Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cuba fikir elok elok

..anda rasa anda dah cukup bersyukur?..

Tuesday, December 28, 2010

simple note #6



saya minta maaf, saya memang bodoh sebab cakap macam tu. tapi saya xnak jadi hipokrit. 
kalau saya jelaskan hal yang sebenarnya, awak akan terima kan penjelasan saya?

i cried everynight when we fought

nota bersepah:
..sedih..sy xnk kita jadi camnie..sy nak kehidupan yang dulu, kehidupan kita yang penuh gelak tawa..





♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Thursday, December 23, 2010

kalau kau lupa, aku ingin ingatkan


ingat lagi tak, dia pernah cakap 'sila jaga saya elok2 k!' dan kau kata 'baek!'. kau pernah tak semat dalam hati kau kalau dia memang memaksudkan apa yang dia cakap dan dia mengharapkan agar kau akan menjaga dia sehingga akhir hayat?

ingat lagi tak, kau pernah kata kalau kau dan dia ada jodoh, kau nak kahwin dengan dia. dan kau katakan kau sayang dia sangat2. walau dia tak mahu percaya tapi dia gembira kau berkata begitu dan masa itu, dia meletakkn harapan yang bukan mainan. dia cuba yakinkan diri dia bahawa kau dan dia boleh bersama walaupun dia sendiri sedar semuanya mungkin mustahil.

ingat lagi tak dia pernah letak status 'And I didn't mean to get so close and share what we did, And I didn't mean to fall in love, but I did, And you didn't mean to love me back but I know you did' dan kau katakan kepada dia 'awk, awk tgk ayat ketiga status ***** awk tu. yes, i did'. kemudian kau berterus terang kau dah lama memendam rasa sayang itu pada dia, cuma kau takut untuk meluah. dia gembira, sekurang2nya dia tahu dia tak bertepuk sebelah tangan.

kau sedar tak, dia bahagia bila kau selalu ada untuk dia. dan dia kesal bila kau membelakangkan dia di saat seseorang yang pernah buang kau dulu kembali. pernahkah kau terfikir kalau dia  pernah menyematkan dalam diri dia 'kalau awak dah xsayangkan saya dan awak memilih orang lain, saya rela asal awak bahagia tapi saya tak rela kalau awak memilih orang yang sama yang tinggalkan awak terkontang kanting dulu. sakit ditinggal orang yang sama untuk kali kedua pasti lebih menyakitkan dan saya tak kuat melihat awak disakiti'. dia juga selalu marahkan kau bila timbul nama seseorang. sebab dia tak mahu kau bersedih. dan terbukti kau masih bersedih bila seseorang itu muncul dalam hidup kau balik. dia juga risau kalau kau abaikan dia jika seseorang itu mendampingi kau. kau tahu kan, dia sayangkan kau dan dia tak  mahu kehilangan kau.

kau ingat lagi tak, betapa kau marahkan dia bila dia keluar dengan lelaki lain. dia cuba memujuk kau walaupun kau sendiri tahu dia bukan jenis yang pandai memujuk orang. kau masih berkeras hati sehingga dia tak tahu mahu menjelaskan kepada kau bagaimana lagi. saat itu, kau patut lihat betapa teruknya dia menangis sepanjang malam sehingga dia tak sedar dia terlena dalam airmata. dengan bangun paginya bermata bengkak dan dia masih menangis. dan kau juga patut lihat betapa susahnya dia nak berhenti menangis bila kau kata 'lepas nie kita jangan jumpa lagi la'. kerana dia menyangkakan kau mahu membuang dia jauh dari kau.

kau ingat tak, dia pernah kata 'we better as bff' dan aku pasti kau mesti sedar yang ini, dia tiada pendirian dalam keputusan yang dia buat. aku pun adakalanya tersedar. walau mulut dia katakan itu tapi hati dia mahukan yang lain. sebab aku tahu, dia sebenarnya anggap kau lebih dari kawan. dia hanya mahu sedapkan hati dia bahawa sebagai kawan adalah lebih baik. dia tak mahu terluka disebabkan kau tapi di akhir setiap perbalahan, dia tetap terluka dengan kau. tapi untuk hal ini aku juga nak kau tahu suatu perkara, dia bukan tidak mahu tetapkan pendirian dalam keputusan yang dia buat. cuma dia tak mahukan kau serba salah, tak mahukan kau merasa susah dan terpaksa memilih dia. dia sayangkan kau dan dia mahu yang baik2 untuk kau jadi menyusahkan kau adalah sesuatu yang dia cuba elak. aku pernah sarankan dia untuk berterus terang tapi katanya tidak perlu. kini, dia terkilan kau dan dia sudah tak seperti dulu. dan dia terkilan kau sudah menetapkan kau dan dia hanya kawan.

