Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cuba fikir elok elok

..anda rasa anda dah cukup bersyukur?..

Saturday, April 30, 2011

masa untuk emo: izinkan aku



izinkan saya menjadi seseorang yang beremosi malam ini.

***
1229am. april 30 2011.

hati dah semakin tenang. tiba tiba malam nie, semua jadi macam tak betul. missing someone? maybe. hating some? also maybe.

'jangan dikenang cinta lalu. jadikan kisahku pengajaranmu'

someone tweet this for me. ya. kalau dibandingkan kisah aku dengan dia memang kisah aku tak seberapa. kisah dia, kalau aku dengar, kalau dia cerita dekat aku, memang aku sendiri rasa sebak. serious. kisah dia sangat tragik. seperti cerita novel. & aku hampir menitiskan air mata sebaik saja dia habis meluahkan segala kesedihan. kisah aku pula, kecil je. umpama bertepuk sebelah tangan. dulunya berbunyi, tapi sekarang dah sepi. tapi aku tak boleh nak elak rasa sedih. perempuan memang dianugerahkan hati yang lembut, hati yang mudah tersentuh. semua perempuan macam tu. sekeras mana seseorang perempuan, hati dia tetap sama macam perempuan yang lain. jadi, bila nama dia timbul, apa sahaja pasal dia yang muncul, hati aku tersentak. 'kenapa aku rasa macam nak tersedak bila nampak mereka?'. ingat dialog nie dalam cerita My Girl? dia cakap sambil dia tepuk dada. sakit rasa dia. itu yang aku rasa bila aku dapat tahu anything pasal dia.

kalau diikutkan, memang penat. penat hidup macam ni. penat asyik asyik rasa sedih. penat hari hari cakap kat diri sendiri 'dont be stupid'. penat meminta, 'sy nak hilang ingatan'. aku tak pernah minta nak ingat. jauh dari nak. kalau aku boleh tak ingat, aku tak kan ingat. tak nak!

in twitter:
cane ea rsnya kalau kena langgar ngn kete. xpun kena gesel tepi sampai terpelanting ke rumput. korg leh imagine x apa aku ckp nie.

pastu, aku kena marah. ye, tak patut minta benda yang bukan bukan. tapi aku teringin nak tahu apa perasaannya hilang ingatan. lagi lagi sekarang ni, aku tak suka benda yang aku selalu ingat.

bodoh? memang. manusia lemah macam aku memang bodoh. tapi sekurang kurangnya, aku masih mampu berfikir rasional. masih mampu teruskan hidup. cuma adakalanya aku emosi. & kau boleh ketawa sepuasnya melihat aku camni. tak apa. sekali 'ha' kau keluar dari setiap 'hahaha' kau tu, aku akan doakan. setiap sinis yang timbul dari senyum kau, aku akan doakan juga. Tuhan mendengar doa orang yang teraniaya. kau tahu tu kan?

'If you love another after her, then go for another'
if you really love her, you wont fall for me. because once you fall for another girl, your love for her is actually not the true as you thought.

'bukan aku tak sudi bersama. cuma diri tak sanggup terluka. dulu terlalu percaya. tak sangka aku mangsa. fobia cinta.'
tahu lagu nie? sedap kan. aku pun tak sangka aku akan jadi mangsa. tak pernah sangka.

*sempat buat puisi kat page zinesatumalam. kalau ada masa, aku post masuk blog. kalau ada masa. :)

notabersepah:
...............................


