Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cuba fikir elok elok

..anda rasa anda dah cukup bersyukur?..

Saturday, September 7, 2013

Kemarahan pertama aku dalam 11 bulan di tempat kerja

Hello there !

Ehem ehem

Hari ni Jumaat kan (baca: seawal entry ini dicipta), so semalam Khamis lah. Kisahnya semalam, aku bengang woooo. Clerk aku tak mau buat kerja aku bagi !

Kisahnya lagi, bermula Isnin depan, dia cuti seminggu. Document aku bagi kat dia untuk intimation aka register ada 107 yang aku kira lah. Aku bagi dari 20/8/2013, last bagi tak salah 30/8/2013 macam tu. Kiranya dah 2 minggu la kan dia simpan. Sedangkan semua tu sepatutnya di-register, di-open file dan diserahkan pada aku dalam tempoh 7 hari bekerja. So, aku boleh la proses dan proceed mana yang patut.

You know how the hell everything become sooooo annoying?

Kau (baca: clerk aku tu) nak cuti seminggu. Kerja aku bagi yang pending, dah 2minggu. Total dah 3minggu pending. Lepas tu, aku cakap baik baik, "Nanti you naik dari cuti, minggu tu I nak you siapkan semua tu ea, sebab I nak bagi payment pula". Almaklum la, pagi tu dia cakap kat aku "Esok (Jumaat) jangan bagi I kerja ea, I tak nak kerja banyak banyak esk". Ouch ! You know what she said to me after I told her to settle her job after her return?

Her, "I tak janji la Lyne, I rasa tak sempat (buat lepas balik dari cuti)"
Aku, "I nak you buat, nanti kalau bos tahu, bos marah tau, in the future mana kita tahu kalau bos dah tahu"
Her, "Dari bulan 5 dah macam ni, tak ada jadi issue pun kan"
Aku, "Hurm, you buat la mana you sempat, I tahu you boleh buat"
Her, "I tak boleh la Lyne, kalau you rasa macam tu, ikut you la, tapi I tak janji".

Lepas tu dia belah dari meja aku. Sel otak aku terus menjana macam macam benda. Bengang? Marah? Sakit hati? Yeah bebeh, semua tu aku tengah rasa.

So, aku pun pergi la mengadu dekat beberapa orang termasuk la ex staff yang pass aku portfolio aku ni. At the same time, dorg bagi pandangan so aku nampak la jalan apa aku patut buat dengan clerk aku ni.

Dorg semua marah. Sebab apa yang jadi, tak sepatutnya jadi. Tapi partially memang ada salah aku. Sebab aku bagi muka sangat. Pastu aku tak sepatutnya biarkan issue ni berlanjutan. Tapi aku biarkan. Macam barah la. Makin kau biar, makin memakan badan, ye dak. In this case, the person aku bagi muka, makan aku balik.

So, 1 of my colleague bagi cadangan, "Lyne bagi je note besar besar 'Intimate by today!!', sekali dengan documents atas meja dia, lepas tu jangan kawan dia". Maksud jangan kawan tu, jangan borak la sebenarnya. Sebab aku selalu borak dengan clerk aku ni. Bila dah selalu borak, dia layan kita macam kawan, lepas tu kerja kita pun dia buat macam kawan juga la. Itu yang selamba badak tak nak buat.

Klimaks kemarahan aku sebenarnya bila dia kata "benda ni tak pernah jadi issue". Memang benda tu tak pernah jadi issue dari bos, sebab aku tak pernah bagitau bos. Ye la, benda kautim kan. Tapi tak sangka pula, sampai naik lemak. Aku pula bangang siap offer diri tolong open file, so dia tinggal intimate je. Aku ingat bila ada org tolong open file, cepat la dia buat keja intimation dia. Aku tengok sama juga. Ber-bundle bundle haaa documents aku yang pending, sebab dia kata dia tak ada masa nak buat. File exec lain, cepat pula. Sampai tang file aku, terus tak ada masa, tak sempat, blablabla.

