Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cuba fikir elok elok

..anda rasa anda dah cukup bersyukur?..

Wednesday, November 9, 2011

NIKMAT ITU BAK PENGANTIN; MAS KAHWINNYA ADALAH BERSYUKUR


Zamrud Kelapan
UBAHLAH KERUGIANMU MENJADI KEUNTUNGAN

Kami tadahkan telapak tangan ini
dengan sepenuh jiwa memohon kepadaMu
ya Tuhanku,
kami mengharapkan pahalaMu
sebagai keberuntungan perlindungan bagi kami

 Ada sebuah nasihat yang menganjurkan agar jangan berputus asa jika kakimu terantuk dan engkau terjatuh ke dalam lubang yang dalam. Kelak engkau akan keluar darinya dengan kekuatan dan daya tahan yang lebih kukuh. Sesungguhnya Allah bersama orang orang yang sabar.

 Jangan bersedih sekiranya orang yang selama ini dekat denganmu menghujamkan anak panah ke tubuhmu. Kerana nanti engkau akan mendapatkan orang lain yang akan mencabut anak panah tersebut, mengubati lukamu dan mengembalikan kehidupan dan senyumanmu.

 Jangan sering bernaung di atas gedung reruntuhan, terutama bila sekelompok kelawar telah menghuninya dan kegelapan menghampirinya. Carilah kicauan burung yang menembus cakerawala bersama sinar pagi yang cerah.

 Jangan melihat kertas kertas yang telah berubah warnanya, huruf hurufnya yang membingungkan, dan tulisannya yang sudah suram. Engkau akan menyedari bahawa tulisan itu bukanlah tulisan yang terbaik yang pernah engkau tuliskan. Dan kertas itu bukan kertas terakhir yang engkau tuliskan. Engkau harus membezakan antara orang yang meletakkan tulisanmu di matanya dengan orang yang menyerahkannya pada angin. Tulisan ini tidak hanya ucapan indah yang berlalu begitu saja, akan tetapi dia adalah perasaan hati yang hidup pada setiap hurufnya, menggoncangkan denyut jantung orang yang membawanya dengan penuh kesabaran, dan membakar kepiluan dengan api. Jangan anda seperti raja yang murung, nama julukan burung ajaib yang mengeluarkan kicauan merdunya bila berdarah kerana terluka sehingga ia dijuluki dengan nama tersebut. Sesungguhnya tidak ada  sesuatu pun di dunia ini yang seimbang dengan nilai darah anda walau setitis pun.

Bekalan
Barangsiapa Menabur Angin, Akan Menuai Badai.


source: Jangan Bersedih. Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia.

notabersepah:
.. berilah kesabaran pada hati agar bukan kebencian yang tertanam dalam hati ini.. berilah ketenangan pada hati bila dugaan yang menimpa ini hanyalah sementara.. amin~


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

simple note#24


AKU BENCI KAU SAMPAI BILA BILA



♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Friday, November 4, 2011

Nasihat Suami Kepada Isteri


Nilam Keenam:
RUMAHTANGGA YANG TANPA KEMARAHAN, TANPA PERGADUHAN DAN TANPA KELUH RESAH.

Seorang pemuda yang berhati teguh lagi cerdas 
bila kehilangan sabarnya
ia tidak kehilangan permintaan maafnya.

Seorang wanita mengadu kepada ayahnya sambil menangis: "Wahai ayahku, antara aku dan suamiku ada masalah kelmarin. Dia marah kerana sebuah ucapan yang keluar dari mulutku. Ketika aku mengetahui kemarahannya, aku menyesali apa yang aku perbuat dan aku meminta maaf kepadanya. Dia tidak mahu berbicara denganku dan memalingkan wajahnya dariku. Kemudian aku terus berada di depannya hinga ia tertawa dan menerimaku kembali. Sebelumnya aku sangat takut kepada Tuhanku bila Dia menghukumku atas saat saat di mana aku telah membuat darahnya membara - ketika dia marah."

