Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cuba fikir elok elok

..anda rasa anda dah cukup bersyukur?..
Showing posts with label kisah benar. Show all posts
Showing posts with label kisah benar. Show all posts

Thursday, December 8, 2011

sebelum kahwin, kita kena buat apa.


bila kita kata nak kahwin, banyak perkara yang kita nak pertimbangkan. duit belanja la, simpanan masa depan la, kursus kahwin la dan sebagainya. eh, aritu saya pesan kat awak suh ambik kursus kahwin siap siap, pergi ke tak?. 

cilok kat HKL

tapi sejak beberapa tahun ke belakang ni, selain dari duit ada lagi perkara lain yang termasuk ke dalam pertimbangan. pemeriksaan HIV, pencegahan cervic cancer. familiar kan dengar. ni, saya cakap wajip buat. wajip sebab melibatkan masa depan. dan melibatkan anak anak kita. dan terbaru, sila check tahap Rhesus anda. ok, ini bukan lah masalah critical. ha ha. 

Rhesus adalah protein yang attach pada red blood cell. may be present or absent. jadi Rhesus boleh jadi positive or negative. tak seperti kebanyakan gene (aku bukan kata Rhesus nie gene, sebab aku pun tak pasti, boleh kata gene ke dak) yang diturunkan mengikut ibu, Rhesus diturunkan mengikut ayah. kalau ayah Rh-, anak Rh-. kalau Rh+, begitu juga anak. kalau ayah mempunyai Rh dominant dan Rh resessive, anak jadi 50-50 (+) atau (-). jika ibu Rh- dan anak pertama dan kedua diperturunkan Rh+, bahaya timbul pada anak kedua. 

penjelasan...
Rh+ dalam darah anak pertama boleh memasuki bloodstream ibu melalui placenta semasa kehamilan. Rh+ ini dikenali sebagai threat atau ancaman oleh sistem imunisasi ibu. sistem imunisasi ibu akan menghasilkan antibody, dikenali sebagai anti-D yang akan memerangi Rh+. kalau anda belajar human imunisation, faham la kot apa aku cakap. bila dalam badan manusia dimasuki foreigner, dalam case ini adalah Rh+, badan akan bertindak menghasilkan antibody untuk menyingkirkan foreigner tersebut. tapi antibody ibu takkan menyerang Rh+ pada baby pertama. jadi, baby lahir dengan selamat. jika ibu mengandung untuk kali kedua dan Rh+, antibody ibu akan menyerang red blood cell anak kedua dimana, antibody akan bergerak melalui placenta. antibody bertindak merosakkan red blood cell, yang nie tak ingat either dia burst out the cell or shrink it off. tapi last last kalau baby dah takda red blood cell, boleh membawa kepada kematian. complication semasa kehamilan ini dikenali sebagai Rhesus disease.

tapi, ibu ibu jangan risau. benda ni ada penyelesaian. jika dikenalpasti ibu ada anti-D, second pregnancy, doctor akan bagi injection untuk halang imunisation take place. so, no anti-D kacau red blood cell baby. :D

sebenarnya, benda nie tak da la penting as much as HIV checking and cervic cancer PAP smear. tapi saja nak bebel bebel, sebab aritu belajar balik pasal nie untuk subjek bukti biology. kan ada belajar nie juga dulu masa biology kat sekolah. *tongue*

korang dah buat Pap Smear? nie untuk ladies je k. aku tak buat lagi. bila ntah.


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Tuesday, November 1, 2011

Cik ada hutang tertunggak MasterCard RM3k


hye peeps!

arini, hurm.. arini nak cerita pasal hutang tertunggak. no no no, bukan aku yang berhutang. so, kalau bukan aku yang berhutang, apa kaitan hutang tertunggak MasterCard nie dengan aku? haaa, nie aku nak cerita.

arini dalam tengahari, sedang leka bergosip sakan dalam bilik Zue pasal kipas laptop dorang yang katanya rosak, tiba tiba Zue dapat sms. 'mootcourt selasa nie cancel blablabla dont blame me, im the victim also'. haa, tu link msg kelas ktorg. comel kan budak kelas aku. ktorg mengamalkan link msg untuk menyebarkan berita berita perihal kelas. kelas cancel ka, oncall kelas ka (yakni bermaksud, kelas tiba tiba diadakan. bukan crime scene je ada oncall tau), nak bagitau kena daftar ini daftar itu, nak tunggu bus kat mana, pendek kata apa apa update pasal kelas la. ketua kelas akan bagi msg kepada beberapa budak, then budak budak ini akan pass msg tu kepada orang bawah dorg mengikut turutan link masing masing. oh, ok tu adalah serba sedikit pasal aturan kelas ktorg. lepas dapat tahu link msg tersebut, Zue sangat happy sebab malam sebelum dia sangat risau sampai susah nak tidur disebabkan mootcourt yang dia tak study lagi. haa, mootcourt nie pula adalah salah satu praktikal untuk subjek Asas Perundangan dan Persembahan Bukti. yang mana, ktorg akan diberi satu case olok olok (crime scene buat masa sem lepas), kemudian ktorg akan bawa case tu masuk court. pendek kata, mootcourt is perbicaraan olok olok la. kira nak expose kat ktorg the scenario in court. if you're a Law student, the term is familiar right; mooting. sebenarnya bukan nak cerita pasal ni, nak cerita pasal phone call yang aku dapat after Zue ber-happy dengan mootcourt yang cancel.