Hari ni, dia langsung tak datang meja aku. Aku dah set dah, kalau dia bising, tak nak buat, memang on the spot, aku tarik dia pergi jumpa bos. Tengok la jadi issue ke tak. Tapi dia tak ada pun datang jumpa aku or cakap pape. Just masa nak balik tu, dia datang jumpa masa aku nk scan document, bagitau, file urgent dia letak atas meja, yang lain tu dia tak letak. Aku pun ok kan aje la. Malas pula aku nak cakap banyak banyak.

Masa aku nak balik, aku tengok meja dia, sebab aku tak nampak file bertimbun, file aku la maksud aku. Rupanya dia tak open file, dia intimate je. Dasar sungguh. Aku dah cakap aku nak proceed for payment, boleh pula dia main tinggal je. Oh ya, note besau tu aku cakap "Pls register by today. Need to procced for payment.", sebab aku tak sampai hati pula nak cakap kasar kasar. So aku tulis la ala ala neutral gitu. Sekali, hambik kau, dia intimate sajo, file tak buka. Pffft

Bila bos strict dengan orang bawah dia, sebenarnya bersebab. Dan ya, aku baru sedar benda tu sekarang. Come on, aku kerja pun tak sampai lagi setahun. Baru genap setahun 2 bulan aku meninggalkan dunia belajar. Tu pun tak setahun lagi graduate dari zaman muda remaja universiti. Banyak lagi benda aku kena belajar. Dan terus terang, what happened here is actually 1 thing yang melekat sebagai pengalaman bekerja. 

So, ayuh la kita berharap, lepas ni Sadeline jangan bangang melantun lantun ya baik sangat dengan clerk awak tu. Jangan bagi dia makan awak kali kedua. Kang dari kurus kecil tu, terus tinggal sumsum tulang je, sebab tulang pun dia makan sampai habis jugak.

Ada org tanya, siapa kerja dulu? Aku ke dia (baca lagi: clerk aku tu) ? Ye, dia memang dah kerja kat company tu 15tahun. Aku baru 11 bulan. Disebabkan dia dah 15tahun bekerja la, dia patut sedar procedure. And yes bebeh, dengan exec lain dia sedar procedure, dengan aku je dia hilang ingatan. Intimation tu apa? 7days compliance tu apa? Haaa, 2 soalan tu la kot dok main dalam kepala dia kalau nampak muka aku ni bagi kerja. Dan disebabkan aku exec kepada dia, aku la antara orang yang bagi kerja untuk dia buat. Nak tak nak, dia kena buat juga. So, seniority is never an issue here. Even kalau aku bagi file kat superior aku pun untuk approval, dorg tak adanya nak simpan sampai 3minggu kau tau, paling lama pun seminggu. Itu pun sebab meja dorg dah jadi cam KLCC tu ha, file menimbum. 

Minggu ni memang minggu panas. Tambah pula lampu ruang tamu ni semua dah jadi lampu disco. Berkelip kelip je, so aku buka lampu dapur je untuk menerangi segenap rumah ni. Pagi tadi pula, BGP kena clamp., maybe sebab tarik handbrake, pssst aku buat double parking. Rasa bersalah. Tapi pada masa yang sama, aku hairan, macam mana kereta aku block tu keluar. Sebab masa aku tengok pagi tadi, kotak parking aku block tu dah kosong. Towing? Aku pun naik balik ambil kunci kereta, plan balik dari kerja nak suruh release kereta (tak buat pun petang tadi), sampai kat gate apartment, baru perasan tag kerja pula tertinggal. Terpaksa patah balik. Aku rasa nak muntah dah, sebab kalau penat mengejut, aku ada tendency nak muntah. Masuk ofis pun lambat 15 minit hari ni. 

Sekian bebelan saya. Tunggu tahun depan pula untuk bebelan seterusnya.



♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

No comments:

Related Posts with Thumbnails