Ayahnya berkata kepadanya: "Wahai anakku sayang, demi Tuhan yang diriku berada dalam genggaman kekuasaanNya, sekiranya engkau mati sebelum suamimu memaafkanmu, tentulah aku pun tidak redha kepadamu. Tahukah engkau bahawa siapa pun wanita bila suaminya marah kepadanya, maka dia adalah wanita yang terkutuk, sebagaimana tersebut di dalam kitab Zabur, Taurat, Injil dan Al-Quran, dan diperkeraskan penderitaannya dalam sakaratul maut, serta dipersempitkan kuburnya. Maka berbahagialah wanita yang diredhai oleh suaminya."

Seorang wanita yang soleh akan menjaga agar selalu dicintai oleh suaminya sehingga tidak mengotori keharmonian keluarga mereka. Seorang suami telah memberi nasihat pada isterinya:

Maafkanlah kesalahanku
nescaya engkau kekalkan cintaku kepdamu
dan janganlah engkau bicara
saat kemarahanku sedang memuncak

Jangan sekali kali kau kipasi kemarahanku
seperti engkau memukul rebana
kerana sesungguhnya engkau tidak mengetahui
bagaimana sikap orang yang tidak terkendali

Jangan engkau banyak mengeluh
kerana ia akan mengikis cinta
dan hatiku ini akan berubah menolakmu
kerana tabiat hati itu tidak tetap

Sesungguhnya kulihat cinta dalam hati ini
bila berpadu dengan rasa benci
dalam waktu yang singkat  rasa cinta itu akan hilang

*source: JANGAN BERSEDIH. JADILAH WANITA YANG PALING BAHAGIA.

notabersepah:
.. akan tiba suatu saat, suatu ketika hati kau akan terdetik 'inikah masanya untuk aku berubah keluar dari kemelut dosa?'..


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Tuesday, November 1, 2011

aktiviti hari ini vs 'i will fall for a boy who will'


great day people!

it's Tuesday. and it's holiday! apa? korang kerja? Selasa kan, kerja la. ktorg yang study nie, cuti la bila kelas takdak. ha ha. sila katakan kami bahagia walaupun dalam hati sebenarnya gundah gulana. bersenang lenang sekarang seringkali membawa maksud, kesibukan tak terkira di hujung sem. tak percaya, tengok la in the end of the semester nanti macam mana.

memandangkan cuti dah bermula, yakni dari minggu lepas, minggu ni konon konon ada kelas. Isnin Rabu kelas Mr Pua, Selasa pula ada mootcourt kat Bangi. last last, semua cancel. some might Yahooo! on it, some might, alah! rugi je balik sini~! cuti 3 minggu direct kot nie!! makanya, arini, saya memulakan misi 'room cleaning day' !. ha ha. cleaning la sangat. bilik hari hari macam sarang burung. kemas arini, esok esok messy balik. tapiiiiiii. tapi sekurang kurangnya, kita tak bazirkan masa buat benda tak berfaedah. betul tak? kemas bilik boleh puaskan hati juga. iron baju, kemas almari. setakat nie, meja je yang tak termampu dek kudrat untuk dikemas. too many stuffs. sampai budak kelas pun dok bebel kalau tengok. *sigh*

bila rasa mood mengemas dah berlari lari ke stadium shah alam (mana lak datangnya shah alam nie?) aku pun stop untuk menikmati kopi. sambil melihat housemate menikmati megi masing masing, aku memegang buku tulisan Dr Akram Ridha. tajuk? p cari sendiri noo. *tongue* aku mencuri sedikit megi Shida, barulah aku selak lambaran terakhir yang aku baca, dan aku baca perlahan lahan setiap bait ayat. bukan selalu aku boleh menghayati setiap perkataan dalam suatu buku. memandangkan buku yang selalu aku baca tertinggal dalam kereta sejak hari last aku keluar aritu, ini je buku yang ada untuk aku baca. sambil sambil tu juga, tangan lincah mencapai hp bilamana ada sms masuk. demi kawan yang dalam kesedihan, aku gagahkan juga jemari membalas setiap sms. aku kan pemalas kalau bab reply msg (kecuali tetttttt). 

