Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cuba fikir elok elok

..anda rasa anda dah cukup bersyukur?..

Thursday, June 9, 2011

roling stone gather no moss: idioms





arini dalam pejabat, or specifically im saying we're in the bilik mesyuarat. eh, wait. did my mixed eng-malay blocking your impulse in your brain synapse? *muka bodoh*


dalam bilik mesyuarat, kami didatangi KPKPs Hasnan. atau lebih dikenali WakNan. this old folk sangat suka bercerita pasal idiom, life and more important pasal rasuah. pagi ni, dia datang bawa article baru. talking bout 'rolling stone gather no moss' idiom. 


"rolling stone gather no moss"
rolling stone refers to a man whose not having own stances(pendirian). a man who did one job at a time, but then get tired and deciding to have another. sebab tu a roling stone dia tak menghasilkan moss(lumut). fikir logik. manusia yang tak tetap dalam melakukan sesuatu pekerjaan, tak akan menghasil suatu hasil which refering to moss. ye la, kalau batu dah dok golek golek, mana lumut nak lekat atas batu. ye tak?


itu idiom WakNan bagi arini. memula ktorg masuk dulu, dia suka cakap ni "Jack of all trades, master of none". idiom nie timbul, bila ktorg tak ada major in our field. ye la, belajar yang general je. idiom tu membawa maksud, kau belajar banyak benda tapi tak ada satu pun yang kau expertise. dalam case ktorg, belajar secara general tapi tak ada satu pun field forensik yang ktorg mahir/expert. 


aritu pula, dia bagi article pasal "The face as an index of character". dalam article nie, cerita pasal dari riak muka, kita boleh tahu character seseorang. tapi tak semua ada ability macam tu. aku pun tak reti. bagi aku, kalau orang tu behave well, talk nice, baik la tu bagi aku. tapi jangan pula korg jumpa aku pasni, buat buat baik pula. sekeh mau? 


lagi satu article, pasal idiom yang pakai kuda. contoh: "You can take a horse to the water but you can't make it drink". maksudnya, kau boleh mengajak/bagi cadangan kepada seseorang tapi kau tak boleh paksa seseorang nie untuk buat apa yang perlu dia buat. kira sama la kalau kau kata, kau bagi segelas air kat tetamu tapi kau tak boleh paksa dia minum. kan?


dua tiga hari ni, WakNan asyik panggil nama aku. memula dulu dia suka cakap dengan faiz. so, bebudak nie kata WakNan suka kat aku. maybe sebab muka aku nie lembut plus aku memula dulu melayan la juga bila dia dah dok bagi ceramah semua. -.-


tahun depan dia retire dah. so, pegawai pegawai yang ada kat sini kata 'layan je la WakNan tu, dia bosan kot'. dia selalu jenguk ktorg kat bilik mesyaurat nie, once dah bercerita, panjang aihhh. dua hari lepas dia suruh ktorg tengok video pasal rasuah yang diadakan di KLCC. lama dah video nie. dia suruh ktorg hayati cause dalam tu ada lagu dan lakonan. all about corruption. aku nie kalau bab hayati lagu memang lemah la. kalau ada lirik or lagu tu kita memang dah sedia ada tahu, xpe la juga. tengok sampai half je, arini maybe sambung lagi. bebudak nie semangat pula nak tengok. bajet task semua dah siap.


notabersepah:
..arini on9 pakai lappy min, lappy nie lagi besar dari lappy cawangan. lappy cawangan tu wat mental je, dengan button mouse keras lagi.. >.<



♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Wednesday, June 8, 2011

simple note #16



"call me stupid, when i always be there for you, have you company when you need it, whereas in your heart and your mind, you're actually having some other lady in there. ya, just call me stupid".



♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Tuesday, June 7, 2011

kerja semasa cuti semester. part2: cari lain (?)

Hari kedua.

