Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cuba fikir elok elok

..anda rasa anda dah cukup bersyukur?..

Wednesday, October 6, 2010

arini bersama lalat yg seksi dan larva yang terkinja2..

hellooo~

cerita panas arini..sampai pening kepala tau sebab berjemur bawah matahari,ada la dalam beberapa minit berjemur..kalau tuan amidon tau nie,comfirm kena halau crime scene..d'oh..tapi kelas arini bukan pasal csi,yakni *skema* entomology..subject yang menjerus ke arah serangga2 seperti lalat..skop pembelajaran kecik je walaupun bidang ento nie sebenarnya sangat besar..cekgu kata,kita blaja pasal serangga yang kaitan dengan forensic sahaja atau pendek kata lalat yang datang kat mayat dan beberapa serangga yang berkaitan..
instar merupakan peringkat (stage) dalam larva lalat. terdapat 3peringkat: 1st,2nd dan 3rd instar. peringkat instar boleh dijadikan penanda kepada masa kematian subjek dimana larva dikutip. perubahan dalam peringkat instar mengambil masa yang singkat, dalam beberapa jam sahaja. jadi larva perlu dimatikan secepat yang mungkin dan masa kutipan perlu dicatat jika larva tidak dimatikan dengan segera.
*penerangkan adalah berasaskan pengetahuan penulis sebagai pelajar ento dan sebarang kecelaruan info adalah tidak ditanggung..penerangan hanya bertumpu pada lalat.

arini 1st time buat fieldwork..dating ngan bangkai arnab yang berlagak sebagai mayat dibuang di tepi hutan..lepas sedikit penerangan,ktorg pun collect la larva yang dah terkinja2 kat badan arnab..paling ketara ada kat area anus,area lain macam xsangat..then,tangkap lalat..grup 6 ambik 5 specimen lalat yang turut tertangkap 2 ekor sedang mating..hoh! bersama larva yang kemungkinan adalah di stage 2nd instar yang bilangannya xterhingga..


settle main tangkap2,dorang la yang tangkap,sy dok tepi sebab xtahan ngan bau mayat..menusuk ke hidung,sampai bersin tau x! ok sambung perbincangan, lepas tangkap ktorg pegi matikan lalat tersebut dengan kloroform tanpa belas kasihan..then,naik atas cabin,tgk cekgu demo camne nak pinkan lalat..nampak senang tp last2 lalatku senget!>,<  walaupun senget,sekurang2nya lebih baik dari anak pakcik harith yang sampai terputus 1 kaki..*kah2* settle pin,turun cabin bawah matikan larva pula..cara2 matikan larva, 1. celup dalam air panas dalam 30saat atau sehingga nyawa2 ikan,kalau masih terkinja2 pun xpe 2. rendam dalam ethanol 70% selama yang boleh seminimun xsalah 2 or 4jam,macam ktorg rendam tghr td,simpan sampai bila2..mggu depan kot br specimenkan larva..wait a minute,mana ktorg letak larva tu td ea?*recalling* biar la,dorg kot simpankan kat mana2..

settle dah main bunuh2..next! kita observe pula lalat,kena identify species lalat..part nie,awal2 gua lari..kui2..saya serahkan tugas yang penuh kontroversi nie pada mama meow dan sekutunya..belek punya belek badan lalat yang seksi,last2 dapat juga species apa except yang seekor yang ktorg expect adalah nigripes sp. tp cekgu kata nanti dia check*pembetulan:mmg betul dpt nigripes sp. just xsure female or male sbb sp nie yang kena tangkap basah td*..last part is photo taking..bukan ambil gamba ktorg,ambil gamba lalat yang comel itu..slr si gendot memang berjasa..settle si gendot ambik gamba lalat yang dah dipin,g pula ambil gamba mayat yang kt tepi hutan..senior yang kebetulan ngah buat tesis kata,fokus bahagian anus*ktorg bukan pervert ok!* and mulut,sangat banyak lalat kerumun..ok!settle class for today..oh lapar! and report jangan lupa buat..

selepas lega xperlu bermain mayat untuk arini,risau pula macam mana nak balik..bincang punya bincang,kita tumpang kereta cik supplier dapo..dalam kereta kancil yang memuatkan 7 org,sempat lagi bincang "jom warta!"..saya pun buat suara ayu lagi sweet kata,xnak la ikut..gila apa berpadat macam tu nak g luar ukm..lagipun dorg nak main bowling,ai dah xminat nak main bowling skg..tiba2 suara sumbang *sebenarnya x igt siapa yang bercakap* kata "eh lin,ikut je la..kita g makan kfc"..ouch! tiba2 perut dan usus terkinja2 dengar kfc..almaklumla,dari sabtu lepas mengidam kfc,sampai skg x tercapai hajat murni..maka, ikut la si gadis innocent ini tapi xnaik kereta, sebaliknya *skema lagi* merempit ngan minah skuter..so,kuar nie makan kfc and beli barang sket..balik2 sakit kepala and blok masih blackout.>.<

nota bersepah:
..harap2 malam2 x blackout..
..saya rindu incik gemok!

♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

8 comments:

.: Cik Lynot :. said...

hehe...baby meow, mmg btol nigripes species,juz not sure how to differentiate their sex..(al maklum,dorg kan tgh mating time ditngkap basah..hihi)... ape yg incik cekgu ckp,betina jarak mata dia kecik sket..tp x sure..kena chek lek dlm buku...^_^

►içéq◄ said...

lynot:
eh,comfirm ea?..salah pula..ahha..owhh,sex je la x cmfirm ag,,ok2!!

~cAhAyA kEmUL!aAn~ said...

skg nie de course entomology ker??
cousin ak ckp die amek course nie kt ukm..
klau subjek cm ko amek nie ak cye la..

►içéq◄ said...

fadh:
a'a,sem nie ambik ento..myb cousin ko tu ambik program yg ada kaitan ngan alam sekitar kot..sbb ento nie meluas,n myb apa dia blja xsama apa aku blaja..

~cAhAyA kEmUL!aAn~ said...

die ckp mmg nme course die ento..
kaji serangga n jdik forensik..
2 yg ak cm plek..
fakta tmbhan:fmly die mmg slalu tpu bab2 cmnie..nk blagak..so ak ssah nk pcye klau btul pn..huhu

►içéq◄ said...

fadh:
hurmm..aku xpasti sgt klo ada x course tu kt ukm..setau aku,bdak biology yg ada main serangga2 nie..course lain xsure lak..n sains persekitaran pn klo xsalah ambik ento tapi as subj cam ktorg gak la..

dorg mmg ada chances involve in forensic tp kena ambik master xsalah then jd specialist,bukannya forensic..tp boleh terlibat gak la dalam case2 berat cam homisid sume tu..org2 camnie salunya dipanggil oleh csi bila khidmat dorg diperlukan,klo x xde la.

lbh kurang cam doc forensic gak la..kena jadi doc perubatan dulu then specialise ambik pathology then baru leh bedah mayat untuk tau cause of death..

mcm ktorg pula,klo nk jd csi..dari sc forensic kena jd polis dulu br leh jd csi..xleh dari deg sc forensic trus nk jd csi..=)

~cAhAyA kEmUL!aAn~ said...

sgguh pnjg lebar..
ape pn trimas ats pnjelasan anda..
hahaha

►içéq◄ said...

fadh:
sama2~
haha~

Related Posts with Thumbnails