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Friday, April 29, 2011

final exam is over, just sounds so lovely.



arini jiwa kacau sikit. kenapa entah. bangun dari tidur. tengok hp. lama dah tak letak hp tepi bantal, pagi tadi tiba2 nak letak tepi bantal. selalu (kalau tak ada kelas), letak je kat mana mana; atas meja, atas kepala katil, bawah katil, tepi katil. so, bangun tengahari tadi check hp. sebab pagi tadi masa nak tidur pukul 6 pagi rasa cam ada bunyi msg masuk. '5 new messages'. aih, banyak nau. 2msg dari kak syima, 2msg dari kawan, 1msg dari KBH. KBH? damn! aku lupa nak check nama aku kat list penempatan luar sem ada ke tak. d'oh!! tolak ketepi msg dari KBH walaupun sounded so important. buka msg kak syima. alamak! 1st msg pukul 9++, 2nd pukul 11++. kak syima, SORRY!!!!!! serious, tak perasan langsung msg masuk. i slept like a phyton which just ate a 10kg cow. >,<

dalam otak masih memikirkan rotiboy. sedih je rasa arini. aih! shuh! shuh! sedih, pergi kau!!

*******************************************

ok, atas tu adalah apa yang aku type around... 3days ago(?) tertinggal entry nie, sebab tak ada idea nak tulis apa lagi. it's ok. exam dah habis.  abeh doh! abeh doh! *muka bersinar* merdeka macam mana pun, hati tetap sedih beb! paper hancur! nie semua gara gara hal lama. padan muka awak! siapa suruh dok teringat hal tu sampai apa yang dibaca, yang dihafal selama nie semua dok terbang terbang dah. WUAAAAAAAAAAAAAA!!!!! benci aih! sepatutnya boleh je nak sumbat jawapan dalam buku jawapan tu. sebab soalan banyak minta effect. contoh acute & chronic effect untuk ecstasy & amphetamine. dua dua tu 10markah each. banyak kot contoh effect. kalau pun tak ingat which effect untuk dua dadah tu, boleh je nak tulis mana mana effect sebab mostly dadah dia ada effect yang lebih kurang. tapi memang tak boleh nak fikir. tak boleh nak recall. ingat sikit sikit je. apa yang difikir diingat entah hape2 je. GERAM! pasal alcohol pula, pagi tu around 3am, ktorg dok discuss pasal tu, dah ingat dah mechanism semua tapi tak boleh juga nak ingat masa exam. DEAD! DEAD! DEAD! i've been bullied to the dead. *crying*

itu cerita pasal last paper. Forensik Toksikologi & Kimia Dadah. *muka geram* 

another paper yang kinda dead.. is Microbiology. WAWAWAWAWAWAWAWA *response hiperbola* lecturer kata, topik after midsem je keluar, esei ada dua tapi jawab satu. so boleh pilih la kan. sekali buka question paper. hantuk kepala atas meja exam. soalan *MCQ ada SEMUA TOPIK. esei pula memang ada dua soalan, jawab KESEMUA soalan. MANTAP ah! nasib baik je dua dua esei tu memang ada baca topik dia, tp more fokus to one topic only. yang lagi satu topik, just baca gitu gitu je. yang MCQ pula, perghhhh. aku dah lama tak rasa nak golek golek atas meja exam, nie rasa nak golek golek balik. SUSAH! MCQ bukan calang calang tau tak! salah tanda potong 1/2 markah! nah, hambik kau! aku tanda semua betul. adalah dalam 3 4 soalan aku jawab semua betul. mentang mentang dulu dia bagi midsem senang, nie dia bagi susah gedabak. dah la midsem dulu aku jawab tak ok. tak study sangat. padan muka sekali lagi buat awak!!

untuk paper Teknologi DNA Forensik lak. ehe *sengih* paling confident paper nie la. susah memang susah tapi sebab soalan dia agak tak susah, boleh la jawab. tapi perasaan tak susah tu timbul maybe sebab, lecturer kata soalan 8 esei kena jawab semua! kitorg dah terlopong ternganga masa dengar. biar betul?! patut bagi masa 2jam30minit. so, memang study mantap punya la. akan tetapi *skema* buka je question paper, GILA AH! soalan objektif 15, esei 4 jawab semua. kita ditipu bulat bulat lagi sekali!! Yew (classmate) pun kata, *NX paper cannot be trusted! nasib baik soalan senang, objektif gila senang, esei 1 soalan sangat confident jawab. harap harap apa yang ditulis tu semua betul. amen! tapi ada dua soalan esei dia, aku tak baca pun! wawawawawa. hilang 40markah. kecewa punya hal, keluar exam sejam awal. pffffft!

