pack keropok ikan dulu. sakit jari. pack & seal, pack & seal. siap! next bawang pula. pack punya pack, siap dah seal baru tahu kalau aku dah pack bawang yang salah! aku pergi pack bawang yang baru, yang terang & nyata still elok. *ketuk kepala sendiri* tu la, tak reti nak tanya supervisor. kan dah salah. terfikir nak tanya kak wati je, i dont know her position tapi dia orang kuat juga. tapi kak wati hilang, entah ke mana. sempat tanya pun sebab ada pekerja sorg nie dok berbual dengan aku & dia kata, dia tak pernah nampak bawang pack camtu. wa wa wa wa. nasib baik dia tak suruh unpack balik. phew. nama dah mockdown packing, yang aku pergi pack bawang yang elok lagi tu apa kes pula kan. habis dengan bawang, pack kentang. tapi yang peliknya kentang nie ada juga yang still elok. kiranya kentang elok campur dengan yang tak elok dalam bakul. hairan juga, tapi pack juga. last last makcik yang aku tolong susun tauhu tu datang. tegur. eh, elok lagi kentang nie. tak boleh pack kentang nie. then, dia panggil i-dont-know-what-position is he, dia pun marah, suruh unpack. simpan balik kentang yang elok. wa wa wa wa . dua kerja lagi. pffft! so, aku pun buka la balik plastik tu, asingkan elok & tak elok, pack balik yang tak elok. sepanjang petang buat benda tu je. last last siap juga. relief! pukul 6 balik!!!

to be continued...

*cerita econsave nie panjang sangat.. plus tak larat nak cerita sampai habis. penat & mengantuk sangat dah rasa ni. so, nanti nanti ada masa baru cerita balik. lately pun dah jarang on9 even hari hari ada la juga buka fb buka twitter.
*kalau ada typo tu, abaikan ok. tak mampu nak tahan mata nak check & edit. 

notabersepah:
.. penat & mengantok..



♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

3 comments:

Noor Fatin said...

wah! dah keje skrg ek. hehehehe bagus2! :)

►içéq◄ said...

fatin:
iyeeeeeeeeeeeeeeeeeeee :DDDD

Budak Botak said...

he3, selamat bekerja...

Entry terbaru -> Pedro Martin Ureta Membuat Gitar Gergasi Daripada 7000 Pokok... (",)

Related Posts with Thumbnails