Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cuba fikir elok elok

..anda rasa anda dah cukup bersyukur?..

Saturday, May 19, 2012

Give me back the smile on my face. Please.


Hye peeps! How's thing going on? Sihat? Gembira? God bless if you did. 

*senyum*

It's been a while isnt I didnt drop anything here. Ahh. Too many things happened. Banyak yang nak diceritakan, tapi jemari, ya jemari ni tak nak pula menari nari atas papan kekunci.

Bila dikira kira hari yang tinggal, tanpa sedar, tak sampai dua bulan lagi sisa baki masa. Cepat bukan masa berlalu. Dan memikirkan itu, banyak yang aku khuatirkan.

Diri sendiri.

FYP

Final exam

Final year, final sem

BGP

Ya, BGP juga termasuk. Sudah dua kali aku menerima panggilan dari rumah membincangkan hal yang sama. "Nanti dah habis belajar, barang barang macam mana? Kereta macam mana? Balik sini atau tinggal kerja di sana?"

Oh mommy.

Aku ceritakan begini, "Barang banyak, hari tu simpan barang separuh kat stor, separuh lagi penuh satu kereta, so blablabla".

My mom, "Apa banyak sangat barang?!"

*tersengih*

Dalam dilema nak ship BGP terus balik Sarawak atau tidak. Dikhuatiri rezeki melimpah di sini, macam rugi pula kalau dah ship BGP awal awal. 

Hurmm

Kalau diikutkan hati, aku mahu pulang. 5 tahun direct di bumi orang, sekali sahaja aku pernah tinggal di rumah lebih dari sebulan. Peralihan matrikulasi ke universiti. Sampaikan aku berfikir, "Hidup aku membesar dan menjengah dewasa sememangnya tidak ditakdirkan di rumah sendiri kah?".

Setiap kali balik ke rumah, pasti ada pembaharuan. Balik masa 1st year/matrik, bilik mak ada tv sendiri, sofa baru dan kabinet tv baru. Oh, abang ipar baru juga. Ha ha
Balik masa 2nd year, perabut dapur baru, oven baru, gate rumah baru, ampaian beroda baru. 
Balik 4th year, auto water heater (sebenarnya aku tak tahu nama. Yang ni aku terkejut, sebab my mom tak suka sangat electric stuff, she said membazir electric. Even periuk nasi electric pun start pakai masa aku matrik, and only used it for dinner, untuk lunch sila masak nasi secara manual di dapur ye). 4th year ni tu je la aku perasan. Well, balik pun 3 hari je, but another shocking thing is talian telefon rumah telah ditamatkan and my mom never tell me once, mana la bila dial dial pun tak dapat. =.=
3rd year aku tak balik rumah sebab kena balik rumah abang kat Miri.

Memikirkan semua ni, pasti menghilangkan senyuman di bibir. And I realize something bout myself, 'I barely cannot do two things at the same time'. When that happened, I felt like the whole world stepped on me. 

Beban.

Itu yang aku rasa. Dan keinginan aku untuk balik sangat kuat.

Sehingga aku rasa, menaip 'ha ha ha' itu pun terasa berat apatah lagi tersenyum, terasa hipokrit. Kerana sekarang, aku rasa tak ada yang boleh digelak ketawakan. Otak hanya fikir FYP dan macam mana kalau dah habis belajar nanti. Kalau dihitung setiap 'ha ha ha' yang aku type di FB mahupun Twitter, mungkin hanya 40% sahaja yang aku betul betul ketawa atau tersengih macam kerang busuk. Selebihnya sekadar untuk menjaga hati. Ada pun yang boleh buat aku tersengih, bila nak type ha ha tu terasa cam pelik sangat, so it ended without expression.

Hipokrit.

Aku sekarang selalu menghela nafas berat dan mengeluh. Korang tahu? Masuk tidur, bangun tidur, even tengah makan, otak ada FYP je. Dan terfikir, ini rupanya hidup sebagai budak final year. Hati memanjang tak tenang. Makin lama makin malas nak gelak dan senyum.

