Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cuba fikir elok elok

..anda rasa anda dah cukup bersyukur?..

Friday, September 30, 2011

jatuh tangga ke?? banyak dosa la nie kot.


hye! hye!

macam biasa la ea. tengah tengah otak stress ligat fikir, dengan kerja banyak tak siap, time tu la jari jemari nie terkinja kinja nak update blog. fuh! fuh! banyak habuk ka? sapu sikit sikit ok. jangan main redah ja, asma karang kena habuk.

so,  nie nak cerita. kes aku jatuh tangga. haaaa, dahsyat tak bunyi dia?

pagi, aku ada kelas macam biasa. pagi isnin. ada kelas dengan Pn LC. kelas Analisis Dokumen. sejam ja. so habis kelas, singgah cafe. makan sat. then, baru balik. balik rumah (kolej aku nie berbentuk rumah) lepak lepak borak dengan housemate aka classmate. then, at noon i felt like wanting to eat porridge. dah lama dah kan tak masak bubur. so, i told dearest housemate, 'nak masak bubur la'. then around 1-2pm, i went to another classmate's house since my stuffs left at theirs. maka aku pun turun la 4 tingkat. rumah aku kat tingkat 4. rumah classmate aku tu pun tingkat 4 juga. tapi nak pergi rumah dorg, aku kena turun dulu sampai ground floor then naik balik tingkat 4 wing belah dorg. hebat kan, hari hari macam nie, tinggal tulang la aku.

ambil barang, tangan penuh la ni turun tangga. sampai kat anak tangga ke tiga, slurpppp! sedap tak bunyi dia? tu diaaaa. selipar hijau striking aku mengkhianati aku pula dah. tergelincir tanpa sempat berpaut pada apa apa dan terus terduduk. jatuh tiga anak tangga. dah macam carta hot fm kan. GILA SAKIT TAU TAK? tapi aku gigihkan turun tangga dengan anggapan tak da papa nie. masa turun tu, dah rasa badan mula angin angin, kepala pusing. aku kalau badan berangin, mesti nak muntah muntah kosong. ha, macam tu la aku sepanjang turun tangga tu. sampai kat ground floor, mata dah berpinar, dah mula rasa gelap. so aku duduk kejap. tak pengsan ok. bila rasa dah ok, aku bangun balik. naik atas, balik rumah. 4 TINGKAT TU! sampai je kat rumah, letak barang atas meja. cakap kat housemate aku jatuh tangga. lepas cakap, terus aku landing atas katil. serious, tak larat sangat sangat. mata memang dah berpinar. air mata pun dah keluar. tak pernah aku rasa camtu kot. berapa lama entah aku atas katil, pastu baru bangun. tak ingat bangun nak buat apa.

malam hari yang sama ni, sepatutnya ada perjumpaan dengan dekan. tapi khabar berita langsung takda. senyap ja. so, semua budak budak ni tak nak pergi. 

esoknya sakit dia rasa makin kuat. sakit kat tulang hujung sekali ni haa. kat coccyx. p google kalau tak tahu. aku pun google kejap tadi, dah lupa nama dia. ha ha. kawan kata tulang pinggul. sakit weis, asal bergerak ja sakit. nak tidur malam pun tak lena. so tengahari selasa, aku text kawan, kata nak pergi hospital. risau. tapi yang aku risaukan tu, rahim aku nih! selain dari kesakitan kat tulang tu. masa ni, aku rasa badan panas dah. macam nak demam. nak tak nak dia kena bawa aku pergi hospital.

sampai kat hospital, pergi yang kat emergency. prosedur macam biasa la. pergi kaunter, then dia check blood pressure and temperature. gaya macam budak praktikal, pakai lab coat UKM tu, budak biomed. tapi aku tak kenal. lepas tu, baru pergi jumpa doctor. doctor check check. dia tekan aku punya coccyx tu, terkujat den tau. SAKIT LA! so, dia bagi aku prescription. dia kata 'saya bagi ubat tahan sakit yang kuat sikit. then awak pergi x-ray'. aku pun pergi la. aku ingat dia bagi ubat bawa balik. rupa rupanya, ubat tu kena ambil kat situ juga, injection la maksudnya! lagi sekali aku ingat, note tu aku ingat. aku ingat sekali ja injection. dua kali haaaa! tapi yang second tu tak sakit la. sikit ja dose. yang first tu yang sakit. dose banyak, masuk vein lak tu. tapi yang second tu payah sikit, tangan jadi kebas. nak buka baju masa x-ray pun susah. 

masa x-ray pula, kena suruh baring terlentang. mak aihhhhh. terlentang tu la yang paling sakit. nak tak nak kena juga, dah tu ja yang boleh ambil x-ray. tahan ja la oi. aku rasa lama gak la dia buat. lepas terlentang, mengiring kiri dan kanan pula. terasa kesian kat diri sendiri masa nie. tu la, budak manja jarang sakit. bila sakit, sorang sorang pula. memang la ada kawan teman, tapi tak sama bila family yang teman. pilu je rasa hati.

