Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cuba fikir elok elok

..anda rasa anda dah cukup bersyukur?..

Thursday, November 22, 2012

"Tyre pancit atau orangnya pancit?"


Haluuuuu peeps !

Ok, diam semua, aku nak bercerita ni. Ehem ! Ehem !

Tempat kerja aku kan sebelah je dengan apartment aku sewa ni, jadinya aku pergi kerja, jalan kaki je la. Masuk kerja pukul 8.30, so paling awal aku keluar rumah adalah pukul 8, paling lewat dalam pukul 8.20 am.

Alkisahnya hari ini, aku terbangun lambat sebab malam tadi aku tak boleh tidur ! T_T Pukul 6 baru terlelap. Then bangun bangun tengok pukul 8 dah. Wuaaaaaa ! So aku pun dengan rushing-nya pergi mandi dan bersiap. Pukul 8.45 baru keluar rumah and approximately 9 am reached office.

Dah la masa masuk main door menara, terserempak dengan head of department, dia senyummmmmmm je tengok aku. Hahahaha

Masuk department dan terus menuju meja, kena tegur dengan colleague, "Tyre pancit ke? Ke orangnya pancit? Haha". And lagi, "Lambatnya you, jammed ke?".

Ok, all these colleague tau aku duduk apartment sebelah tu je. So, bila aku lambat, memang kena gak la sedas dua tembakan. Hahaha. Tapi dorg gurau je la. Well, orang yang hadap jammed, rumah jauh pun boleh awal kan.

Pastu aku pun dengan gediknya mengadu kata semalam tidur awal, tapi pastu terjaga tengah malam terus tak boleh tidur, pukul 6 baru boleh tidur , sambil buat muka kesian. :P

Almost lunch, head panggil untuk meeting. Dalam meeting terselit pasal, worker yang selalu stay back balik malam or stay back on saturday might not efficient in her/his. And ada juga pasal datang lambat balik lambat, ehem, walaupun tak ditujukan buat aku, tapi aku sedikit terasa di situ. Hahaha

Ok, sekian penglipur lara hari ini. Daaaa !




♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Monday, November 19, 2012

Terkilan


Ada manusia lebih suka hidupnya penuh dengan salah faham dan, masam muka manusia sekeliling.

Ada manusia ingin berbaik tapi disangka tidak suka
Ada manusia ingin berdamai tapi terasa janggal tahap menggunung
Ada manusia ingin melihat kedamaian tapi habuk yang menapak
Dan ada manusia, enggan mendengar penjelasan..

Tapi layak ke aku rasa terkilan dengan apa yang jadi?
Tak mungkin, aku bukan siapa siapa barangkali..

Tak marah, tak sedih, cuma sedikit terkilan. Walau aku tak layak pun sebenarnya untuk merasa terkilan.

.
♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Sunday, September 9, 2012

Rejected (?)



A short conversation with my friend on Twitter.

**
Dia: Nak cari gf cikgu ley x?? Nak cikgu skola rendah...haha

Aku: Forensik xnak? Eh? Hahahaa

Dia: Takut...Kalau flirt, habis kena soalsiasat

Aku: Thats the risk.. Hahahaha..

Dia: Risks that I wont take.. Huhuhu

**

Awal awal dah kena reject. Ahahahahaha!

*Short joke for this gloomy evening.
♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Tuesday, September 4, 2012

Betul Ke Tak Kisah?


Hai peeps! Sihat? Dah makan? Dah kaya? Dah berak?

Hari ini, izinkan aku membebel dan terus membebel. Ok?


Selalu kita akan dengar, tak kira la perempuan atau lelaki, dia akan cakap,

 "Tak kisah la tak cantik/handsome, yang penting baik"
 "Tak kisah pun kalau kerja sapu jalan atau cuci longkang, asal halal"
 "Tak kisah pun pakai kereta kancil atau naik beca je, yang penting setia"

Selalu tak dengar?