I'm turning into an alien, bewareeeeee.

Ok, not funny aite. -.-'

Sem ini mungkin sem paling selekeh bagi aku. Bilik aku sememangnya dikenali sebagai bilik yang tak pernah berkemas. Sebab aku jenis tak suka simpan barang yang aku selalu pakai. I just put everything on the table. Tapi sem ini, i think it's disaster. Kemas pun sebab kesian kat roomate. Bila tersedar yang bilik tu bukan kita seorang yang pakai, mula kemas sikit sikit.

Tapi sejak sejak asyik menghadap FYP ni, drawer aku pun menjadi mangsa. Drawer aku memang sentiasa terbuka tapi tak ada la sampai barang dalam tu melimpah. Sem kali ni, drawer semua terjelir keluar dan isi dalamnya melimpah.

1 - Drawer nipis. Dalam ni banyak kertas data yang aku kejap kejap tengok untuk refer masuk SPSS, kadang kadang sikat pun masuk sini, hp kalau korg text and aku cepat je reply or call cepat je angkat maksudnya hp tu dalam ni la. Tapi kadang kadang tu jenuh juga nak cari sebab hp terceruk hujung drawer kena tutup dengan kertas kertas. Cermin, jam, mp3, lipbalm, result exam pun ada sekali.
2 - Drawer atas. Sepatutnya dalam ni letak sikat, barang untuk cantik cantik la kiranya. Tapi sekarang dah jadi file drawer. Contoh thesis masuk situ, buku spss masuk situ, buku Gaya UKM kalau ada pun masuk situ, tapi sekarang ni buku tu tak tahu mana pergi. Oh, jangan lupa, makanan pun di situ juga kalau atas meja tak ada tempat.
3 - Tu sebenarnya box yang aku isi begsssssss. Dah melimpah. Letak situ jadi tempat letak kaki. 
4 - Drawer bawah sekali. Drawer ni memang jadi tempat letak kertas and buku nota. Dulu drawer ni la yang paling jarang aku buka. Tapi sekarang, dah tak pernah tutup. Borang data, sample lip print, lecture notes sume kat situ. Termasuk la majalah free yang aku dapat masa BookFair aritu.

Drawer tengah tu tak terusik. Barang perempuan. Yang tergantung tu, beg kuliah. Tadaaaaaaa, macam tu la meja aku selama satu sem ni, Yang atas meja tu hurmmm, tak perlu la tunjuk. Pengsan karang. Sekarang ni just penuh barang aku la. Selalu pukul 1-4 pagi macam ni, aku akan makan. So meja aku penuh dengan pinggan, mangkuk dan mug. 

Selain bilik, BGP turut jadi mangsa. Tak mandi 2minggu dah jadi perkara biasa. Sama ada tak sempat atau aku yang malas keluar. Bagi aku, masa yang ada baik duduk bilik. Tapi few days ago, nak lari sekejap dari bilik aku rajinkan diri pergi hantar carwash dan check mana yang patut. Puas hati. Yang tak puas hatinya, minyak hitam dah sampai limit, power stering oil dah cecah critical line, tiub air wiper tercabut, bekas air wiper kosong, bekas air radiator nyaris kosong. Fuh~

Sekarang, tumpuan sepenuhnya pada FYP. Sedikit lega, dan suka barangkali. Sekarang tengah siapkan slide presentation. Tak sabar nak emailkan kepada Dr Supervisor :D

Sebelum menamatkan entri kali ni, aku nak minta maaf kalau ada yang aku kecilkan hati, sesiapa yang terasa hati. Aku sedar kebelakangan ni, bahasa aku agak kasar. Stress had taking away my sense of humor perhaps. And maybe i had turn into a lady of moods.

So, is there anyone who can give me back the smile i lost?

Panjang pula entri ni.


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Sunday, April 29, 2012

Tweet tweet.


Saw this tweet last night.

