Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cuba fikir elok elok

..anda rasa anda dah cukup bersyukur?..

Thursday, June 23, 2011

HDD : Hard Disk Drive



A hard disk drive is a form of magnetic storage that is used as a persistent storage method. They consist of rigid or “hard” disks made of aluminum or glass with a magnetic coating. These disks are mounted on a spindle and spun by a motor. The disks are read by drive heads on an actuator arm that can move to read any part of the disk surface while it is rotating. The drive has a disk controller, which is a circuit board that controls the motor and actuator arm, controls reading and writing of data, and handles interfacing with the computer system. The hard drive interface is IDE or SATA with IDE speeds of ATA66 to ATA133 and SATA generation 1 (1.5Gbps [gigabits per second]) and 2 (3Gbps). Hard drives usually have the largest, cheapest storage capacity.

*copypaste je semua ni*

PLATTERS
- both sides of each platter are used for storage of data.

SPINDLE
- used to spin the platters.

HEAD ACTUATOR
- a mechanical device for moving or controlling the actuator arm to move the heads around the platters.

SLIDER & HEAD
- the mechanism used to read and write to the platters.

CASE & MOUNTING HOLES
- where the cover is attached to the case and also where the HDD is securely attached to the HDD bay in the computer case.
- The casing is normally sealed to prevent contaminants from entering inside the HDD

ACTUATOR ARM
- a mechanical arm enabling the HDD read/write heads to extend over & in-between the platters for reading and writing to the HDD.

JUMPER
- changes the drive either to be master or slave.

***
ok, cukup nota untuk arini. *giggle* pelik sebab aku post pasal hardisk? *gelak* nie adalah task sampingan Tn Wan Zul bagi. lepas dia tunjuk kat ktorg secara live apa isi kandungan hardisk, seperti gambar di bawah, dia suruh ktorg cari pula nama nama component dalam tu. dia kata, kena la tahu sikit apa ada dalam tu, memandangkan kerja ktorg arini adalah berkaitan HDD. [editted]

dah boleh jadi cermin lak platter nie, hehe

bos buka hardisk nie and bagi ktorg tengok sebab dia nak tunjuk kenapa dia tak bagi ktorg kasar sangat sampai hentak hardisk tu. nampak yang macam jarum tu, kalau terhentak, jarum tu boleh beralih sampai terkeluar dari platter. bila tu jadi, hardisk dikira rosak aka cannot be detected/ read. and actually banyak lagi sebab dia rosak, itu just one of it la..

*arini aku bengang sikit dengan classmate aku. sebab dia ambil remeh bila aku ajak teman pergi shah alam, nak jumpa budak budak bomba tu. then balik tadi, dia dapat call dari adik dia, kata mak dia pengsan, jantung terhenti. dah sampai bilik, faiz call kata mak dia dah tak ada. oh my, tiba tiba rasa sebak. rasanya dia dah lama tak balik rumah jumpa mak dia, dan arini dia langsung tak sempat nak jumpa untuk kali terakhir. kita sama sama doakan mak dia k, and dia juga, moga moga dia tabah. 

notabersepah:
.. rasa sangat tak sedap hati.. tadi masa balik, lgsg xpandang muka kawan tu sebab bengang sgt.. rasa bersalah pula.. :(


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Wednesday, June 22, 2011

REPOST: Pendamping


tadi blogwalking kejap. jenguk satu blog nie, dari isnin aritu aku nak masuk blog dia. tapi kekangan internet kat office yang slow plus banyak sangat blocking plus faktor pakai mini notebook mungkin turut menyumbang tak boleh nak buka blog dia. so, arini teringat pula nak buka sebab tadi buka dashboard nampak link blog dia. dashboard blog tau, bukan dashboard kereta. o.0

aku buka blog dia dan aku scroll sampai ke page sebelah takat mana yang aku tak baca lagi.  dia baru kahwin, so kebanyakan cerita pasal dia kahwin gak la. then aku stop kat satu entri nie. gambar dia kahwin, comel je. then aku baca apa dia type kat bawah gambar. tiba tiba aku rasa, sweetnya. aku suka apa dia cakap kat situ. nak baca? jap aku copy paste. 
***

pedamping.
carilah seorang lelaki yang menerima kita seadanya,
untuk dibuat pendamping dunia akhirat.
jangan mencari seorang lelaki yang mendampingi kita kerana harta dan kecantikan fizikal.


