Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cuba fikir elok elok

..anda rasa anda dah cukup bersyukur?..

Tuesday, March 13, 2012

Jatuh & Bangkit


Jam di laptop menunjukkan 2:06 am. Aku? Masih belum tidur, dan lampu bilik masih terang benderang. Sebelum aku menutup mata, untuk tidur, izinkan aku menjenguk sebentar ke laman ini ok. *wink*

Di atas meja, tak pernah kosong dari harta benda. Dan sekarang yang ada, sebiji mug yang bersisa teh susu dan pinggan kecil yang sebelumnya sarat dengan dua biji telur goreng. Bila lapar di tengah malam, itu je yang mampu untuk di galas ke dalam perut.

Hidup.
Sudah lama kan tak berbicara pasal hidup. Tentang jatuhnya kita, dan bangkitnya kita untuk menempuh kembali hidup. Nah! Blog ini sendiri pun aku dah lama tak tengok, apatah lagi mencoret apa apa kisah. Rindu? Kind of, ha ha.

Memulakan hidup yang baru, been easier kalau kita jumpa orang yang baru. Tak kisah la apa peranan dia. Dan aku pula, enggan meletak harapan. Enggan. Khuatir jatuh dan tersungkur, lantas payah untuk bangkit semula. Sedangkan mahu berlutut untuk bangun pun aku rasa berat.

Kisah dulu. Ya. Kisah lama.

Siapa agaknya yang tiada kisah pahit di masa lalunya kan? Susah barangkali untuk mendengar seseorang yang hidupnya sentiasa berseri. 

Walau tidak meletakkan harapan waima yang kecil sekalipun, tak salah kita berdoa bukan. Meminta agar dipermudahkan segala yang kedengaranya mustahil. Meminta dilembutkan hati insan yang hadir. Dan meminta dijauhkan segala yang memberi keburukan. Meminta. Pinta la pada Tuhan. Dia pasti suka, kan?

Hari demi hari, hidup aku kembali pada track yang asal. Bahagia. Senyum. Gelak ketawa dalam erti yang sebenar. Bila mendengar teguran kawan yang sedar perubahan yang positif, hati rasa berbunga. Kerana, sudah lama muka yang lesu ni menunjukkan wajah yang muram tanpa seri. Dan kini, muka yang sama terasa terpancar sedikit cahaya.

Mereka jarang bercerita, jarang berterus terang. Tapi sesekali mereka berterus terang, ia menusuk ke hati. Mereka kata, "Tak nak tengok Lyne sedih sedih, tak suka". Jadi, aku cuba cari balik apa yang hilang. Syukur. Mungkin hati ikhlas mahukan diri ini tidak lagi diulit sedih, kebahagian itu muncul. Dan mereka, suka. Melihat mereka tersenyum bila aku bercerita, hidup ini terasa sangat sangat bermakna.

Apa la ertinya kawan kawan kalau tidak melihat mereka tersenyum melihat kita. Bagi aku, itulah kegembiraan sebenar. *senyum*

psssst: rindu abg^^


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Friday, March 9, 2012

Bahagia itu sudah tiba.



hadirnya satu sinar tanpa diduga
semoga apa yang dirasa 
adalah satu kenyataan
andai bukan, ia pasti suatu takdir
yang bakal hadir sebagai kenangan
semoga pintu hati kita
Tuhan bukakan sedikit demi sedikit
biar kita menghargai setiapnya
yang mengalir di hari indah kita
sehingga kita sedar
yang tiba itu rupanya
adalah hari bahagia kita.

*rindu :)

notabersepah:
.. dah lama tak berpuisi, so totally hancur di situ. sorryyyyyy. :D



♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Thursday, March 1, 2012

hamster rumah kami.

 


Saja je nak tunjuk video aku ambil few days ago. These two hamsters, mynie and minnie (I dont really remember their spelling, haha) were brought into my room by their master. Then, dok merayap rayap atas meja. And i was so worried that any of them will fall from the meja. In which, memang ada pun yang jatuh >.<

Btw, sorry for the background sounding. Lebih kedengaran suara dari video RunningMan dan suara aku yang membebel. Ha ha. :P


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Sunday, January 29, 2012

Hari yang semakin indah.


Hari yang indah.
Toleh kanan, nampak Cda. Toleh kiri, nampak Salma.

Aku, "Salma!"
Salma, "Hoi! (terkejut) Ha ha ha, tak nampak la Lyne buka mata ke tak. Ha ha"
Aku, "Lor, ha ha. Salmaaaaa, esok pagi jangan balik dulu tau. Tunggu orang bangun dulu. K k. Orang takut Cda balik awal pagi".
Salma, "Nak bangun pukul berapa?"
Aku, "9-10 camtu la"
Salma, "Huh! Orang nak bangun pukul 12 esok"
Aku, "Erkkk!"

Tu perbualan malam tadi. Semalam Salma tidur dengan aku. He he. Rumah sana tinggal Salma sorang je, tu la dia tidur rumah sini.

Suka suka!

Aku nak suruh dia stay sini je sepanjang hari ni. Tapi dia tak nak. Cda lak dah balik Raub.

