Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cuba fikir elok elok

..anda rasa anda dah cukup bersyukur?..

Saturday, August 28, 2010

apa saya nak daripada sorang insan bergelar kawan

KESUDIAN untuk menjadi kawan yang lebih sebagai kawan biasa..
sudi untuk terima apa saya bagi
sudi untuk bagi apa saya perlu
sudi untuk dengar apa saya cakap
sudi untuk cakap apa saya perlu tau
sudi untuk luah masalah yang dia ada
sudi untuk memberi pendapat
sudi untuk bertanya hari-hari saya 
sudi untuk khabarkan dia bagaimana
kesimpulanya,KESUDIAN dia sbg kawan yg lebih dari kawan biasa..♥

en.google punya
♫ nota tambahan:
▪kata hati nie actually dah lama dah wujud..tp baru sekarang letak dalam blog..and it's actually adalah jawapan kepada 1 soalan dalam formspring yang sy xtau sape yang bagi..x ingat lak soalan dia camne..errr~
▪disebabkan xtau dah nk buat apa,korek formspring sndiri n baca balik jawapan2 dulu sambil tertengok betapa mesranya seorang insan yang kini dah dingin..
▪sememangnya masa boleh mengubah seseorang..tapi it's ok, klo dia bahagia tanpa kita, lepaskan dia..dia lebih bahagia dengan org lain..dan kita hanya jadi sebahagian kenangan dia..dan jika kenangan itu pn dia nak buang,kita xda hak nak menghalang..itu hidup dia,kebahagian dia..pilihan dia..
[removed]
nota bersepah:
..ye la,nk korek formspring org lain,org tu xda formspring pula..huuu~~
..wait wait..camne boleh timbul balik hal nie..????..biasa la,manusia kan suka mengungkit,camtu la sy...derr~

♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Sunday, August 22, 2010

beautiful-eyes-contest-by-nj-lens


cetaktampal dengan penuh kesopanan:


How to enter?


Follow this steps:
  1. Be NJ-LENS* follower.
  2. Link and put NJ-LENS banner in ur blog*
  3. Snap a close up photo of ur beautiful eyes with or without contact lens.
  4. Edit photos are acceptable.
  5. We only accept 1 photo for each entry.
  6. Write about this contest in ur blog.Put NJ-LENS** link in ur entry.
  7. Put this Beautiful Eyes Contest banner in ur side bar.
  8. After joining, leave ur name, email & ur entry link at this comment box.

 *link untuk ke blog tukang contest..
 **link untuk ke entry contest..click pada banner di site kanan blog juga boleh..
♥1st prize
a pair of GEO contact lens (any design)
1 cute hello kitty lens case

♥2nd prize
a pair of GEO contact lens ( 1 tone design)

CLOSING DATE : 24 Aug 2010

►ini adalah contest yg sy dapat dari cik nana aka usagi kecik..beliau meng-invite sy..jadi..saya dengan penuh confident dan berfikir pendek..maka,sy pun memilih gambar ini..primary pict fb sy sebelum yg currently pakai..

 so,kepada blogger yang lain..selamat meng-join-kan diri..semoga menang..hoho~~
♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Friday, August 13, 2010

denting hati



dengarkan denting itu
mana datangnya
pernahkah kau terfikir
kalau denting itu
datangnya dari hati ini
ia berdenting menanti kamu
berirama seperti ia masih mahu kamu
dentingan hati berceritakan sesuatu
ia tidah tegar melihat kamu gembira
tanpa dia di sisi memberi bahagia
memang hati itu berirama pentingkn diri
kerana ia tidak sanggup sendirian
melayan sepi
maka ia berdenting nyaring
mengganggu kamu yang sedang bahagia
maafkan aku bila aku tak mampu melepas kamu pergi..

..karangan dalam masa 2minit..

nota bersepah:
..rindu seseorang yang xsepatutnya..

♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Sunday, August 8, 2010

hati masih mahu berpuisikan kamu

hati masih ingin berpuisi untuk kamu
masih mahu bermimpi perihal hati kamu
walaupun hati kita tidak ada serasinya
hati masih ingin berpuisi tentang kamu
perihal rindu pada kamu yang pernah ada
yang tidak pernah putus merindu diseli airmata
hati masih ingin berpuisikan kamu
walaupun hati ini pernah dikoyak rabak
yang berlagu pilu bersama dendang esak
*****
tapi bagaimana mahu ku berpuisi
andai rasa itu sudah tiada
rindu itu pula sudah berpaling
tanpa sedarku rasa itu hanyut
ditelan masa,dikunyah waktu
rindu ku pula pada yang lain
namun,hati tetap masih mahu berpuisi
bersama bait2 yang terkandung nama kamu
nama yang kudengar indah sentiasa
*****
benarkan apa yang pernah aku azamkan dulu
dengan masa yang berlalu sepi,kering
aku akan mampu melupakan kamu
yang dulunya adalah wajah kegemaran
yang tanpa jemu aku tatap
menjahit sendirian koyak hati duka
dengan benang kenangan selama bertahun
dan kini,aku tidak akan sesekali
tersentap memandang kamu yang mengoncang jiwa
walaupun puisi ku masih ada kamu
*rindu*

nota bersepah:
..nak sangat jumpa..tapi takot lak..huu~
..i've been editting this post many TIMES,kenapalah post nie degil sgt..boleh pula line lari..=_="


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Friday, August 6, 2010

sampai satu ketika



akan sampai satu ketika
kau akan tersedar
tersedar bahawa dunia ini
tak selamanya memalingkan keindahannya dari kau
tersedar bahawa dunia ini
masih mahukan kau memijak ia dengan hati yang lena
dengan jiwa yang gembira
agar kau kuat melawan rasa hati yang kejam
akan sampai juga satu ketika
kau akan tersedar
tersedar masih ada yang mahukan kau di sisi
yang menganggap kau orang yang dia sayang
yang ingin kau ada di bingkai gambar pada masa depan
sampai satu ketika
kau akan penat
penat berfikir kenapa dunia ini begini
kenapa dia enggan melepaskan
kenapa dia masih sayang
dan kenapa kau masih mampu bertahan
selepas kau rasa dunia ini membenci kau..
=)
dan aku pula tersedar sudah berzaman aku tak berkata2..
*mode:tolong ingatkan aku-anaraffali*
♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒
Related Posts with Thumbnails