aku dah dapat pendamping.
doa aku,semoga cinta dan sayang dia pada aku sampai bila -bila.

kalau dia satu hari nanti dia kalah pada ujian kesetiaan yang allah uji,
aku harap aku masih punya hati untuk dia.

harapan aku tinggi.
semoga dia berjaya harung ujian kesetiaan itu nanti sebab hanya dia yang aku harap pendamping di akhirat sana.

amin.


p/s :: cari pendamping anda.semoga hidup kita sentiasa dalam keredhaan yang esa.
***
sebenarnya aku cetaktampal nie tak tanya pun owner blog. glup glup. sesukahati aku je kan. so, sorry akakkkkkkkk. kat blog akak nie tak ada chatbox, ke browser aku yang lambat loading tak tahu la. entri pula jauh ke belakang, so kalau aku komen, tak tahu kalau dia baca ke tak. so how? jap, biar aku letak link. kalau nak baca blog full, click sini. kalau nak baca entri yang aku cetaktampal, click sini. serious, aku sangat suka entri yang nie, especially ayat last before amin. *senyum lebar2*

pendamping. mula mula tengok tajuk entri nie kat dashboard. nak cite pasal antu ke? *giggle* semua orang nak pendamping, pasangan hidup. tipu aih siapa tak nak. tapi ada kawan aku awal awal dah kata tak nak kahwin. hurmm. tak pernah tengok orang sikh kahwin, bila dah dapat kawan sikh, tak nak kahwin la pula. *sigh* comel kan bila dengar orang kahwin muda. walaupun sebenarnya it's kinda scary. lalalala~

notabersepah:
.. aku rasa cam nak keluar, nak jumpa orang. tapi xtau nk jumpa siapa. ada siapa2 nak jumpa aku tak skg???..
.. dapat rasa impian aku nak kawen awal bakal terkubur.. xpe, God must have a better plan for me, amen. :)


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Tuesday, June 21, 2011

:)


pilihlah dia, orang yang dah lama awak suka
dia kan yang teman awak dulu masa awak baru putus cinta
yang banyak nasihat awak supaya bersabar
yang sentiasa berpesan pada awak, jangan kacau ex awak dah
sebab dia tak nak awak gaduh besar dengan ex awak
dia juga yang teman awak sampai lewat malam
chatting, cerita itu cerita ini agar awak tak rasa keseorangan
tak terasa kehilangan
ajak awak keluar, tengok wayang, jalan jalan supaya awak tak terus bersedih
dia yang bagi kata kata peransang, minta awak jadi kuat
jangan mudah tumpahkan airmata
bila awak kata mak awak sakit, awak risau
dia juga yang teman awak sampai terbitnya mentari pagi, sampai awak tertidur
pergi la kat dia. dia lebih penting
papepun, saya dah berhenti mendoakan yang baik baik untuk awak
biarlah dia je yang mendoakan awak.


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

pagi pagi dah dengar orang kena rompak & tikam


pagi nie, kurang sejuk di office. semalam pun sama. air-con lambat on ke apa. so, arini masuk office dengan cool sikit. duduk duduk, tengok dorg pasang laptop, tengok dorg main angry bird. pagi pagi dah main game. ada yang buka facebook. kat sini, sebelum pukul 8.30, boleh lagi buka facebook tapi selalunya aku tak buka pun. malas. bukan ada apa apa pun dalam tu. laptop pun aku lambat buka.

