Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cuba fikir elok elok

..anda rasa anda dah cukup bersyukur?..

Saturday, October 29, 2011

simple note#23



Whenever I had the thought of wanting to leave you forever, it’d sadden me.  
Didn’t leave you yet, but I miss you deeply that I will surely never gonna meet you again. 
I will keep this love only to me, until the right guy comes. 
And I pray he’s you.
:)

♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Thursday, October 20, 2011

simple note #22





jadilah yang terbaik semampu kita. 
agar kita layak mendapat yang terbaik yang orang lain mampu bagi pada kita.
 :)


notabersepah:
.. minggu ni sangat gila dengan ethic form. lega bila semuanya selesai. sekarang tunggu untuk approval je.. ;)










♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Tuesday, October 18, 2011

bicara tepi pantai



ini kegembiraan
ini kasih sayang
ini juga satu janji
satu pengalaman berkawan yang umpama
satu bintang kecil di angkasa...


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Thursday, October 13, 2011

tentang eba dan syira



hai. nama saya EBA. nama tuan baru saya norsyahirah. tapi sesetengah orang terutama budak kelas dia suka panggil dia abe. bila nama tu diterbalikkan, maka terciptalah nama saya iaitu eba. saya rindu la tuan saya. seminggu dah dia masuk hospital putrajaya. 5hari dalam icu. budak kelas dia yang beli saya dan hadiahkan saya kepada dia sabtu lepas, sehari selepas dia masuk icu. mula mula, dorg suruh saya stay. dorg kata, 'eba teman abe dalam icu k. kalau abe sedih sedih rindu ktorg, nanti dia boleh peluk eba'. sebelum dorg serahkan saya pada tuan saya, dorg semua peluk cium saya supaya bau dorg lekat kat saya. sampai ada yang kesat saya kat ketiak dorg nak bagi bau dorg tu lekat. nasib baik tak busuk, kalau tak nanti saya pula yang masuk icu, ye tak?. 

masa saya masuk icu, tuan saya terlantar. tapi beliau masih boleh berborak dan buat lawak. mula mula saya dibawa masuk, norli letak saya atas meja. tapi tuan saya kata 'bawa la sini' sambil ajukan tangan dia. bila saya dah ada dalam pelukan dia, dia peluk saya erat. cium saya. sayu tengok. dia kata 'best kan pergi jb'. kemudian dia kesat air mata yang jatuh pakai kepala saya. mesti dia sedih sangat kan. 

lepas tu, norli keluar dan datang lagi 2 orang yang lain. shida dan aya. mereka borak borak. bila shida dan aya keluar, tuan saya suruh mereka bawa saya balik. alasan dia, nanti kotor kena muntah. saya pandang je semasa saya dibawa keluar.

2hari selepas tu, kawan tuan saya yang lain bawa lagi saya. sebab budak kelas dia semua pesan suruh saya teman dia. masa saya masuk lagi, saya terkejut. kenapa tuan saya pakai oxygen support yang tutup satu muka?? bukankah selalu pakai yang hanya tutup mulut dan hidung je?? saya jadi takut. saya curi dengar kawan kawan tuan saya bercerita. katanya arini tuan saya lebih baik dari semalam. semalam, dia shaking teruk sangat sangat. pagi sebelum, dia dah critical sebab tak cukup oxygen. sehari sebelum tu pula, dia kurang darah. bila doctor dah masukkan darah, darah tu macam tak bagi effect. tuan saya tetap kurang darah dan terus kurang oxygen. sehinggalah dia terpaksa pakai oxygen support. mak tuan saya cerita, tuan saya nie degil. suka dok buka buka topeng oxygen. sebab tu doctor bagi pakai topeng yang tutup satu muka. nurse pula siap sampai ikat tangan tuan saya nie sebab tak nak bagi dia buka topeng tu. then suruh dia janji tak kan buka dah baru nurse tak ikat lagi tangan dia. aih, degil kan tuan saya nie. hari yang sama nie juga, saya dapat tahu tuan saya positive dengue dan bacterial infection. mungkin sebab ada combination tu kot tuan saya sakit teruk. pada arini juga, dia dah tak dimasukkan air. sebab suhu dia dah ok, dah tak tinggi macam sebelum nie. sebelum nie asyik 40celcius je. sejak dari hantar dia ke hkl, isnin lepas sampai la dia masuk hospital putrajaya rabu lepas, asyik asyik 40 celcius. kalau turun pun, turun sikit then naik balik. badan pun dah tak shaking.

lagi sekali, tuan saya minta saya dibawa balik. katanya, nanti mesti dia akan bagi akak dia pegang. jadi daripada akak dia pegang, lebih baik kawan kawan dia je yang pegang. dan lagi, dia takut nanti dia sedih kalau dia tengok saya. agaknya dia rindu sangat dah kat mereka mereka yang hadiahkan saya kat dia kan. sekarang saya dah rindu kat tuan saya juga. arini dapat berita gembira. tuan saya dah keluar icu dan masuk wad biasa. saya rasa macam nak terus pergi kat dia je esok. agak agak dia bagi tak saya stay dengan dia?