Tipu la tak, *gelak sinis* Aku pun pernah juga fikir camtu. HA HA HA HA

So, isu berbangkit di sini adalah patut ke kita meletakkan pemikiran macam tu? Kata yang penting baik, setia, lembut tapi tengok tengok end up yang baik tu la "Kita kawan je awak ea". Pfffft~

Lari topik

Sebenarnya dalam kepala aku, point bukan menjurus pada yang mengutarakan kenyataan di atas, tetapi yang sebaliknya. Macam yang pernah terjadi sendiri pada aku dan some of my friends. Well, memang betul kita kata "Tak kisah tak handsome", and yep end up fallen into someone yang tak handsome mana pun. Then ada yang kata "Tak kisah kalau tak kaya", and there it goes end up dengan yang tak kerja lagi dan family pun biasa biasa je.

BUT

Yang menjadi masalah bila the other side berfikiran NEGATIF. Kita dah kata tak kisah pun tak handsome, tiba tiba lak dia kata "Awak cari la orang lain, saya tak handsome la awak". Tak pun "Saya jahat, awak baik sangat. Tak layak untuk awak, cari la lelaki lain". Fuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu. Kalau awak jahat, tak ada la perempuan tu jatuh cinta. Ish ish ish

And then ada pula dah ajak bercinta, tiba tiba kata "Saya tak mampu la nak bagi awak(harta)". Just because this lady pakai Merc, beli make up Mac beratus ratus, balik KB-KL naik flight je, so you think she wants you to give her the same? 

Tu la, bila kita dah betul betul nak, tiba tiba datang pula low self esteem dia. Pastu datang pula insan lain kata "Ni la women logic". Eh?

Come on, if you think your level is lower that her, bring it up! Jangan nak merintih kata tak setanding bagai. Some ladies, memang betul dia tak kisah. If ada yang kisah pun, awal awal dia dah buang nama kau masuk tong sampah. Macam aku, kalau kau tak reti siang ayam, awal awal aku reject. Al maklum la, tak reti potong ayam. Pisau daging tu je dah sama berat dengan aku. +_<

Ok, post ini actually berat ke arah perempuan. Well, aku perempuan kot eventhough suara aku tak comel. Hahahahahaha~!



♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Friday, August 31, 2012

My Precious: Mocha & Latte & Their Carrot Time


Lama dah tak update pasal my babies kan. *senyum sampai telinga*
So, kali ni nak share pasal dorg yang berkeras tak nak keluar cage eventho dah diumpan dengan carrot. Carrot is actually their favourite. Bagi carrot, benda lain memang tak pandang dah.

Last week, turun KL, so tinggalkan dorg almost 2weeks juga. Sepanjang ditinggalkan, they started to make some noisy sounds (menurut laporan from my sister yang tolong jagakan). Then, when I went back, they saw me from far away, terus jerit jerit and I was -.- what happen to you guys?

Oh ya, kali ni tak letak gambar, tapi letak vidoe. Sila rajinkan diri untuk tengok walaupun tak ada yang bikin korg gelak tergolek golek dalam video tu.

Wink!


This video, sepatutnya nak ambil dari jauh, untuk rekod bunyi dorg menjerit. Tapi tak kedengaran. Once dah dekat, automatically dorg senyap and just a small chitchat. Sepanjang potongkan dorg carrot, sepanjang tu la dorg bising. Kalau buka fridge pun dorg jadi tak keruan. Nak nak pulak fridge tepi cage dorg je.

Try untuk umpan dorg keluar cage. Sebab nak ajar dorg keluar cage and makan kat luar. Selama ni makan kat dalam je, either they eat by themselves or aku bagi by handfeed. Memang jarang nak bawak dorg keluar unless nak bersihkan cage. And I think that's the reason kenapa dorg sangat penakut. Sigh


Ini pulak, aku yang keluarkan dorg. Harap sendiri nak keluar, memang tak ler. Tutup pintu cage terus sebab dorg akan terus nak masuk balik. Yang ni pun bersungguh sungguh gigit cage sebab nak masuk balik. Adeh. Carrot idaman hati pun tak nak pandang langsung. Bagi by hand pun langsung tak nak. Dah lama lama Mocha baru nak makan, tu pun sikit. Latte langsung tak nak, kalau gigit pun, gigit sikit pastu sambung balik gigit gigit cage.

Aku sebenarnya in plan nak ajar dorg dengar cakap. But I guess it really really takes time and effort. Doakan je la berjaya train dorg. Wink!


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒
Related Posts with Thumbnails