pagi nie mengantuk. rasa nak tidur balik je. tengok jam, 8.35. nak g minum jap la. lapar. pepagi perut dh berbunyi. aish, semalam makan megi je dengan intan. megi kari fresh dari periuk terus masuk ke perut. ok, stop talking bout megi. aku pun terus ke pantry senseorang. jenguk kejap dari pintu, ada orang, hoh. aku kalau ada orang segan sikit. tak nampak muka, sebab kena cover dengan newspaper. tapi aku instict nie macam Tn Khairuddin, ketua cawangan lucuthak aka FOP. aku pun beranikan diri sikit, nak buat air je kan. kalau rasa segan segan nak duduk semeja, aku bawa lari je la air tu nanti. sampai kat pantry, eh, ada lagi sorg. yang nie aku tak tau nama tapi pegawai FOP juga. jarang nampak Tn nie, ada pun mesti tengah makan pagi aka lunch. kalau duduk lepak lepak kat pantry, memang tak la. kat sini, pegawai jarang makan masa lunch hour. dorang makan nasi pagi pagi lagi. makan sekali sehari katanya. kalau lapar petang, baru turun lagi beli makanan. tak pun masak megi. ktorg ada microwave, ada megi stok macam setahun. ok, setahun tu tipu. ktorg nie je yang conquer pantry masa lunch hour.

aku pun ambik mug, nescafe. 'mana kawan yang lain?', Tn Khairuddin tanya. 'ada kat dalam lagi', aku, sambil senyum sambil pointing finger ke arah bilik mesyuarat. pagi pagi kalau senyum, mood jadi elok. kan?. 
 *remove*

ok, berbalik pada cerita asal. pegawai yang ada dah pergi melawat, kat hospital. tadi Tn Wan Zul masuk, ktorg tanya dia. dia kata, bukan masuk ICU, masuk emergency je. luka kat tangan, dalam, sampai tulang. kat perut maybe ada kena sikit. hopefully tak teruk, kesian kalau dengar mangsa kena rompak nie cedera ke apa. ish ish. doakan dia k. baru semalam sembang dengan dia, dia kata kerja dia banyak lagi tak siap, bla bla bla. orang iban ni, tapi baru semalam sembang dengan dia in iban. before nie kalau dia tanya pun mesti in malay. aku kalau orang tak mula dulu cakap iban, aku memang tak cakap. lalalala~

notabersepah:
.. so korang, keluar umah hati2 sikit k. risau pula aku..


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Monday, June 20, 2011

kegunaan CCTV (assignment Tn Syed)

Kegunaan:

1. Pengawasan

Sebagai pengawasan di perumahan, bangunan pejabat, lapangan terbang dan premis perniagaan seperti bank dan pusat membeli belah. Untuk merekod aktiviti sekitar kawasan tertentu. Jenayah seperti kecurian yang berlaku direkod dan pelaku boleh dikenalpasti.

2. Industri

Proses industry yang membahayakan nyawa pekerja memerlukan pengawasan dari jauh. Antara kamera yang digunakan adalah line scan camera dan thermografic camera yang membolehkan operator mengukur suhu. Penggunaan CCTV dalam industry mungkin diperlukan dari segi undang-undang.

3. Memantau lalulintas.

Kegunaan CCTV dalam lalulintas adalah untuk mengesan kesesakan dan kemalangan. CCTV juga dipasang untuk mengesan salah laku pengguna jalan raya seperti melanggar lampu isyarat. tetapi CCTV tidak berfungsi sebagai perangkap halaju.

4. Keselamatan pengangkutan awam.

CCTV digunakan untuk memudahkan operator mengendalikan pengangkutan awam. Contoh, operator boleh memastikan penumpang tidak berada di pintu semasa operator menutup pintu tren dan tidak membahayakan penumpang.

5. Kegunaan undang-undang

Digunakan di balai polis atau mana-mana agensi yang mengendalikan soal siasat. Merekodkan sesi soal siasat secara visual yang boleh dikemukakan di mahkamah. Juga sebagai langkah berjaga-jaga pihak berkuasa tidak menyalahgunakan kuasa menyoalsiasat.

♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒
Related Posts with Thumbnails