aritu bagitau ada lima paper kan. lagi dua tu paper kimia. KIMIA! malas nak cerita. *gelak setan* yang kimia ni, Kimia Bio-Organik & Instrumentasi Kimia II so so je la. yang instrument boleh la nak menjawab compare to bio-org. pffftt! im just not so good in chemistry. kalau dapat double degree pun tak tau nak rasa bangga ke tak. tapi tak dapat double degree rasa cam sayang gila weis! study kimia macam budak pure chem dah nie!



habis je paper semalam terus meronggeng dengan budak kelas. eh, tak tak. sebelum tu, aku pergi bank dulu, kena settle something, then pukul 3 ada meeting pasal subjek HE untuk kelas ktorg & second year forensic. habis dari tu, aku singgah bengkel. BGPnye belting bising balik. apa la pervert nau kereta aku nie.  dok suka phewit phewit kat orang lain. aishh. kereta lagi dua biji, WJV & WGH lak terus ke econsave, beli coolblog. BGP pun ke econsave juga lepas betulkan belting (tapi still juga bising masa g makan td, apakah!) nak hantar borang econsave. ai dah dapat kerja! wuawuawuawua. atleast ada juga benda nak dibuat cuti ni sementara nak tunggu LI. *senyum lebar* selesai hal kat econsave, bergerak ke putrajaya. singgah masjid besi sat, member mau solat asar. masuk masjid kena tutup kepala, so yang jadi mangsa adalah selendang intan. dok tunggu dorang siap siap lepas solat tu, intan transformkan selendang dia jadi tudung kat kepala aku. nampak pelik, sebab selendang tu tebal, bukan shawl kan. apa, nak tengok? wekk! tak boleh! then, ktorg jalan jalan pergi kat satu tempat nie tak tau nama. *gelak* lupa nak tengok papan nama dia. tapi kat sini dia cerita pasal sejarah Tanah Melayu & Malaysia ikut tahun.

disebabkan ktorg lahir tahun 1989 kecuali shaza, so gambar kat sini je. :D
(camera: aya, penangkap: shaza)

1989!


habis pusing kat sini, ktorg gerak lagi. stop sat kat tepi jambatan (bukan jambatan yang cantik tu), makan angin. sementara nak tunggu mahgrib masuk. gosip gosip kat sini, sambil sakat shida, bincang pasal nak pergi rumah shida bulan 6 nie untuk kenduri kahwin abang dia & banyak lagi la. bila dah pukul 7 lebih baru ktorg gerak ke masjid putrajaya lama. apa ntah nama dia. kali nie, aku tunggu kat luar je. parking pun depan masjid so tak ada la takut sangat. lepak kat situ sampai dorg habis solat then baru gerak ke tempat makan. kali nie makan kat Perantau Hill. tempat nie baru buka dengar kata. best meja dia, duduk bersila. tapi makanan sangat lambat sampai. pukul 9 baru boleh makan. balik 930. kepala gila sakit time  nie. rasa cam nak hentak kat tayar BGP je. so, balik terus & sampai je kat kolej, on9 sat & mandi. then terus terbongkang atas katil sampai pagi tadi.

Perantau Hill. 


so, itu cerita final exam saya untuk tahun tiga semester 2 kali ini. *senyum lebar lebar* tak sangka kan dah tiga tahun rupanya. walaupun pedih rasa hati dikoyak rabak oleh paper toxico nie, tapi hidup tetap diteruskan. ok. bye. nak kemas bilik. esok nak kena check out dah. satu benda pun tak kemas lagi. tadi azni datang bilik, 'kak lin! xkemas pape lg?!' ehe. nak wat cane, kunci stor pun baru pagi tadi ambil dari office kolej. dua luggage ai teringgal dalam tu der.