Salma,"Lepas transfer cite ni, orang nak balik la" (transfer movie dari external ke laptop)
Aku, "Alaaa, nak balik dah ke? Stay je la sini =(" 
Salma,  "Ah! Orang nak balik. Nak mandi. Nak masak megi"
Aku, "Ala!. Asyik asyik makan megi je. Makan la lain"
Salma, "Nak makan apa??"
Aku, "Hurmm, nak makan bubur? Orang masakkan"
Salma, "Ha! Lama tak masak? Sempat tak tunggu cite ni transfer?" 
Aku, "Lama la"
Salma, " Ala! Tak nak la. Orang nak balik"
Aku, " =("

Few minutes later,

Aku, "Salma nak makan roti dengan telur goreng tak?"
Salma, "Nak!"

Few minutes lepas makan roti, Salma pun balik. Aku pula, terus hadap laptop. Sebelum dia balik, dah janji pukul 6 petang ni nak makan sama sama.

Selasa ni Salma nak balik dah. Sedih. Rasa cam nak ikat Salma dalam almari, tak nak bagi dia balik Johor. Huk huk huk.

Makin lama, makin aku tak boleh nak tidur sorang sorang. Aih! Apa nak jadi la aku ni? I'm no longer a strong lady as before. Macam budak kecik!

Sejak kebelakangan ni, aku banyak cerita pasal perasaan aku kan. (macam sebelum ni tak, ha ha). Mesti korg bosan baca. Jangan jangan dah tak nak buka blog aku ni. Tapi nak buat cam mana, dah memang itu fungsi blog aku ni. Tempat untuk aku bercerita kisah hidup aku.

Tak mustahil juga, dari blog ni korg boleh detect aku ni jenisnya macam mana. Wawawaaaaaa @_@

♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Saturday, January 28, 2012

In a circle, it repeated by itself


Perasaan.
Pernah kau rasa satu perasaan, dan kemudian ia hilang. Diganti dengan satu perasaan yang lain dan kemudian datang lagi perasaan yang sebelumnya. Dan ia berulang ulang, membentuk satu pusing?

Sayang - Marah - Benci - Rindu


Manusia ni macam macam.

Aku dan roomate aku ada satu circle yang tak terancang. Awal pagi, dia bangun, dia buka tingkap bilik luas luas. Aku bangun, aku pandang dia. 

Comelnya la roomate aku ni tidur. 

Tapi pagi ni dia tak ada. Keluar mencari sesuap nasi. Untuk pertama kalinya selepas hampir seminggu, aku rasa tenang bila aku buka mata. Tapi bila aku toleh ke sebelah, kosong dan aku teringat dia keluar. Aku pejam balik mata, few minutes later perasaan tu datang balik. Aku cuba tepis. Kali ni aku ok. Dan aku bangun dengan senyuman.

Arini tingkap tak terbuka. Aku kadang kadang kalau ingat aku buka la kalau dia tak bukakan. Tingkap tu akan terbuka sehingga petang. Hujan sekalipun, ia tetap tak ditutup. Sebab tempias hujan tak masuk. He he.

Bila petang melabuhkan cahayanya, aku akan tutup tingkap. Aku ada satu perasaan unease kalau tingkap terbuka di waktu pertukaran siang ke malam. Rasa tak selamat.

Aku terfikir, aku ni manusia paranoid ka apa?

Then, after Isyak macam tu roomate aku akan buka tingkap balik. Nak bagi angin malam masuk bilik. Sedap. He he. Tingkap tu akan terbuka sampai la ktorg nak tidur. Dan aku akan tutup tingkap tu sebelum aku naik katil. Kalau tak, sampai ke pagi la tingkap tu terbuka. Lagi sekali, tengok tingkap terbuka masa kita tidur akan buat aku rasa unease juga.

Pelik.

So, lepas tutup tingkap baru naik atas katil. Kalau time tu roomate aku tak tidur lagi, dan dia tengah baca buku, aku akan baca buku sekejap. Selalunya dalam dua pages je la. Then baru aku tidur. Tapi kalau time tu dia dah tidur, aku akan tidur terus. Sebab aku akan tutup pintu dan lampu terus. Lagi satu kebiasaan aku sebelum tidur, aku mesti nak tutup pintu dan kunci. Rasa unsecure kalau di biar terbuka. Sama macam tingkap la, kalau aku tak tutup roomate aku pun tak tutup pintu. Sekarang je kot dia akan tutup pintu bilik. 

Nanti dah naik katil, malas nak turun balik untuk tutup lampu. Aku tak boleh tidur kalau lampu terbuka. Roomate aku, "Cda tak kisah kalau nak tutup or buka lampu masa tidur. Ikut Lyne la".

Aku taknak puji roomate aku lebih lebih.

So sepanjang satu sem pertama tahun akhir nie, macam ni la circle hari hari ktorg. Siang sama ada ada kelas, or just laying down on bed or just chatting all way round. 

notabersepah:
.. roomate aku adalah housemate aku, classmate aku, dan coursemate aku.


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒
Related Posts with Thumbnails