mula mula dapat phone call dengan number 06056911212 (kalau korg rajin nak call berkenalan, sila la ye), tak nak angkat. sebab memang jenis tak suka angkat calling unknown number. tapi Zue pula kata, 'angkat la, mana tau penting'. aku pandang lama gak hp, then aku pun jawab la. dipendekkan cerita, dia kata dia dari ALLIANCE BANK SITIAWAN. dan katanya, 'ini cik Sadeline Vateria anak Badar ke? (dahlah nama aku pun sangkut sangkut masa sebut, cis!) Cik ada hutang tertunggak MasterCard blablabla'. aku dengar je HUTANG terus aku cut off him and aku fire dia terus sampai aku tak dengar pun berapa jumlah dia sebut. aku kata 'sejak bila pula saya pakai MasterCard. jejak kaki ke bank untuk any credit card pun saya tak pernah. kalau betul, kenapa tak bagi surat. you should give me black and white. and Sitiawan? i've never been to Sitiawan,  blablabla' apa ntah lagi aku bebel bebel. bila aku stop bebel, dia pun sambung cakap kata dia call bukan nak suh aku bayar, dia nak pastikan betul ke nie nama aku, ic aku. last last dia suh aku buat police report kecurian identiti. aku pun iyekan aje. dah nak percaya la nie. then dia cakap, nama dia LEE CHEE CHEONG from ALLIANCE BANK SITIAWAN. dia kata pihak dia akan buat police report juga. dalam masa 15minit, police will call me then later it's me who shall go reporting to police as well. itu pun aku iyekan juga. dia bagi juga details siapa yang curi identiti aku tu. bagi number credit card, alamat, limit credit card, berapa dia dah pakai. oh ya, aku suruh dia sebut ic number aku juga, betul la tu ic number aku. aku suruh dia bagi alamat rumah aku, dia kata orang tu pakai alamat kat Sitiawan. mula mula aku suruh dia emelkan aku details tu semua tapi dia kata dia tak boleh emelkan, kena cakap through phone call. apakah. dah la black and white tak ada, suruh bagi emel tak boleh pula. aku iyekan juga la tu.

habis dia call, aku tanya budak rumah aku nie. Lina kata, '06? Perak bukan 06'. Zue pula 'Lyne try call bank tanya'. so aku dengan lincahnya cari phone number Alliance Bank cawangan Sitiawan. 056911212. comparekan dengan number yang call tadi, lain kan. kalau 06, tu number cawangan Melaka/Seremban. tu pun bukannya number yang calling tadi. lama juga aku fikir, nak call ke tak. last last, aku call la juga. just to comfirm betul ke tak cawangan Sitiawan ada orang nama Lee Chee Cheong nie. aku call, tut tut tut ~

'Hello, Alliance Bank Sitiawan ke? Boleh tak nak cakap dengan Mr Lee Chee Cheong?' 
'Mr Lee Chee Cheong tak ada. sekejap ye'. 
the lady pass to another lady. the lady talk, 
'Hello, yes?'. 
'Hello, can i talk to Mr Lee Chee Cheong? dia ada tak?'. 
'Oh, you're for looking for Mr Lee Chee Cheong. what did he tell you?'. 
'He said, i have this hutang tertunggak MasterCard and tell me to police reported it'. 
'i am sorry. there's no one named Lee Chee Cheong here. the one you get is actually a scam. he tell that you have credit card number 5465949993189123 right?
laju gila kot lady nie sebut number nie tadi, nyaris tak ter-follow.
and i've been receiving lots of phone call looking for this Lee Chee Cheong as well. he tell you that a police will call you back right and then he will ask you question. that time dont give him any information. just tell him that you yourself will go to the police station'. 

kinda shock right. serious to say, NASIB BAIK SANGAT SANGAT LA AKU CALL BANK TU FOR COMFIRMATION. masa aku call bank tu, ada 4 misscall from 0656912222. i assume the so called police la tu. later than that, num yang sama call mula mula tu call balik. tapi sebab hp tinggal dalam bilik, aku tak perasan la dia call. kalau aku perasan pun, tak ada nya aku nak jawab. buang ATP aku je cakap. pffft!

so korg, hati hati la ye kalau tiba tiba ada orang bagitau ada hutang ke, kena bayar ini, bayar itu ke. dont simply trust! lagi lagi yang call then ask your information. jangan sesekali bagi, even it's just your ic number. tang case aku nie, dia memang dah dapat dah ic number aku. kat mana dapat tu tak tahu la. tapi memang ada case camni. when you apply something that need you to photocopy your ic, you already had the risk. kalau dapat kat orang yang tak amanah, dia akan ambil la detail kat photocopy ic kita tu then dia salah guna. actually, LEE tu tanya gak aku sekarang dok mana. aku tipu kata aku kat Sabah. ha ha. padan muka, ingat aku senang ke nak bagitau the real thing.