Satu je soalan aku; 
Adakah menyokong tuntutan pilihanraya adil (baca: Bersih) dikira sebagai membelakangkan kerajaan?

*Bukan meminta untuk menyokong atau membantah, cuma meminta untuk berfikir.


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Saturday, April 28, 2012

A story to shared


*Kurang dikenalpasti dari mana datangnya petikan ni, yang pasti bukan original dari aku, hanya cetak tampal dengan niat untuk berkongsi. Renung renungkan. :)

Ada sebuah rumah terbakar. Rumah terbakar tu ada manusia. Tidak pasti agamanya apa, amalannya apa, bangsanya apa.

Seorang bukan Islam bergegas cuba menyelamatkan mereka dan memadam api. Dia menjerit-jerit suruh orang ramai datang bersama selamatkan orang. Orang ramai pun datang, dia bagaikan ketua, sambil mengarah dan merisikokan nyawa utk menyelamatkan mereka yang terperangkap.

Tiba-tiba ada seorang Muslim yang berfahaman asabiah datang :

"Mengapa kamu semua terlibat dalam misi menyelamat yang diketuai oleh seorang yang minum arak? Tahukah siapa yang kamu hendak selamatkan? Mereka mungkin bukan orang kita...."

Seorang yang Muslim yang faham agama berkata :

"Selamatkan orang dulu. Manusia yang terperangkap itu ciptaan Allah juga. Matlamat kita membantu di sini untuk menyelamatkan nyawa, bukan bersama untuk menyokong orang minum arak? Apa gunanya orang yang tidak minum arak tapi tidak tahu membantu orang yang dalam kesusahan?”
♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Friday, April 27, 2012

Apa sebenarnya perasaan disayang ayah?


Malam ni merupakan malam yang sedikit emosi, untuk aku. 

Kunyah perlahan nasi dan sardin. 

Aku sedang menikmati supper dan tiba tiba this thing come cross my mind. My daddy.

Asingkan tulang dan perut ikan sardin dan letak ke tepi.

Aku sedang melayari laman Twitter, melihat dan tweeting sometimes. 

Asalnya aku tweet begini "bila sedih2 ni, xtau knp mesti terigt ngn abg long. n rasa nk jumpa dia je. tp segan r, eventho abg tp ktorg jrg berbual. xtau nk borak apa."

Kemudian, someone reply on it saying, "huhu...ko sme dgn ak..tp ak sume kakak..even rapat tp dorg xtau kes life ak sgt..sbb ak pendiam cikit kt rmh bab life ni".
  
All of sudden, aku teringat abang aku up status berbunyi begini: miss my dad so much.. wish him here scolding me..

Abang aku baru putus cinta.

I was actually wishing the same. Mungkin kalau daddy ada, hidup aku sedikit berbeza, perwatakan aku mungkin sedikit lain. Mungkin aku akan kurang boros. Yela, takut kena siasat awat duit cepat je flowing.

Tapi seringkali juga, bila berbicara pasal ayah, aku akan cuba cari sudut positive. Dan aku akan come out with this conclusion: Kerana dia tak ada la, aku jadi setabah sekarang.

When I was in my secondary school, someone used to say. Orang yang tak ada ayah atau ibu ni adalah orang yang paling tabah.

Kerana tanpa dia, aku belajar untuk membuat keputusan sendiri. Kerana tanpa dia, aku mengorak langkah sendiri. Dari masuk sekolah berasrama penuh, seterusnya menjejak kaki ke kolej matrikulasi dan akhirnya ke menara gading, semuanya aku putuskan sendiri. Which collage I want to go and what course I think suit me well enough, semua aku decide sendiri. Dan pesanan dia yang paling aku ingat adalah "Lagi jauh kau belajar, lagi bagus".