kemudiannya, kata dia kepada aku, 'kenapa sekarang aku dah tak rasa apa yang pernah dia kata dulu?, kenapa aku rasa dia dah berubah dan makin menjauh?, apa dia dah lupa atau dia dah tak sayangkan aku lagi?' 

jadi, aku katakan kepada dia. 'sayang, manusia sering kali lupa akan apa yang pernah mereka katakan. mungkin kau sendiri pernah terlupa akan apa yang pernah kau katakan atau janjikan. begitu juga orang lain, begitu juga dia. jadi, jangan salahkan dia atas apa yang dia lupakan tapi ingatkan dia kembali akan apa yang perlu dia ingatkan tentang kau berdua. menyokong satu sama lain adalah lebih bermakna dari kau mementingkan diri sendiri. mungkin melupai boleh menjadi penyelesaian terbaik jika ternyata hati dia bukan untuk kau'.

dia merenung aku dan berkata 'aku tak kuat, tak kuat untuk menahan dia terus sayangkan aku atau membiarkan dia pergi tinggalkan aku demi orang lain'. lantas dia berlalu pergi tanpa sempat aku berkata lagi.


nota bersepah:
kalau aku xpuas hati, aku akan tetap xpuas hati walaupun benda tu dah lama, walaupun xberkaitan dengan aku..


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Sunday, December 19, 2010

i miss calling you sayang


semalam punya semalam, 17/12/10 banyak juga  hal yang berlaku. bangun pagi, errr, agak lambat. on9 jap, then baru mandi. mak pula dah bising2 suruh cat pagar umah abang. takot petang nanti hujan. adoii. bila rajin xsampai2, memang malas la nak buat apa2. tghr baru mandi, then siap2 nak mula kerja. hah! ai jadi orang rajin. lap2 sikit pagar, baru mula cat. 'sapu 2 lapisan, baru tahan' akak ipar cakap, aku pun kata 'ok!'. start dlm pukul 2 and finish almost at 7. pheww! penat juga. kaler biru langit tau, cantek~

dalam tempoh mengecat tu, budak2 lorong nie main kat luar. main bola la, main anak kucing la, main kejar2 la. sampai ada yang terkena cat. habis kerja cat2, g la menapak depan tv. cinta kirana. my mom n sis in law suka tengok cite nie, xleh miss! dalam masa yang sama nie, akak ipar panggil anak buah, jaydison balik umah. kan dah lewat, xkan nak main sampai malam2 pula. akak ipar kata, 'eh, balik! xnak ikut keluar ke?' jaydi tanya la nak g mana, ktorg pula main2 la jawab nak g mana. sekali dia mengamuk, sampai ke dapo lari. kena pula abang dia suka sakat dia, makin menjadi la jaydi tu marah. sampai masuk bawah meja makan. lama juga, sampai 1 point, dia nak tumbuk abang n mak dia. budak2. apa la sangat ngan penumbuk. 2nd time dia nak tumbuk mak dia, xdapat, dia geram dia ambik pin bowling mainan dia, dia nak pukul mak dia pula. aih! aku dah menyirap nie. pantang tengok budak2 naik kepala. aku pun tolak dia, n marah dia terus. at 1st, dia lawan balik, nak pukul aku jgak la. aku pun rampas pin bowling tu, aku pukul tangan dia kuat2. serius kuat. banyak kali juga.  terdiam kejap dia. aku marah2 lagi. gila bengang aku time tu. dia stop nangis, dia lari kat dapo, lari kat abang aku yang ngah smoking kat belakang. ceh! saje je la tu nak tagih simpati. sebab dia tau, klo dia ngade2 lagi, memang abang aku lak marah dia. klo abang aku yang marah, abeh r. pastu abang aku pujuk la dia, siap dukung2. aku dah wat muka kelat. tapi pastu, kesian pula. mesti dia terkejut, sebab aku xpenah marah dia apatah lagi pukul. >.< tapi malam tu dia ok la, nak cakap ngan aku dah.  ngade2 lagi depan aku!
video
yang mengamuk di bawah meja..tgk betul2~


tak lama lepas anak buah aku stop mengamuk, akak aku pun sampai dari kuching. dia, suami dia, makcik aku, cucu makcik aku. drive dari kuching ke miri, kira awal juga dorang sampai dalam jam nie, around 8pm. 

malam lepas xda pape, jadi pula benda lain. adoi. aku penat la benda yang sama je jadi. aku nie bukan tunggul la sayang. tolong la paham.

nota bersepah:
..entah..