selesai dari itu, Shida dan Zue sibuk mencari cari apa aktiviti arini. dan aku khabarkan. 'nak buka laptop la arini'. jadi aku off laptop yang terpasang dari semalam agar sejuk seketika. khuatir kalau dibuka masa panas, yang seperti panasnya hati ini melihat orang yang kita sayang bergesel gesel ayat dengan perempuan lain, kang meletup pula. (anda percaya?). setelah yakin laptop kurang panas,  aku pun alihkan laptop ke ruang tamu. keluarkan screwdriver. bersama Zue, sama sama membuka setiap butir screw. selesai, aku buka dengan rakus tapi penuh hati hati. perghhh. hitam oi!! Zue pun terlopong melihat (tipu je lebih) dan aku katakan '4tahun dah nie'. ha ha. ini rupanya keadaan kipas yang 4 tahun tak pernah dicuci. padan la panas je memanjang. yang hitam tu bahagian kipas je tau. dalam dalam mana berani den nak buka. karang meletup betul betul pula nanti.

selesai mengorek debu debu yang ada dengan cotton bud, aku tutup kembali. juga bersama Zue. terima kasih Zue atas pertolonganya. *senyum lebar lebar*

selesai dari itu, aku switch on laptop, konon nak test, adakah akan sepanas seperti tadi akan semakin kurang. (cam sama je) ok la juga (kot). hurmm. sementara itu, aku mula membebel. hidup aku sekarang nie asyik membebel je. semalam aku bebel bebel dalam kereta kak syima sampai budak budak nie marah kata aku nie pot pet pot pet je, tak henti henti bercakap. arghhhh, mana perginya aku yang pendiam dulu??? ok, sambung balik cerita asal. aku bebel sambil tangan mencapai soket heater aku yang rosak. satu screw tak nak dibuka. dari semalam, Shida cuba dan tadi aku cuba. masih kukuh di tempat asal. kemudian Zue pula mencuba membuka screw yang terakhir. masih juga tidak berhasil. apa la screw ni degil bebenor. aku assume fius dia rosak. kalau betul, boleh je nak baiki sendiri, tak payah hantar kedai. tapi setiap yang aku ajukan permasalahan ni, semua suruh beli baru. hachum! bak mai duit korg, sekarang juga aku beli baru.

tengahari tadi, aku merenung fb. tanpa berbuat apa apa sehinggalah aku melihat satu gambar. sekarang nie kan pesen orang share gambar. dengar dengar ala ala macam tumbler. no idea. i dont have tumbler and never saw people with it. tapi sekarang aku memang suka share gambar gambar berkenaan yang bersangkut paut dengan hidup aku. dan gambar yang satu nie agak mengingatkan aku pada sesiapa saja yang sering bertanya. 'Lyne nak lelaki yang macam mana?' 'Apa ciri ciri yang Lyne nak kat lelaki?'. korg pasti selalu juga kan kena soalan yang macam nie. jangan tipu~


if you're looking for a boyfriend, above description might the best you wanna tell the world. but for me, i'm not looking for just an ordinary boyfriend. i'm looking for a man who can lead me in my home. menjadi ketua keluarga yang layak. menjadi pembimbing di kala setiap dari kami; isteri dan anak anaknya dihimpit permasalahan. memberi setiap yang perlu dalam menempuh hidup. mengadakan setiap persediaan agar anak anak kami sedia menghadapi hidup yang kita sendiri tahu banyak risikonya. bersandar di bahu aku dikala dia memerlukan sokongan. pegang erat jemari aku kerana dia yakin adanya aku, dia menjadi teguh dan kuat. dan bersama sama membina benteng keluarga yang sebetulnya. aku mahukan seorang LELAKI YANG DAH BERSEDIA MENJADI TUNGGAK DALAM SEBUAH KELUARGA. yang bersedia dari segi fizikal, jasmani mahupun agama. bukannya lelaki yang secara lisannya berkata sanggup sehidup semati, sanggup susah senang bersama, yang tegar menumpahkan airmata kerana wanita yang dicintai pergi meninggalkan, yang berhenti seketika dari suatu pekerjaan/permainan hanya untuk membalas sms dan seumpamanya. cukup la jika dia sudah bersedia menjadi seorang suami, ayah, pembimbing, pemberi nasihat dan membetulkan setiap yang salah. 