*MCQ = multiple choice question. merupakan soalan betul salah. 1soalan ada 5jawapan, so pilih true or false. jawapan betul 1, dapat 1markah. tapi kalau salah, potong 1/2 markah.
*NX is Forensic Science punya code jabatan.

notabersepah:
.. kemas & kemas!


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Thursday, April 28, 2011

aku pun ada twitter


yela, yela. tak private twitter dah. g la follow nak sangat kan. tak faham bila tiba tiba ada unknown people send follow request, bajet aku nie artis? kalau ye pun nak biasakan diri dengan twitter, nak minta ajar guna twitter ni macam mana, tak payah la kot nak follow unknown. TAK PAYAH! lagi lagi aku nie bukan pengtweet tegar. kalau kau nak sangat follow orang yang kau tak kenal, pergi la follow orang yang tak privatekan twitter. aku nie private twitter sebab dalam tu personal. & tak ada benda penting pun dalam tu. tak ada gosip pasal artis. tak ada info pasal gemba bumi. yang ada, cerita pasal makanan, pasal kelas, pasal exam, pasal malam nie nak makan kat mana, pasal sakat shida dengan din, pasal aku marah marah dia, pasal aku sedih. 

*terdiam*

apa kebenda la aku merepek ni.

TWITTER
pernah dengar kan? seperti facebook, twitter is one of the famous internet medium. kebanyakan internet-addicted ada twitter. ada yang berpendapat, twitter can be a short blog. sebab, anything yang berlaku dalam tempoh kita di depan lappy on9, kita akan tweet. dulu aku buat twitter, sebab aku nak express apa aku rasa. aku nak elak buat status bukan bukan. aku tak nak update status fb setiap 5 minit & kemudian buat orang meluat. apa la asyik asyik update status. nak pergi berak pun nak bagitau kat status. see. benda camni la yang nak dielakkan. kalau kat twitter, you'll free to write anything. tambah tambah pula, kalau follower kurang. kalau nak buat luahan perasaan pun, takat tu je yang tahu. tak macam fb, friend dengan 500 orang, 500 orang tu la tau kau sakit perut nak pergi membuang. kalau dalam twitter, 10 followers, 10 tu je yang tahu kau tengah menangis. banyak beza kan. setakat ni aku pernah approve 3 unknown. tapi yang sorang tu unfollow balik dah. maybe dia tengok aku tweet benda bodoh. benda tak ada manfaat, so dia unfollow. lagipun aku tak follow dia. buat apa nak follow, bukan ada fungsi pun. not my friend either. in fact he never say hi in the twitter itself. & i don't really have intention to befriend with people i don't know from where.

setakat ini, dalam exam week, fungsi twitter adalah buku nota. kalau dah penat nak tulis shortnote, type kat twitter. contoh:
ini masa nak exam DNA aritu.

ini kawan yang printscreen. masa nie, baru bangun tidur, baru habis mandi, baru pakai cantek2. & terus menghadap nota. rajin kan saya sekarang. pffft! anda percaya?

lately nie asyik sakit kepala. so selalu juga la tweet kata 'sakit kepala!'. classmate kata, maybe sebab caffeine withdrawal symptom. sebab sejak selalu pergi library ni, dah jarang minum nescafe sekerap dulu. tapi serious la, memang tak best je rasa, tengok notes sekejap dah sakit kepala. thats why aku kalau pergi library yang katanya nak study, aku tetap bawa lappy. tetap on9. tetap on fb. tetap buka twitter. aku perlu alihkan sekejap pandangan aku dari notes. sama ada, aku akan hilang fokus, bosan atau sakit kepala terlalu melihat ke bawah (nota atas meja)


pernah terfikir nak publickan twitter. sebab bila private & kita mention someone yang tak follow kita, dia tak boleh baca apa yang kita tweet. tapi masalahnya kalau public, segala macam privacy dalam tu dah tak jadi privacy. so, how? tak payah public. senang cerita. 


notabersepah:
.. last paper! last strike!



♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Monday, April 25, 2011

apa perasaannya??



apa perasaannya bila ada kawan kita lebih percayakan orang lain lebih dari kita, yang katanya teman rapat? 

sedih tak bila kawan kita dapat tahu sesuatu dari orang lain tapi tak pernah bertanya sendiri kepada kita kebenaran yang dia dengar & alasan kenapa kita begitu? 

kecewa tak bila kita tersedar sebenarnya kawan kita tak pernah berusaha ke arah memperbaiki persahabatan sedangkan kita sebenarnya sangat sayangkan persahabatan tersebut?

senyum saja sayang. bak kata mereka, ramai lagi kawan kawan yang lebih sayangkan kau. walaupun jauh sudut hati kau, kau sebenarnya sangat rindukan keadaan yang dulu. :)

notabersepah:
.. melarikan diri ke library.. perlu study walau hati sebenarnya memberontak.. & it's 2:08 in the morning.. 
.. kuatkan hati.. apa yang terjadi nie semua dugaan.. Tuhan mahu ajar kau membezakan mana penting mana tak penting untuk kau fikir masa genting..
.. sabar.. marah2 pun tak guna.. tgk apa dah jadi bila kau marah2.. ada yang melenting & sentap.. & mula salahkan kau.. jadi, sabar..


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Saturday, April 23, 2011

lu langsi lu mati [bukan movie review]


tajuk atas tu tajuk movie. tapi aku bukan nak buat review movie. jangan tertipu. aku pinjam sat tajuk.

aku selalu fikir banyak kali kalau aku nak sumpah seranah siapa siapa. aku cuba elak maki hamun orang & ya, setakat ini aku belum lagi maki hamun orang depan batang hidung dia. aku cuba elak sumpah seranah pakai ayat seperti contoh babi. hey! kau suka sebut sebut babi, nanti dia kejar kau then dia sondol kau, baru kau tahu. pastu nanti dia kata, 'siapa suruh kau selalu panggil aku, ni ha aku datang cari kau'. best tak kalau itu jadi. aritu KBH dikunjungi spesies ini. budak budak pun sampai takut nak keluar. sangat besar katanya. 

abaikan cerita babi.

baru baru ini, aku marah dengan beberapa perkara. tak pernah aku marah dengan seseorang yang aku panggil kawan sebegini marah. apa hantu yang merasuk pun aku tak tahu. kalau ikut hati, nak juga kata 'eh! g MATI la kau!'. bukanlah cakap depan muka dia, maksud aku tweet sebegitu di twitter atau buat status ayat ayat macam tu kat fb. tapi aku cuba sabarkan hati. apa guna sumpah seranah orang. nak nak pula mendoakan orang mati. tak ada kerja. tapi tadi masa reply tweet kawan, ada juga sekali terkeluar ayat pergi mati tu. lalala. aku selalu fikir. kalau sekarang aku sumpah seranah. tiba tiba tahun depan, orang ni yang jadi laki aku. tapi aku harap bukan kau yang jadi suami aku. tak ingin. oh lupa, bukan aku je yang tak ingin, kau pun sama. so, we're equal. tapi tu la, masa depan mana kita tahu. takdir kadang kadang saje bagi kita jalan jauh. belok sana, belok sini. jatuh sana, jatuh sini. terhantuk situ, tergelincir sini. tingtang tingtang, baru sampai di destinasi. bila la aku nak sampai. jauh lagi perjalanan aku nih.


selepas case yang berlaku kurang dari seminggu, sambil kala itu mendengar lagu aizat-perpisahan, jari aku berlari lari atas papan kekunci,

kat twitter/skype aku type camni: dulu kita satu jiwa satu impian. susah senang kita bersama. namun itu semua hanya sementara. sekarang awak blh pergi mati~


kat fb aku type camni: dulu kita satu jiwa satu impian. susah senang kita bersama. namun itu semua hanya sementara. sekarang awak blh pergi berambus~


pastu ada kawan tegur kat fb. kat twitter tak kata camtu pun. aku pun kata, ayat pergi mati tu ganas sangat. katanya lagi, tapi nampak lagi kental. aku pun fikir, betul juga. patut letak je pergi mati. tapi bukankah tak elok mendoakan orang mati. hurm. takpa, mulut aku tak masin.