bila pegawai x-ray tu kata boleh tukar baju, lega dah. so, keluar la ambil x-ray film and jumpa balik doctor tadi. tapi doctor tu pula tak ada. mana entah pergi. aku duduk la dulu tunggu. masa nie la, effect ubat tu keluar. mengantuk gila. sampai aku rasa tak sabar nak balik. memang harap sangat sangat doctor cepat la panggil. bila dia panggil, cepat cepat aku pergi. dia kata tak ada apa apa, just tissue injure sikit. then bagi prescription ubat. ambil kat pharmacy. then terus balik! yeayyy. masa ni, sakit kat coccyx tu tak hilang lagi. still rasa la sakit dia. slow juga la aku menapak ke kereta. sampai kat kereta, terus sandar kat kerusi and tried to sleep. memang mengantuk gila. pastu minta kat kawan, nak beli air dulu before balik. haus gila. terasa sangat la haus dia nie. lepas beli air, and dia belikan sikit kuih untuk bawa balik, dia hantar balik kolej. sampai rumah, terus tidur. terasa penat. time nie sakit tu tak ada dah. lena ja tidur. malam baru bangun. 

pastu, siap siap pula dengan presentation proposal. tengok budak budak ni practise. turn aku khamis. lama lagi. he he.

arini khamis. turn aku la tu! 

dalam tempoh 2 hari ni, aku dok fikir juga. dosa apa la aku dah buat nie sampai sakit jatuh tangga.

notabersepah:
.. di awal sem nie, aku busy dengan proposal thesis. harap maklum..



♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Friday, September 23, 2011

simple note #21


 bila kita sakit hati dengan seseorang yang kita sayang, dan kita tak tahu macam mana untuk meluahkan sakit hati tersebut, dengan tidak sengaja air mata akan tumpah. kan?


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Tuesday, September 6, 2011

Tetap Sayang Kamu


lagu nie sangat comel! terjumpa lagu nie kat page Azreel Azhar




Q:
Akhirnya kini kau menjadi milikku
Setelah lama ku menanti dirimu
K:
Memang benar ku kini jadi milikmu,
Tapi kau kena tahu ada syarat untukmu


[pre-cho]
Q:
Kacau hari-hari?(Itu boleh)
Miss call hari-hari(Itu boleh)
Jumpa hari-hari(pun boleh)
Baik kau katakan tidak

K:
Cari awek lain(mana boleh)
Sms tak balas(tak boleh)
Disko hari hari(lagi tak boleh)
Jadi apa saja yang boleh?


[Chorus]
senda gurau tertawa 
tangis luka bersama
walau kita berbeza 
hati tetap sayang

jauh mana kau pergi
aku tetap setia
walau apa terjadi
aku akan tetap sayang kamu


Q:
Pandangan kita memang selalu berbeza
Hingga aku pergi dan terus merajuk
K:
Bukan niatku tuk membuat kau merajuk
Tapi ku mahu kita saling memahami


nie blog owner lagu; i mind my music. dia ada bagi link untuk download lagu. so kalau berminat, dipersilakanlah. :)
btw, kalau nak dengar, click tajuk lagu. 

notabersepah:
.. yerp, walau jauh mana pun awak pergi, sy tetap setia & sayang..


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Sunday, September 4, 2011

New Classic


pernah tengok Another Cinderella Story? it's a movie. acting by Selena Gomez. comel gler kot Selena nie. patut orang dok usha masa dia ikut Justin Bieber datang Malaysia aritu. and aku pun baru perasan juga that she is also acting in Disney channel, Wizards of Waverly Place. btw, Another Cinderella Story nie best. ok, i know, this movie is kinda back to history. cerita nie dah lama, tapi aku baru tengok sekarang. well, what else i can do if i am the kind of 'tak suka tengok cerita sangt'. bosan bosan, korek la external HD sebab aritu ada minta movie dari Jefry and Min. bagi aku, cerita nie best sebab ada selit babak tarian. suka tengok kalau movie yang ada element musical. 

i found this song. great song, for me. enjoy!

New Classic by Drew Seeley ft Selena Gomez



Ever try to reach for something
But it's someone else's dream?
Every step that you take forward
It takes you right back where you been

And then when you least expect it
And you've tried about everything
Somebody hears your opinions
Somebody cares what you see

You woke me up
No longer tired
With you I feel inspired
You help me find my fire

You're the new classic
You're the new PYT
Stands for paid, young and
Taking on the world from the driver's seat

You look so classic, fantastic
When you're on that floor
Bring the beat back once more
Let me see you do that

Oh trying to do it right
No rehearsals
It's your life
If you're doing this crazy dance
Cause your making these crazy plans

It's just this is not a test
You put in work to be the best
It's a classic take
On a brand new game
Before the needle drops
They're gonna know your name

When it gets old don't lose the light
You're cold, I'll warm you up
Your fire is hot enough, enough, enough

You're the new classic
You're the new PYT
Stands for paid, young and

You look so classic, fantastic
Oh when you're on that floor
Bring the beat back once more
Let me see you do that

It's become so hard
For me to be surprised
You're bringing back the real me
No judgment in your eyes
(my fav part.. no judgement in your eyes)

Cause when I dance with you
It's how I speak the truth
Just classic when we met
Now you make me new

You're the new classic
You're the new PYT
Stands for paid, young and
Taking on the world from the driver's seat

You look so classic, fantastic
When you on that floor
Bring the beat back once more
(Bring the beat back once more)


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒
Related Posts with Thumbnails