Perkara terakhir yang dia ada dengan aku adalah semasa pendaftaran masuk sekolah berasrama penuh. Dia yang isikan borang, carikan bilik asrama. Dan pada masa ini, baru aku sedar. Keempat empat jari kanan beliau kecuali ibu jari ada terpahat tattoo. Ya, tattoo. Jari tunjuk tertulis L, jari tengah tertulis O, jari manis tertulis V dan jari kelingling huruf E. Kesemuanya membentuk L-O-V-E.

12 tahun aku hidup, baru aku perasan. Betapa selama ini aku jarang memerhati ayah sendiri. Pathetic aite? Dan tahun yang sama itu adalah the only year yang mana, I wish him Happy Birthday. The first and last. Never had thought in my mind that there will be no more wishing on him.

Terkilan

Dia pergi meninggalkan kami 4/12/2002. Aku ingat lagi, makcik yakni adik kepada daddy berkata kepada kakak aku, "Aku tak puas lagi bersama dengan dia", menangis. Dia yang sudah berpuluh tahun pun merasa begitu, bagaimana dengan aku yang hanya 13 tahun?

Untuk 4 tahun pertama, my mom kept saying this. Tahun dia meninggal, dia buat banyak planning. One of it was our Christmas Eve. He told mommy, "Kena jemur banyak padi ni, nanti Christmas mesti meriah, semua nak balik Kuching". But, in the end, the padi yang dia and my mom jemur digunakan masa majlis pengebumian dia. 

Rumah aku makan nasi hasil dari padi tanaman sendiri. So, dari kecil aku tak makan beras beli tu.
And my mom was sangat terkilan pasal tu. Sebab apa yang dia plan, had turn to something else that left everyone speechless.

Diam

Mungkin kalau dia masih ada, dia dah bawa my mom datang melawat aku kat sini.

Malam ini, aku terfikir. Apa sebenarnya perasaan disayang ayah? Sejujurnya, aku jarang spent time with my dad during his lifetime. Walaupun profesion dia hanyalah guru, tapi kegiatan harian dia sangat packed. Kalau tak mengajar, dia turun ke kebun. Kalau tak turun ke kebun, dia berburu di hutan. Dia adalah seorang yang tak pernah mahu duduk tidak berbuat apa. Sentiasa mahu melakukan sesuatu. 

Sebelah malam, dia akan duduk hadap tv, sambil di depannya ada sebuah meja dan typewriter di atasnya. Sambil menonton Buletin Utama, untuk setengah jam pertama, dia akan ajar abang aku atau aku sendiri read text in English.  Sebelum aku masuk tadika, dia la yang mengajar aku how to speak in English and taught me Math. Sebab tu masa tadika, aku dapat nombor 2. Selepas itu, baru dia buat kerja dia. Pukul 10, semua yang sekolah pagi esok mesti masuk tidur.

Aku masih ingat van lama dia yang berwarna hijau. Rindu van itu.

Sepanjang aku sekolah rendah, dia hanya pernah datang sekali untuk majlis terima hadiah. Masa aku darjah 6. Sebab tahun sebelumnya aku tak naik stage. Ha ha. Setiap kali diutarakan jemputan, dia akan tanya "Terima hadiah tak?". Jawapan aku pastilah tak. Jadi dia tak kan datang.

Aku pernah sekali tersesat di theme park, di Brunei. Dan seingat aku, itu adalah pertama kali dia pukul aku. Cuma pukul di pipi sedikit. Dan aku menangis nak rak. Bila aku tengok dia menghampiri, aku mesti takut. Takut dia lagi marah. Tapi ternyata, dia mendekat sebab nak pujuk. Mungkin ayah aku ni tak pandai pujuk orang. Dia cuma tarik aku, dan kata "Dah, pergi main ni" sambil tunjuk gelungsur. 

Aku yang berumur 5tahun. :)

Setiap kali ahli keluarga berbicara tentang dia, perkataan yang sering didengar adalah garang. My dad adalah yang paling garang antara 10 adik beradik. Even yang lebih tua dari dia pun takut kalau dia dah marah. Itu adalah antara sebab kenapa hampir 1 daerah Kota Samarahan ni kenal dia. Adik lelaki dia cakap, "Tengok muka pun dah takut, apa lagi kalau dia dah bersuara". At some moment, we laughed. Mungkin kalau dia masih ada, kami anak anak dia tak akan tahu pun pasal semua ni.