dan aku pernah membaca dalam suatu buku. lelaki selepas perkahwinan akan menjadi pendiam, lebih suka berkomunikasi sacara body language dan isyarat. sangat berbeza semasa bukan suami orang. suami jika memberi soalan 3 patah perkataan, isteri boleh menjawab dengan 3 helai kertas penuh jawapan, manakala 3 lori kertas punya soalan, suami boleh jawab dengan 3 patah perkataan. (sumber: buku tulisan Badrul Hisham Shari) jadi kenapa mengharapkan lelaki seperti di atas kalau akhirnya nanti, dia menjadi pendiam, menyampaikan sesuatu kepada kita melalui bahasa tubuh dan kemudian kita mula berprasangka yang dia dah berubah. lagi teruk kita tuduh dia ada perempuan lain dan tak sayang kita.

ok, itu je nak bebel arini. takda pun kuar berjoli. duit takdak dah! ha ha ha ~

notabersepah:
.. hujungnya pasti terselit sedikit sinar..


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Cik ada hutang tertunggak MasterCard RM3k


hye peeps!

arini, hurm.. arini nak cerita pasal hutang tertunggak. no no no, bukan aku yang berhutang. so, kalau bukan aku yang berhutang, apa kaitan hutang tertunggak MasterCard nie dengan aku? haaa, nie aku nak cerita.

arini dalam tengahari, sedang leka bergosip sakan dalam bilik Zue pasal kipas laptop dorang yang katanya rosak, tiba tiba Zue dapat sms. 'mootcourt selasa nie cancel blablabla dont blame me, im the victim also'. haa, tu link msg kelas ktorg. comel kan budak kelas aku. ktorg mengamalkan link msg untuk menyebarkan berita berita perihal kelas. kelas cancel ka, oncall kelas ka (yakni bermaksud, kelas tiba tiba diadakan. bukan crime scene je ada oncall tau), nak bagitau kena daftar ini daftar itu, nak tunggu bus kat mana, pendek kata apa apa update pasal kelas la. ketua kelas akan bagi msg kepada beberapa budak, then budak budak ini akan pass msg tu kepada orang bawah dorg mengikut turutan link masing masing. oh, ok tu adalah serba sedikit pasal aturan kelas ktorg. lepas dapat tahu link msg tersebut, Zue sangat happy sebab malam sebelum dia sangat risau sampai susah nak tidur disebabkan mootcourt yang dia tak study lagi. haa, mootcourt nie pula adalah salah satu praktikal untuk subjek Asas Perundangan dan Persembahan Bukti. yang mana, ktorg akan diberi satu case olok olok (crime scene buat masa sem lepas), kemudian ktorg akan bawa case tu masuk court. pendek kata, mootcourt is perbicaraan olok olok la. kira nak expose kat ktorg the scenario in court. if you're a Law student, the term is familiar right; mooting. sebenarnya bukan nak cerita pasal ni, nak cerita pasal phone call yang aku dapat after Zue ber-happy dengan mootcourt yang cancel.