Hari kedua nie, masuk macam biasa. Shift pagi nie, kena kemas kemas pula bahagian freeze. Tak tahu sangat nak buat apa, just tolong tolong la. Then, supervisor suruh susun bahagian sejuk yang letak sayur etc. habis kat situ, aku pergi kacau norli tengah check roti. Tiba tiba ada sorg nie panggil, suruh buatkan kobis. Gila banyak weis~!! Buat kobis tu start dari pukul 9++ sampai pukul 12. Pukul 12 rehat. Then ada akak nie pesan, lepas rehat masuk timbang *yeay!* ganti staff yang nak rehat.so, aku pun g rehat dengan sorg staff nie. Then baru bermula peranan aku. Tapi aku tak timbang la, tolong seal plastic beg. Nak timbang, kena tahu bar code. Haaa, part nie la yang sengsara sikit. Dia kata, kena ingat semua bar code. Sebab sikit je barang yang ada kat button timbang. Korg boleh imagine kan machine timbang dia macam mana? Kat sini aku dah rasa sikit beban dia. Come on la weis. Aku nie baru je lepas habis exam, baru je nak rilek otak dari mengingat things. Tup tup, masuk kerja part time kena mengingat lagi. In one week lak tu. Kalau tak ingat, kena marah. *hantuk kepala* tapi aku fikir, just give it a try la dulu. Tak cuba tak tahu kan. Maybe senang je kerja nie. So kerja sampai petang, pukul 6. Kerja sealing je, then try belajar tengok macam mana dorg timbang. Try ingat mana mana code barang yang customer selalu beli. Balik petang nie, terbongkang lagi atas katil. Sakit kaki! Berdiri macam non-stop dah nie. -.-



Hari ketiga pula aka hari last….

Hari ketiga, as usual. Punch masuk. Ada meeting pula. Meeting staff. Semua staff yang ada gather and ktorg staff baru introduce ourselves. Kat sini, timbang kena hentam, especially from cashier. Kata timbang salah laa, ada barang tak seal la. Habis meeting nie, meeting antara staff timbang sekali dengan supervisor. Kena lagi. dia warning, pasnie tak nak dengar timbang kena hentam. And kalau ada salah timbang, dia bagi memo. Again, beban makin memberat. Oh my. Aku pandang norli, norli pandang aku. Hari ni, kerja macam biasa, macam semalam. Tapi kali nie, ktorg dibagi chances untuk try timbang. Tukar tukar la. Kalau customer dah queue panjang, staff lama ambil alih. Sambil sambil tu borak juga la. Dorg cerita, kalau queue panjang, manager marah. So, kena cepat. Kalau salah timbang, kena marah juga. Dorg pesan juga, dah timbang tu, check dulu harga betul ke tak. Means tak boleh la nak super duper cepat la kan. Then ktorg fikir, kalau macam tu, memang queue akan panjang la. Kenapa pula manager nie nak marah. Korg boleh faham tak apa aku cakap nie? Nak pastikan harga betul, kena belek dulu tanda harga. Means gonna take time la kan. Bila take time, queue probably jadi panjang. Manager nie pula, marah kalau queue panjang because customers gonna wait longer, marah juga kalau kita salah timbang. So, benda nie menimbulkan dilemma untuk ktorg yang newbie, yang still banyak lagi tak ingat. Aku ok sikit la, sebab bila queue panjang je, staff lama ambil alih so memang tak ada masalah pun dengan customer. Norli aritu kena tegur dengan customer. Since ada certain barang ktorg tak tahu nama. So, customer tu tegur dia tak kan tak tahu nama sayur tu. Dia tak nampak kot norli pakai tag ‘New staff’.

Balik kerja pukul 6, cakap dengan norli “tak boleh la kerja nie, tak larat nak mengingat”. Maka, ktorg pun teruskan perjalanan ke Warta sebelum ke kedai makan. Misi: cari kerja baru. Pusing pusing Warta, naik tingkat 1, Nampak iklan lekat “JAWATAN KOSONG”. Mula mula usha stall jual baju budak budak. Gaji ok, kerja jaga stall je. Then, ktorg usha lagi satu kedai baju. Gaji rendah sikit. Kerja serve customer. Then, ktorg tengok lagi satu kedai. Kedai kasut. Mula mula, segan nak masuk. Norli la yang pergi tanyakan. Terus jumpa bos. Bos lak tanya bila boleh start kerja. Uih, gaya cam senang je nak dapat. Sama macam orang lain, semua nak yang kerja lama. Ktorg kata boleh kerja sampai bulan 9. Bos lak kata, dia memang perlukan pekerja sampai atleast raya sebab memang dia urgent nak pekerja. Pekerja langsung tak ada. Yang ada sekarang nie pun, dia pinjam kejap dari kedai beg dia. Bila dengar dia cakap camtu, rasa cam tak sampai hati lak sebab ktorg plan sebenarnya nak kerja sebulan je. Sebab 1month later, ktorg nak praktikal dah. So, norli pun terus terang, bulan 6 maybe nak berhenti sebab ada program uni. Bos kata tak apa, kerja je dulu sementara dia cari pekerja tetap lain. So, ktorg akan start kerja esoknya, and no more econsave!!!!

See you at next entry!

notabersepah:
.. updating blog in the office again, using notebook.. sigh~ tak reti la pakai notebook. i want larger laptop!!!!
 

♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Monday, June 6, 2011

duit makan


arini nak bercerita sedikit pasal duit makan. kalau korg, berapa yang korg akan belanjakan dalam sehari untuk makan? RM5? or RM10? ke lebih? eh?

kalau aku pula..

dulu, tengah dalam sem ada la RM10. itu secara kasar. kadang kadang less than that. standard la. tengahari makan RM5, malam makan RM5. apa? banyak? uishhh. aku nie jenis wajip makan. tak makan maksudnya tak indah la hari hari aku. so mostly, i'll spend around RM10 perday for food.

itu dalam sem. sekarang nie aku luar sem. cuti la. so, cuti nie, aku kerja part time. cuba teka berapa aku spend untuk makan? hurmmmmmmmmmmm. lepas kira kira, tolak ini tolak itu, ada la dalam RM15. ha? banyak? agak la. aku pun terkejut. pagi aku breakfast, keluar duit. tengahari nak makan, keluar lagi duit. petang lapar and mengantok, beli sikit makanan and beli nescafe. malam habis kerja, makan lagi. so total up semua, sampai gak la RM15. banyak kan. mana la duit sekejap je lesap. *sigh*

so, 1 way aku nak kurangkan belanja makan, aku masak nasi sendiri. lauk je beli. lauk pun jarang dah beli sayur. serious, lama dah rasa tak makan sayur. >.< tang tu, boleh la save dalam RM1. nescafe pula, ha yang nie memang susah nak tinggal. dulu aku beli yang Giant punya, RM2. nak jimat beli yang bungkus dari kedai makan. selalu beli kat kedai makan tu charge RM1.80. ok la, even just kurang 20sen. awal awal kerja dulu, suka beli roti kat Giant. sekarang dah kurang. nak makan, terus makan nasi tengahari. jimat dah dalam RM2-RM3. awal awal kerja dulu pun suka gak beli makanan yang goreng punya, eg: nugget. beli mesti dalam 2 or 3 cucuk. 1cucuk RM1. sekarang bila dah tak beli, save dah dalam RM3 kat situ. kalau ada pun beli apa apa petang, selalunya beli kopok lekor or pisang goreng, kongsi dengan budak sama kerja la, sorg RM1. sekarang since aku balik sorg sorg malam, tak ada dah makan malam. habis kerja, terus balik. kat situ dah tersimpan lebih kurang RM5. aku rasa dalam tempoh nie, aku just belanja less than RM10. hebat tak? :P

itu tempoh aku kerja part time. sekarang kan aku praktikal. putrajaya. mahal la juga makanan dia. kalau compare dengan kat luar putrajaya, makanan dia up RM1. contoh; kalau kau beli nasi + ayam goreng + sayur, paling paling pun charge within RM3.50, paling murah kan, paling mahal pun ada la RM4. kalau kat sini, tempat aku praktikal charge dia untuk makanan yang sama is RM5. up seringgit. aku rasa dia kira ikut genap. ayam dan ikan, semua jenis masakan RM3. so, bila bayar, bayar dalam RM4 or RM5 camtu la. walaupun mahal sangat tapi senang la nak kira, tak payah pakai syiling semua. bila fikir, tak boleh nak save nie, ada kang aku makan pasir. so, aku dengan intan plan nasi masak sendiri. means beli lauk je la, sama macam masa aku part time aritu. tapi belanjawan kali nie lebih kurang macam masa aku dalam sem la. around RM10. beli ayam/ikan + sayur = RM4, kalau makan belah malam, maybe dalam RM4-5. air semua tak payah, sebab kat office boleh bancuh air. air free, nescafe, milo semua dah ada. aku je gedik nak bawa nescafe 3in1 pergi office *tongue* itu kalau malam ada makan, kalau makan siang je means just spend less than RM5 for food perday. wow! harap harap boleh jimat la weis!!

*bila dah hidup macam nie, baru sedar, penting kira duit nie. tak boleh belanja suka suka hati korg. belanja suka suka hati, ambik korg makan pasir kat umah.
*lagi satu, mesti teringat pesan mama izni kat dia, "kak urn tak payah la makan mahal2, makan murah2 cukup la". adoi, terasa aku. haha~

notabersepah: 
.. xdak duit dah sekarang, cukup2 wat makan je ;(




♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Friday, June 3, 2011

cerita praktikal, siri 1


haluu~~
rindu tak? dah lama tak update kan. agak pemalas la sekarang ni. habis sem terus kerja part time, sekarang nie pula, weekdays praktikal, weekend buat part time.