Always come across my mind adalah, macam mana kalau daddy ada lagi. Aku selalu harap, kan best kalau daddy ada. The picture must be perfect.

And I was actually miss the moment we had our dinner together, bertujuh tolak ke tepi abang sulung. Abang sulung aku tak duduk dengan ktorg, jadi dalam memori aku hanya ada kami bertujuh. Setiap kali dinner, mesti makan bersama. Sekarang, kalau aku balik rumah, hanya makan dengan kakak dan abang ipar. My mom, timing makan dia tak sama bak kata kakak aku. Jadi my mom selalu makan seorang sambil tengok tv.

Memang betul, bila kita tak ada salah seorang dari mereka, kita akan jadi tabah tanpa kita sedar. Itu adalah kelebihan anak yatim. Nak tak nak, kita kena buat keputusan sendiri. Mungkin itu yang mendorong aku jadi decision maker in some circumstances. Dan aku tak pernah homesick sehingga lah aku masuk university level.

Senyum

Untuk korg yang masih ada ayah, hargailah masa yang ada. One day, when you reminisce the moment, akan rasa sedikit terkilan sebab apa yang sepatutnya korg buat dengan dia, korg tak sempat pun nak buat.

♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Friday, April 20, 2012

Thesis: Kekeliruan atau memang tak tahu.


Aku ada satu habit yang ternyatanya kurang sihat.

Minum coffee di kala stress. Rekod tertinggi 4 gelas sehari.

Oh, itu zaman gila Nescafe 3 in 1.

Yes, I know over-dose in caffeine is definitely not a healthly way of living. Come on, I'm a health science student. Tipu la kalau aku tak tahu atau tak sedar keburukan caffeine.

Tapi, apa masalahnya? Tahu tapi masih di ambil mudah.

Begini la manusia. Oh, mungkin lagi betul kalau kata, begini la aku.

Sama seperti kau tahu, kalau kau parking kereta di bahu jalan yang ada garisan kuning, nanti DBKL akan saman kau. Tapi kau tetap parking di situ. Alasan: no parking available bro..

Padahnya duduk di kolej yang letaknya di tepi jalan. Macam kami.

Selak buku SPSS yang dibuku-cetak hampir 2 tahun lepas.

Aku buka helai demi helai. Kemudian aku alih ke laptop di atas meja. Aku buka perisian SPSS Statistic 17.0. Terpampang di kaca screen "You have no lisence blablabla". Shot! Aku install aritu, aku tekan butang exit di kala dia suruh aku lisence-kan. Sebab aku tak faham, dia suruh aku buat macam mana nak set lisence.

Aku ingat tak penting.

Aku tutup perisian yang tiada penyelesaian. Mungkin nanti boleh tanya mereka yang lain.

Aku belek lagi buku SPSS yang aku buka tadi. Satu pun aku tak faham. Sesungguhnya, apa yang aku belajar 2 tahun lepas ternyata sudah luput dari kepala.

Data aku ada dua, sebelum dan selepas makan. Kemudian aku blur. Mahu buat apa?

Aku belek carta besar aturan ujian ujian statistik. Data aku berbentuk nombor, boleh di-cartakan sebagai palang. Jadi, data aku adalah ordinal bukan?

Adakah data aku dikira lebih dari 1 kumpulan atau ia sememangnya dua sahaja?

Wait. My datas are mixed in negative and positive value. Adakah aku perlu buang negative dan ambil nilai number sahaja?

Gosh. Pertolongan amat diperlukan.

Aku hirup lagi sesisip air kopi. Sedap. Dan aku tak makan apa apa lagi arini. Burger bakar maybe in a short later?

Nenonenonenoneno~~


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒
Related Posts with Thumbnails