mula mula dapat phone call dengan number 06056911212 (kalau korg rajin nak call berkenalan, sila la ye), tak nak angkat. sebab memang jenis tak suka angkat calling unknown number. tapi Zue pula kata, 'angkat la, mana tau penting'. aku pandang lama gak hp, then aku pun jawab la. dipendekkan cerita, dia kata dia dari ALLIANCE BANK SITIAWAN. dan katanya, 'ini cik Sadeline Vateria anak Badar ke? (dahlah nama aku pun sangkut sangkut masa sebut, cis!) Cik ada hutang tertunggak MasterCard blablabla'. aku dengar je HUTANG terus aku cut off him and aku fire dia terus sampai aku tak dengar pun berapa jumlah dia sebut. aku kata 'sejak bila pula saya pakai MasterCard. jejak kaki ke bank untuk any credit card pun saya tak pernah. kalau betul, kenapa tak bagi surat. you should give me black and white. and Sitiawan? i've never been to Sitiawan,  blablabla' apa ntah lagi aku bebel bebel. bila aku stop bebel, dia pun sambung cakap kata dia call bukan nak suh aku bayar, dia nak pastikan betul ke nie nama aku, ic aku. last last dia suh aku buat police report kecurian identiti. aku pun iyekan aje. dah nak percaya la nie. then dia cakap, nama dia LEE CHEE CHEONG from ALLIANCE BANK SITIAWAN. dia kata pihak dia akan buat police report juga. dalam masa 15minit, police will call me then later it's me who shall go reporting to police as well. itu pun aku iyekan juga. dia bagi juga details siapa yang curi identiti aku tu. bagi number credit card, alamat, limit credit card, berapa dia dah pakai. oh ya, aku suruh dia sebut ic number aku juga, betul la tu ic number aku. aku suruh dia bagi alamat rumah aku, dia kata orang tu pakai alamat kat Sitiawan. mula mula aku suruh dia emelkan aku details tu semua tapi dia kata dia tak boleh emelkan, kena cakap through phone call. apakah. dah la black and white tak ada, suruh bagi emel tak boleh pula. aku iyekan juga la tu.

habis dia call, aku tanya budak rumah aku nie. Lina kata, '06? Perak bukan 06'. Zue pula 'Lyne try call bank tanya'. so aku dengan lincahnya cari phone number Alliance Bank cawangan Sitiawan. 056911212. comparekan dengan number yang call tadi, lain kan. kalau 06, tu number cawangan Melaka/Seremban. tu pun bukannya number yang calling tadi. lama juga aku fikir, nak call ke tak. last last, aku call la juga. just to comfirm betul ke tak cawangan Sitiawan ada orang nama Lee Chee Cheong nie. aku call, tut tut tut ~

'Hello, Alliance Bank Sitiawan ke? Boleh tak nak cakap dengan Mr Lee Chee Cheong?' 
'Mr Lee Chee Cheong tak ada. sekejap ye'. 
the lady pass to another lady. the lady talk, 
'Hello, yes?'. 
'Hello, can i talk to Mr Lee Chee Cheong? dia ada tak?'. 
'Oh, you're for looking for Mr Lee Chee Cheong. what did he tell you?'. 
'He said, i have this hutang tertunggak MasterCard and tell me to police reported it'. 
'i am sorry. there's no one named Lee Chee Cheong here. the one you get is actually a scam. he tell that you have credit card number 5465949993189123 right?
laju gila kot lady nie sebut number nie tadi, nyaris tak ter-follow.
and i've been receiving lots of phone call looking for this Lee Chee Cheong as well. he tell you that a police will call you back right and then he will ask you question. that time dont give him any information. just tell him that you yourself will go to the police station'. 

kinda shock right. serious to say, NASIB BAIK SANGAT SANGAT LA AKU CALL BANK TU FOR COMFIRMATION. masa aku call bank tu, ada 4 misscall from 0656912222. i assume the so called police la tu. later than that, num yang sama call mula mula tu call balik. tapi sebab hp tinggal dalam bilik, aku tak perasan la dia call. kalau aku perasan pun, tak ada nya aku nak jawab. buang ATP aku je cakap. pffft!

so korg, hati hati la ye kalau tiba tiba ada orang bagitau ada hutang ke, kena bayar ini, bayar itu ke. dont simply trust! lagi lagi yang call then ask your information. jangan sesekali bagi, even it's just your ic number. tang case aku nie, dia memang dah dapat dah ic number aku. kat mana dapat tu tak tahu la. tapi memang ada case camni. when you apply something that need you to photocopy your ic, you already had the risk. kalau dapat kat orang yang tak amanah, dia akan ambil la detail kat photocopy ic kita tu then dia salah guna. actually, LEE tu tanya gak aku sekarang dok mana. aku tipu kata aku kat Sabah. ha ha. padan muka, ingat aku senang ke nak bagitau the real thing.


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒
Related Posts with Thumbnails