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Sunday, July 10, 2011

Adik Iqbal Fahreen Hamdan.


can't sleep. ini adalah gila, esok kerja tapi sekarang dah pukul 1230am but i'm hardly to fall asleep. padan muka. minum nescafe bergelen gelen macam tak ingat dunia. 

dalam tempoh cuba melelapkan mata, dengan lampu dah tutup semua, terbayang satu nama;
adik Iqbal Fahreen Hamdan. nama yang aku jumpa dalam majalah Mastika. kisah yang membuatkan airmata aku tumpah di dalam kedai di mana aku part time sekarang nie. nasib baik customer tak ramai, kalau tak, malu la den orang tengok airmata mencurah curah. even sekarang kalau aku baca balik, airmata still bergenang.

habis baca kisah adik nie yang menyayat hati, aku buka hp. type new message : Adik iqbal fahreen hamdan; dan aku send ke Twitter. balik nanti, aku nak google nama ini. takut terlupa jadi aku letak dalam twitter. balik dari kerja, aku buka laptop dan aku online. aku cetaktampal nama yang aku letak dalam twitter dan aku google. then, aku jumpa nie. a blog yang retype kisah dalam mastika. so, dengan mata yang masih belum mengantuk, aku bangun buka lampu dan aku naikkan lid laptop. aku buka blog dan aku cetaktampal pula entry dia masuk dalam blog ni. korang baca ok.. jangan lupa sedia tisu..

***

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.



Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terakhir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"



Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.



Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu?

Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian, mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu.

Lantas mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang berlaku sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang.

Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya.

Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir.

Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari.

Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.



Januari 2011-  Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak,sudah 'reput'. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang.

26 Februari 2011-  Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah!

Hah Hah.. Tergelak mak.Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah,

Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta.

Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti.

Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.

7 Mac 2011-  Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang.

Mak bawa abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi.

Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan. Mak redha. Dalam hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi.

Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan abang? Mak jawab: "InsyaAllah, abang akan sihat!"

Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahumereka semua lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi.

Mereka pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan.

13 Mac 2011- Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang.

Di rumah, setiap hari mak akan tanya: "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: "Mak, abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? Mak jawab: "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala.

Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke paras dada. Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!"

Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu.

Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembiru sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Abang tak perasan, mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi: "Abang nak apa?"

Abang jawab: "Abang nak naik lori sampah!"

Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?"

Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju abang dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka.

Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sanggup lihat abang lama-lama. Sedih agaknya.

Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung abang.

Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja abang nak pergi,semuanya mak tunaikan!

Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam  abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu abang pinta pada pukul 3.00 pagi!

Apa saja yang teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan.

Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011-  Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah, apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!"

Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.


5 April 2011-  Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!"

Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini. Kemudian, Dr. Adura. , doktor yang sinonim merawat abang datang melawat.

Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yang mak terkilan tak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011-  Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini. 

Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini.

Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr Adura tulis di dalam blognya kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta.

Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk abang. Tapi abang kurang ceria, wajah abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011-  Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tapi abang sekadar lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu.

Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaanya meningkat naik. Tapi hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik.

Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada abang: "Mak tahu abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi.

"Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika!"

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia ini.

9 April 2011-  Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu. Pakul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai. 

Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?"

Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu.

Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak.

Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang.

"Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja."

Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba!

Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dalam nada yang lemah: "Makkk..sakit perut..!"

Dan abang terus memanggil: "Makkkkk!". Suara abang perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!"

Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata abang yang semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan kamu!"

Mak marah mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput abang.

Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya.

Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat  abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!" Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillah... Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang: "Tenanglah abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"

Abang, sekarang mak dah dapat jawapanyya. Mengapa mak tidak menangis?

Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti.

Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.

Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang.

Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.

Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan.

Mak telah beri segalan-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa abang ta[i... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.

Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahan seawal usai dua bulan dan ada antara pembedahannya gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidka lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat  tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).

*TAMAT*

*aku harap owner blog nie tak marah la aku cetaktampal 100% memandangkan aku tak tunggu dia reply msg aku. and one more thing. kalau nak tengok gambar adik Iqbal semasa hayat dia, boleh la pergi kat sini; asal entry ni semua. kat tepi sidebar dia ada letak link dia separate kisah nie jadi 6parts. thanks to him for retyping this story. memandangkan aku kinda busy, susah nak update so aku minta izin dari dia untuk copypaste full story dari blog dia.
*saat nie, aku terfikir. dah lama aku tak menangis. dan aku lupa bila kali terakhir aku menangis. yang aku ingat aku menangis disebabkan siapa.
*ada lagi link pasal kisah nie. later i'll put it here. entry macam dah panjang meleret ke bawah. and thnx for keeping the track to read up the story. *senyum*


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒
Related Posts with Thumbnails