untuk pengetahuan semua, aku dah start praktikal. setelah sebulan tunggu after habis sem, akhirnya hari nie pun tiba. apa yang berlaku sebulan nie, aku akan letak dalam blog, cerita aku ber-part time. tapi bukan sekarang la. agak malas sebenarnya nak menulis. kinda busy. balik bilik, penat. kadang kadang, sampai kolej petang terus tido. masa nak on9 agak terhad la. ini pun aku tengah typing dalam pejabat. nasib baik blog boleh buka. just facebok and twitter kena block. even nak buka email yahoo pun tak lepas. aihh~

itu cerita secara general. secara spesifik pula, meh nak cerita hari pertama.

hari pertama praktikal.
bangun agak lewat sikit. alarm tak dengar -.- itu pun intan yang kejut. pukul 630 kot bangun. terus mandi and siap siap. gerak pukul 7, almaklumla first time nak melayari jalan putrajaya di waktu pagi; waktu yang mana semua orang drive ke tempat kerja. so, takut jammed plus memang tak nak lewat untuk lapor diri, gerak la awal awal.

sampai kat pejabat, pukul 720. 730, ada orang turun jemput ktorg, Tn Ridhuan. owh, lupa nak bagitau. it's 4 of us yang praktikal kat sini. pegawai nie datang dan bawa ktorg naik ke pejabat, tingkat 6. before naik, hp ktorg semua kena off and seal. means seharian tanpa hp. nasib baik la aku takda siapa siapa nak msg, xdak la terasa sangat *gelak kat dorg* dah naik kat atas, baru tahu supervisor yang incharge ktorg tak sampai lagi, nanti pukul 830 baru dia datang jumpa ktorg. ktorg pun disuruh turun cafe dulu, breakfast. sampai kat pintu utama, terjumpa pula dengan tuan supervisor. dia pun suruh pergi breakfast dulu, 830 baru naik jumpa dia. i can say, our starting hour kinda chill la.

8++ ktorg dah naik. rasa macam agak lama duduk kat cafe. aku makan kuih and teh tarik. itu pun tak habis, bawa naik je. yang lain ada yang makan nasi lemak, ada yang makan mee.  nak naik kena pakai pass, so kena la panggil pegawai yang 1st jemput ktorg turun untuk bawa ktorg naik balik memandangkan ktorg belum ada pass. naik atas, tak 830 lagi. so duduk borak borak je la kat bilik mesyuarat. sharp 830, supervisor pun masuk. introducing nama masing masing, tuan supervisor pun bagi taklimat. habis taklimat, lawat aras bawah sekali. yang menemptkan bilik soal siasat, bilik kebal, lokap pun ada. then, baru dia bawa pusing office aras 6 yang menempatkan pegawai. siapa pegawai yang ada, dia perkenalkan.

habis semua tu, tengahari dah. so, lunch dulu. petang tak buat apa apa lagi. so, just bincang apa yang ada kat pejabat. apa peranan setiap pegawai. bincang juga pasal tawaran kerja JPA. harapan dorg kalau ktorg nie nanti after grad kerja kat sini. kalau ikutkan memang la nak kerja kat sini, tapi masalahnya semua tawaran bekerja JPA yang hold. >.<

then, ktorg balik. sama macam orang kerajaan yang masuk kerja pukul 8, ktorg balik pukul 5. kalau pagi tadi, aku yang drive, balik nie faiz yang drive. dia volunteer. aku pun ok je, penat gak rasa walaupun tak buat kerja.

sampai kolej dalam pukul 6. basuh muka, terus landing atas katil. PENAT! tidur macam tak ingat dunia. bangun pukul 8 tengok hp, ada msg dari bos kedai kasut. tanya kerja tak weekend, adoi tak dan nak reply. tunggu jumpa dia je la. so, 830 pergi mandi after on9 kejap. almost 9, keluar nak hantar BGP pergi mandi then singgap jap kat kedai kasut jumpa bos. kesian dia, pekerja lari, yang lagi sorg excident. tinggal sorg je pekerja tolong dia. esok kena bangun awal lagi. harap harap mampu bertahan selama dua bulan. 2 tahun mendatang,  im gonna face this for the rest of my life!! =.=

*sekarang aku update blog pakai laptop cawangan. susah la, tak biasa pakai laptop lain selain laptop sendiri. adoi.
*mesti korang tertanya tanya aku praktikal kat mana. nak teka tak?
*ada masa aku update hari kedua, hari ktrg dibagi task. *wink*
*so here, i can say again, our 1st day is just fine, chillllll je! :D
*sejuk cam gila la pejabat nie!!

notabersepah:
.. doakan yang baik baik ok untuk praktikal aku ni. :)


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒
Related Posts with Thumbnails