ada satu malam nie pula. aku lapar. aku buka fridge. kolej aku ada fridge setiap blok. tv pun satu setiap blok. hebat tak kolej aku? aku selak bahagian sejuk beku. eh? agak kosong. aku selak sana, selak sini. WOISH! bekas aku yang berisi 7 ekor udang & nugget aku yang tinggal 3 ketul dah HILANG! aku selak lagi. kot kot ada yang alihkan. tak ada. damn! not again. aku suspect kena buang. kena curi? mungkin juga. sudah lah hati tengah bengang dengan so-called-kawan ni, jadi pula hal hilang makanan. balik bilik, buka twitter. aku bebel bebel lagi. lahanat! ini perkataan yang keluar masa kawan tanya aku apa yang hilang. entah apa la aku carut. sesuai ke pakai lahanat dalam case aku nih? aku cakap lagi. aku sumpah kau dapat cancer usus. nah! aku yakin kalau aku tak salah letak. kalau pun aku salah letak. bila masa pula aku alihkan nugget aku. last aku keluarkan bekas udang tu beberapa hari yang lepas. kalau masuk hal hal makanan nie, mesti terfikir pasal perut. tu yang keluar cancer usus. tapi mulut aku jarang masin. takpa la, bukan rezeki kau tu, ingatan seorang sahabat kepada aku. bukan rezeki aku. nasib baik aku sempat makan udang tu. kalau tak kempunan je la.

jadi point di sini, aku tak nak menyesal di kemudian hari. MENYESAL. perkataan ini yang selalu berlegar dalam kepala otak aku kalau aku nak buat sesuatu atau aku nak cakap sesuatu. aku tak nak menyesal buat itu buat ini kata itu kata ini. aku cuba elak kata kat diri sendiri, 'eii, menyesal! blablabla'. tapi kali ini aku memang tak boleh nak elak. 'eiii, menyesal la kenal kau!'

& lagi, aku cuba elak sumpah seranah, cuba elak maki hamun sebab aku tak nak rasa bersalah. arini aku tingtang tingtang kutuk kau,maki kau bagai. esok lusa kau datang tolong aku. kan ke bongoknya tu. paling paling pun kalau kau bukan datang tolong aku, kau just datang berbual baik punya lenggok dengan aku. ini pun boleh buat aku rasa bersalah. sebab tu aku susah nak benci orang. aku tak boleh kalau ada orang baik dengan aku. walaupun cuma baik depan depan sahaja. tak boleh. nanti aku rasa bersalah. nanti aku menyesal. ingat pesanan di atas, tak nak menyesal di kemudian hari.

kejadian kali ni memang sangat sangat menguji kesabaran aku. aku pernah juga kena back-stabbed dengan kawan. pernah juga ditinggalkan kawan terkontang kanting. pernah disakit hati, berjauh hati, apa apa yang hati la. tapi aku masih boleh rasa dihargai oleh mereka ni. masih diberi kasih sayang. masih diberi pinjam bahu oleh orang yang pernah ada sejarah gaduh dengan aku. aku pernah juga marah marah kawan kawan aku, pernah tak bercakap seminggu sebab ada krisis bersama. tapi belum pernah lagi kawan kawan aku yang ni, arini susah cari aku, esok dah senang terus lupa. in just 24hours terus buat macam tak kenal. kau orang pertama. so, tahniah! & tahniah juga kerana kau berjaya menjadi 'kawan' pertama yang aku benci. tapi tak payah risau. aku tak akan benci kau melantun lantun. orang kata kalau benci lebih lebih nanti jadi sayang, aku tak mahu itu. sebab case kita ni, sebab terlalu sayang  lah sampai dah jadi benci. lepas ni, kalau aku tolong kau pun. itu sebab aku bukan macam kau. lupa kawan. 

notabersepah:
.. last paper khamis nie!!! :DDDD


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒
Related Posts with Thumbnails