sejak saya jenguk tuan saya kali terakhir, saya tidur rumah sana. sebelum nie, saya tidur rumah tuan saya, tidur dengan shaza. tapi shaza suka betul buli saya. masa balik dari hospital aritu shaza gantung saya dalam kereta. kemudian dia suruh saya drive ganti driver. 

bila saya rindu rindu dekat tuan saya, beryl akan tepuk tepuk bahu saya. jadi sementera nie, beryl la yang teman saya. saya harap sangat esok saya dah boleh jumpa tuan saya. dan lagi, terima kasih banyak banyak kat semua orang yang mendoakan dia. terharu sangat sebab ramai yang mendoakan dan datang melawat. unit kebajikan pelajar ukm pun datang juga tau. 2 atau 3 hari nanti mungkin dia dah boleh keluar. saya rasa gembira sangat sangat. ^^

*sekian, cerita arini...

notabersepah:
.. xsabar tunggu syira balik! :D


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Monday, October 10, 2011

melawat syira kali kedua.



arini, aku pergi putrajaya. plan asal adalah; menghadiri konvo Fatin. sebelum aku bercerita pasal konvo Fatin, aku nak cerita sesuatu.


tengah tunggu fatin sampai (aku dengan abil sampai awal, sempat jumpa nabila lagi), zaff send message;

zaf: Pg melawat shira pkol bpe?
aku: Masa melawat 12-2 n 4-8. Ko nk g arini ke?
zaf: Owh..aku kt seri kembangan, so xjauh la klu nk g melawat pun.

lepas balik dari konvo fatin, aku hantar abil balik kajang. then, call fadh ajak jumpa. sebab dah lama tak jumpa, zaf pula senyap je. singgah jumpa and makan kat MFC kat seksyen 9 bandar baru bangi. tiba tiba zaf message kata otw dah g putrajaya. alamak, aku kat bangi lagi. so aku pun ajak la zaf singgah bangi dulu baru g putrajaya.

lepak kat bangi sampai pukul 5 baru gerak ke putrajaya. aku, fadh and zaf. naik tiga kereta. hebat tak konvoi ktorg? setiap kereta ada sorg je dalam.

sampai hospital dalam pukul 6 kot. terus naik kat ICU, terjumpa Imah, akak Syira. then, Imah pun suruh la masuk jenguk Syira. masuk nie dengan tanggapan, keadaan Syira atleast macam semalam yang ktorg jenguk dia. Syira dalam bilik 3. so aku dengan Fadh jalan la terus ke bilik 3. sampai sampai, aku tergamam. stunt kejap depan bilik. Syira ke nie? serious aku tak cam. dengan muka kena tutup dengan mask, bila dah dekat dekat baru cam. badan dia menggigil yang teruk amat. aku tak sanggup dah tengok. tiba tiba dia terbatuk dan buka mata. bila dia nampak ktorg, dia usaha nak cakap. seolah olah dia tahu ktorg tertanya tanya apa yang kat kepala dia tu. suara dia lemah, antara dengar tak dengar. dia kata, tu oxygen. mungkin disebabkan oxygen support tu, dia susah nak cakap. so pesan la kat dia, tak payah la cakap cakap, tidur je. tapi bila Fadh dekat dekat dengan dia, dia bagitau lagi benda yang dia dok pakai tu oxygen. aku dah sebak. cepat cepat aku tarik Fadh keluar. aku takut aku menangis. semalam aku kuat, boleh senyum depan dia. tapi kali nie, susah nak cakap. aku tarik Fadh keluar juga, sebab aku tak nak dia terus bercakap. macam sakit je aku tengok. 

Imah kata petang nie baru result penyakit dia apa keluar. tapi tadi masa aku balik, still tak tahu lagi. doctor still tak tahu if she's having dengue or bacterial infection. doc kata, kalau tengok pada platlet ada simptom dengue tapi simpton dengue yang lain xda pada Syira. bila check lain, ada symptom bacterial infection, tapi symptom lain bacterial infection tak ada kat dia. 

lepas aku and Fadh keluar, Zaff lak masuk. aku teman lagi. tapi kali nie jenguk dari jauh. sebab takut Syira segan kawan laki tengok dia. 

*sorry, tak mampu nak sambung. bukan sebab airmata tumpah, tapi hati terasa berat untuk bercerita. korg tolong doakan dia k. ada masa aku cerita dari awal apa dah jadi. =')  

notabersepah:
tadi fikir pasal syira, rindu. bila nak panggil shida, terpanggil nama syira. :(


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒
Related Posts with Thumbnails