Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cuba fikir elok elok

..anda rasa anda dah cukup bersyukur?..

Friday, November 18, 2011

Tabiat wanita yang seringkali melupakan kebaikan yang pernah diberi


YA TUHAN KAMI, BERIKANLAH AMPUNAN BAGI KAMI ATAS DOSA DOSA KAMI DAN SIKAP BERLEBIHAN KAMI DALAM URUSAN KAMI

Manikam Ketiga
BERTERIMA KASIH KEPADA ORANG YANG BERBUAT BAIK HUKUMNYA WAJIB

Berbohonglah kepada hawa nafsu
bila kau bicara dengannya
Jika kau jujur kepadanya
nescaya akan pudarlah semua yang kau harapkan

 Khaizaran adalah seorang hamba wanita yang dibeli oleh Khalifah Al-Mahdi dari suku Nukhas. Khalifah lalu memerdekakan, menikahi, memuliakannya, dan merasmikan untuk kedua orang tuanya dengan gelaran terhormat. Namun, ketika dia marah,  dia berkata kepada Khalifah: "Aku tidak pernah menyaksikan kebaikan sedikitpun pada dirimu."

 Dari keluarga Barmak pun ada seorang perempuan yang pada mulanya adalah seorang hamba perempuan yang biasa diperjual-belikan, lalu Raja Maghrib Al-Mu'tamid bin 'Abbad membelinya dan terus memerdekakannya serta menjadikannya sebagai permaisuri. Ketika sang permaisuri melihat hamba hamba perempuan sedang bermain lumpur, ia merindukan masa lalunya dan timbul keinginannya bermain lumpur seperti mereka. Al-Mu'tamid pun memerintahkan agar dibuatkan untuk isterinya itu sejumlah minyak wangi yang warnanya seperti lumpur, lalu masuklah si isteri ke dalam lumpur itu dan bermain main di dalamnya. Dan adalah isterinya itu bila marah kepada suaminya, ia suka mengatakan: "Sesungguhnya aku tidak pernah melihat suatu kebaikan pun pada dirimu." Akan tetapi, Al-Mu'tamid hanya tersenyum dan mengatakan kepada isterinya: "Juga tidak ada kebaikan saat aku membuatkan lumpur minyak wangi untukmu?" Isterinya pun menjadi malu kerana jawapan suaminya itu.

 Memang sudah merupakan tabiat wanita - kecuali sebahagian kecil dari mereka - melupakan segala kebaikan, ketika suami atau orang lain melakukan kelalaian dan kesalahan kepadanya. Dalam hadith Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam yang mulia disebutkan:

"Wahai kaum wanita, bersedeqahlah kalian, kerana sesungguhnya aku melihat kalian adalah majoriti penghuni neraka." Mereka bertanya: "Mengapa demikian, wahai Rasulullah?"  Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam menjawab: "Kerana kalian cepat mengutuk, banyak mencela dan selalu mengingkari kebaikan suami."

Dalam riwayat lain beliau bersabda:

Ketika neraka diperlihatkan kepadaku, ternyata ku lihat majoriti penduduknya terdiri dari kaum wanita, kerana sikap buruknya kepada suami dan selalu mengingkari kebaikanya. Seandainya engkau berbuat baik kepada seseorang di antara mereka selama setahun, kemudian dia melihat sesuatu yang tidak disukainya darimu, nescaya ia akan mengatakan kepadamu: "Aku belum pernah melihat suatu kebaikan pun pada dirimu."

 Oleh kerana itu, apabila seseorang sudah mengetahui watak wanita memang sedemikian, maka dia tidak akan marah, gelisah dan tidak tegang urat sarafnya ketika wanita mengingkari kebaikannya atau mendakwa bahawa dia tidak pernah melihatnya berbuat suatu kebaikan pun, padahal ia telah berbuat banyak kebaikan untuknya.

source: Jangan Bersedih, Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia


*aku post article nie sebab aku pernah macam nie. 
ada seorang kawan, selalu buat baik, selalu tolong aku. tapi bila dia buat sesuatu yang aku tak suka, sebagai contoh tiba tiba membatalkan pertemuan sedangkan dah janji nak jumpa, aku marah sangat. dan aku kata 'Tak boleh ke dalam sehari saya minta teman awak tak ada hal?? Dari semalam sampai sekarang ada je. Susah sangat ke saya nak pinjam masa free awak?!" Beberapa minit selepasnya, aku terfikir, kenapa aku marah macam tu sekali sedangkan selama ni, dia selalu luangkan masa bila aku minta tolong. Mungkin ini yang orang kata muhasabah diri. Jadi, aku tak jadi nak marah lagi. Sebab aku tak sepatutnya marah. Dan bila baca article kat atas nie, aku fikir panjang. Mungkin memang ini adalah salah satu sifat semulajadi seorang wanita. Korang mesti ada juga kan?

*Mungkin juga ini adalah alasan kukuh kenapa seorang wanita perlukan sorang suami yang punya sifat penyabar yang tinggi. So, harap harap suami aku nanti adalah seorang yang penyabar dalam melayan aku yang kuat cemburu dan suka nak marahkan benda yang remeh. Amin! :D


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Wednesday, November 16, 2011

SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

Sifat Mazmumah


SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA IALAH KERANA ADANYA MAZMUMMAH DIDALAM HATI.


Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1.  Pemarah Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer.. bawak2lah senyum.. tentu org tak takut nak dekat punyer..)

2.  Pendendam Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (Ini kes dendam kesumat lahh nie..)

3.  Hasad dengki Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)

4.  Bakhil Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) ** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5.  Tamak Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut… walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak…lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah&nbs p; rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6.  Tidak sabar Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan.. cthnyer time keja banyak.. tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7.  Ego Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen).. pasal semua org ader egonya sendiri.. cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebutâ

8.  Riak Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada

9.  Cinta dunia Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah ** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati. Kesimpulan Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah

MAZMUMMAH. ****Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.**** Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain andai kita terleka dengan dunia buruklah padahnya..




* isi entry kali ini adalah hasil cetaktampal dari satu laman tanpa ditokok tambah oleh aku yang mencetaktampal dan malangnya aku tak ingat alamat laman tersebut. tapi serasa aku, kalau kalian goda godek pakcik G, mesti kalian akan jumpa. jadi, selamat mencari!



notabersepah:
.. mahukan hati bahagia? jauhkan diri anda dari sebab2 yang di atas..


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Monday, November 14, 2011

Kesepian - Dygta


Kesepian - Dygta

kurindu disayangi
sepenuh hati
sedalam cintaku
setulus hatiku

kuingin memiliki
kekasih hati
tanpa air mata
tanpa kesalahan

*
bukan cinta
yang melukai diriku
dan meninggalkan hidupku
lagi

tolonglah aku
dari kehampaan ini
selamatkan cintaku
dari hancurnya hatiku
hempaskan kesendirian
yang tak pernah berakhir

bebaskan aku
dari keadaan ini
sempurnakan hidupku
dari rapuhnya jiwaku
adakah seseorang
yang melepaskanku
dari kesepian ini

notabersepah:
.. jumpa lagu nie dalam fb intan.. hehe


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

10 NASIHAT UNTUK ORANG YANG BERCINTA


Ok, benda nie aku copy paste dari orang je tau. Sama sama la kita ambil sebagai pengajaran/tips atau apa sahaja untuk kita menempuh kehidupan yang macam macam nie. Terutama dalam yang sibuk bercinta. Yang sedang berbahagia atau yang sudah kecundang.

Kadang kadang dalam banyak banyak hal, kita tak sepatutnya menyalahkan orang lain dalam perhubungan kita. Sebab dalam kita tak sedar, mungkin salahnya pada kita. Cuba fikir, dalam kita nak yang terbaik dari dia, ada tak kita menjadi yang terbaik terlebih dahulu untuk diri kita seterusnya untuk dia. Dalam kita mengharapkan kebaikan dari dia, ada tak kita menghulur kebaikan waima sedikit kepada dia atau orang lain. Dalam kita menangis keesakan kerana dia tidak lagi memberi kebahagian kepada kita, ada tak kita fikir dosa kita yang terdahulu. Dan dalam kita mengharapkan kesucian dari dia, ada tak kita menjaga kesucian diri kita demi dia sebelum perkahwinan kita dengan dia terbina.



10 NASIHAT UNTUK ORANG YANG BERCINTA:

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan ‘si dia’.

2. Bercintalah kau dengannya sekadar sahaja. Kelak mungkin ‘si dia’ bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum engkau berhak menjadi milik ‘si dia’.

4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariat-Nya.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikatnya adalah selepas kau diijabkabulkan.



6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik dalam untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara berdating, cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cinta-Nya.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima di sisi Allah, kelak Allah akan tarik kebahagiaan darimu.

RENUNGAN UTK DIRI SENDIRI DAN UTK SEMUA :)

notabersepah:
.. ada di antara nasihat nie, aku pernah buat yang bertentangan. dan akhirnya bukan bahagia yang aku dapat. semoga kebahagia untuk aku itu tetap ada walaupun bukan sekarang. amin~


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Thursday, November 10, 2011

Someone Like You - Adele


Someone Like You - Adele




I heard that you're settled down

That you found a girl and you're married now
I heard that your dreams came true
Guess she gave you things I didn't give to you

Old friend, why are you so shy?
Ain't like you to hold back or hide from the light

I hate to turn up out of the blue, uninvited
But I couldn't stay away, I couldn't fight it
I had hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me, it isn't over

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you, too
Don't forget me, I begged, I remember you said
Sometimes it lasts in love, but sometimes it hurts instead
Sometimes it lasts in love, but sometimes it hurts instead
(this chorus part always make me crying, nonstop)
You know how the time flies
Only yesterday was the time of our lives
We were born and raised in a summer haze
Bound by the surprise of our glory days

I hate to turn up out of the blue, uninvited
But I couldn't stay away, I couldn't fight it
I had hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me, it isn't over yet

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you, too
Don't forget me, I begged, I remember you said
Sometimes it lasts in love, but sometimes it hurts instead, yeah

Nothing compares, no worries or cares
Regrets and mistakes, they're memories made
Who would have known how bittersweet this would taste?

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you
Don't forget me, I begged, I remember you said
Sometimes it lasts in love, but sometimes it hurts instead

notabersepah:
.. keep your smile on your face, even your heart is crying like a river. :')


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒
Related Posts with Thumbnails