Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cuba fikir elok elok

..anda rasa anda dah cukup bersyukur?..

Friday, September 30, 2011

jatuh tangga ke?? banyak dosa la nie kot.


hye! hye!

macam biasa la ea. tengah tengah otak stress ligat fikir, dengan kerja banyak tak siap, time tu la jari jemari nie terkinja kinja nak update blog. fuh! fuh! banyak habuk ka? sapu sikit sikit ok. jangan main redah ja, asma karang kena habuk.

so,  nie nak cerita. kes aku jatuh tangga. haaaa, dahsyat tak bunyi dia?

pagi, aku ada kelas macam biasa. pagi isnin. ada kelas dengan Pn LC. kelas Analisis Dokumen. sejam ja. so habis kelas, singgah cafe. makan sat. then, baru balik. balik rumah (kolej aku nie berbentuk rumah) lepak lepak borak dengan housemate aka classmate. then, at noon i felt like wanting to eat porridge. dah lama dah kan tak masak bubur. so, i told dearest housemate, 'nak masak bubur la'. then around 1-2pm, i went to another classmate's house since my stuffs left at theirs. maka aku pun turun la 4 tingkat. rumah aku kat tingkat 4. rumah classmate aku tu pun tingkat 4 juga. tapi nak pergi rumah dorg, aku kena turun dulu sampai ground floor then naik balik tingkat 4 wing belah dorg. hebat kan, hari hari macam nie, tinggal tulang la aku.

ambil barang, tangan penuh la ni turun tangga. sampai kat anak tangga ke tiga, slurpppp! sedap tak bunyi dia? tu diaaaa. selipar hijau striking aku mengkhianati aku pula dah. tergelincir tanpa sempat berpaut pada apa apa dan terus terduduk. jatuh tiga anak tangga. dah macam carta hot fm kan. GILA SAKIT TAU TAK? tapi aku gigihkan turun tangga dengan anggapan tak da papa nie. masa turun tu, dah rasa badan mula angin angin, kepala pusing. aku kalau badan berangin, mesti nak muntah muntah kosong. ha, macam tu la aku sepanjang turun tangga tu. sampai kat ground floor, mata dah berpinar, dah mula rasa gelap. so aku duduk kejap. tak pengsan ok. bila rasa dah ok, aku bangun balik. naik atas, balik rumah. 4 TINGKAT TU! sampai je kat rumah, letak barang atas meja. cakap kat housemate aku jatuh tangga. lepas cakap, terus aku landing atas katil. serious, tak larat sangat sangat. mata memang dah berpinar. air mata pun dah keluar. tak pernah aku rasa camtu kot. berapa lama entah aku atas katil, pastu baru bangun. tak ingat bangun nak buat apa.

malam hari yang sama ni, sepatutnya ada perjumpaan dengan dekan. tapi khabar berita langsung takda. senyap ja. so, semua budak budak ni tak nak pergi. 

esoknya sakit dia rasa makin kuat. sakit kat tulang hujung sekali ni haa. kat coccyx. p google kalau tak tahu. aku pun google kejap tadi, dah lupa nama dia. ha ha. kawan kata tulang pinggul. sakit weis, asal bergerak ja sakit. nak tidur malam pun tak lena. so tengahari selasa, aku text kawan, kata nak pergi hospital. risau. tapi yang aku risaukan tu, rahim aku nih! selain dari kesakitan kat tulang tu. masa ni, aku rasa badan panas dah. macam nak demam. nak tak nak dia kena bawa aku pergi hospital.

sampai kat hospital, pergi yang kat emergency. prosedur macam biasa la. pergi kaunter, then dia check blood pressure and temperature. gaya macam budak praktikal, pakai lab coat UKM tu, budak biomed. tapi aku tak kenal. lepas tu, baru pergi jumpa doctor. doctor check check. dia tekan aku punya coccyx tu, terkujat den tau. SAKIT LA! so, dia bagi aku prescription. dia kata 'saya bagi ubat tahan sakit yang kuat sikit. then awak pergi x-ray'. aku pun pergi la. aku ingat dia bagi ubat bawa balik. rupa rupanya, ubat tu kena ambil kat situ juga, injection la maksudnya! lagi sekali aku ingat, note tu aku ingat. aku ingat sekali ja injection. dua kali haaaa! tapi yang second tu tak sakit la. sikit ja dose. yang first tu yang sakit. dose banyak, masuk vein lak tu. tapi yang second tu payah sikit, tangan jadi kebas. nak buka baju masa x-ray pun susah. 

masa x-ray pula, kena suruh baring terlentang. mak aihhhhh. terlentang tu la yang paling sakit. nak tak nak kena juga, dah tu ja yang boleh ambil x-ray. tahan ja la oi. aku rasa lama gak la dia buat. lepas terlentang, mengiring kiri dan kanan pula. terasa kesian kat diri sendiri masa nie. tu la, budak manja jarang sakit. bila sakit, sorang sorang pula. memang la ada kawan teman, tapi tak sama bila family yang teman. pilu je rasa hati.

bila pegawai x-ray tu kata boleh tukar baju, lega dah. so, keluar la ambil x-ray film and jumpa balik doctor tadi. tapi doctor tu pula tak ada. mana entah pergi. aku duduk la dulu tunggu. masa nie la, effect ubat tu keluar. mengantuk gila. sampai aku rasa tak sabar nak balik. memang harap sangat sangat doctor cepat la panggil. bila dia panggil, cepat cepat aku pergi. dia kata tak ada apa apa, just tissue injure sikit. then bagi prescription ubat. ambil kat pharmacy. then terus balik! yeayyy. masa ni, sakit kat coccyx tu tak hilang lagi. still rasa la sakit dia. slow juga la aku menapak ke kereta. sampai kat kereta, terus sandar kat kerusi and tried to sleep. memang mengantuk gila. pastu minta kat kawan, nak beli air dulu before balik. haus gila. terasa sangat la haus dia nie. lepas beli air, and dia belikan sikit kuih untuk bawa balik, dia hantar balik kolej. sampai rumah, terus tidur. terasa penat. time nie sakit tu tak ada dah. lena ja tidur. malam baru bangun. 

pastu, siap siap pula dengan presentation proposal. tengok budak budak ni practise. turn aku khamis. lama lagi. he he.

arini khamis. turn aku la tu! 

dalam tempoh 2 hari ni, aku dok fikir juga. dosa apa la aku dah buat nie sampai sakit jatuh tangga.

notabersepah:
.. di awal sem nie, aku busy dengan proposal thesis. harap maklum..



♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

2 comments:

Unknown said...

itulah lain kali tgk tangga tu la.

Anonymous said...

tak de apelah tu. kebetulan je nak jatuh

Related Posts with Thumbnails