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Friday, December 17, 2010

LadyEll buat Giveaway,JOM JOIN!!

copypaste entry asal :


Caranya:-

1.Buat n3 di blog anda mengenai giveaway ni dengan tajuk :LadyEll buat Giveaway,JOM JOIN!!
dan hantarkan url link anda di ruangan komen post ini.(1 point)

2.Follow blog "Life of ladyEll" (1 point)

3.Tag rakan anda sekurang2nya 2 orang (1 point)

4.Letak gambar banner beserta link giveaway ini di sidebar anda (1 point)

Sekiranya keempat-empat langkah ini berjaya anda ikuti,anda telah mengumpul 4 points dimana lebih besar peluang untuk anda menang.



Syaratnya:-

1.Sesiapa saja yang bergelar blogger dan mempunyai alamat di Malaysia,layak  menyertai.Kalau duduk oversea pun boleh tapi ada alamat Malaysia ya.

2.Tarikh giveaway ini berjalan serta merta mulai sekarang sehingga 30 Disember.

3.Hadiah surprise menanti bakal pemenang.dan hanya seorang yang akan dipilih.Tapi bergantung pada penyertaan,jika ramai penyertaan maka hadiah saguhati akan diadakan.

4.Pemanang akan dipilih random melalui cara "cabutan bertuah".

5.Pemenang akan diumumkan secepat mungkin setelah tamat giveaway ini.Insya'Allah..


Ok,Good Luck!!
people tagged:

1. nana aka usagi kecik
2. norlina

banner :


siap dah!

♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

"My 1st GiveAway in 2011"


[cetaktampal syarat] :

Yang nak join, boleh baca syarat kat bawah nie..syarat dye senang je :
  1. Uolss hanya perlu buat entry bertajuk "My 1st GiveAway in 2011"
  2. Letak baner GA nie okai..letak taw dalam post entry dengan sidebar uolss..
  3. Tag 3 orang..make sure yang kena tag tu tau k..nak tag lebih 3 orang pown takpe..macih banyak2..
  4. Follow blog kita sebab senang kan nak tau pasal perkembangan dye..mane laa tau kalau tetibe je Fieza tutup awal GA nie..dah follow, selitkan id sekali ye =)
  5. Sape2 pown boleh join..terbuka pada lelaki dan perempuan..

[cetaktampal hadiah] :

hadiah dye sweet sangat >.< sesuai untuk orang yang dah berkahwin, bakal berkahwin, yang belum berkahwin, teruna dan dara..heee~ =)

[cetaktampal pesanan penaja] :

BTW, My Eldest sis akan pick secara random nama2 pemenang melalui system Lucky Draw..soo, sape2 pown boleh menang..moh2 join reramai >.<

[cetaktampal tarikh tutup] :

Tarikh tutup: 26 February 2011
(kemungkinan besar juga Fieza akan tutup lebih awal GA nie) 

[the banner] :



[blogger yang ditag] :


1. nana aka usagi kecik
2. famy
3. norlina


nie pula link ke entry asal :


http://hafidzahhafidz.blogspot.com/2010/12/my-1st-giveaway-in-2011.html


^_^)
♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Thursday, December 16, 2010

simple note #5



- nota yang hampir basi -

sy cepat moody lately sebab :
1. awak salu gantung soalan sy 
2. awak tau sy xsuka tapi awak buat jgak apa yg sy xsuka 
3. awak agaknya lupa sy tgh tunggu awak 
4. awak perlekehkan sesuatu yg bg sy bukan hal kecil 
5. awak selalu kata xda pape sedangkan awak ada pape.. 


then, awak still boleh tanya kenapa saya salu xde mood?


* kdg2 xtau la nape mood nie terumbang ambing..adakah faktor nak balik ke ukm ahad nie turut menyumbang???

nota bersepah:
..xmandi lagi..
..sila abaikan nota nie..sy cuma putus fius sekejap.. >.<



♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Tuesday, December 14, 2010

simple note #4


im eagarly wanna see you
but yesterday tell me dont


dont wanna look back, it scared me

yup, i am ego 

nota bersepah:
..risau..
♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Sunday, December 12, 2010

marah sbb apa pn aku xtau..



"kalau hari2 camnie, gila la aku. siapa2 tolong bookingkan aku satu katil kat tanjung rambutan. aku mungkin perlukan satu nanti. huh~"


bila cemburu, mesti nak marah2 kan. orang kata, cemburu tandanya sayang. habis kalau x cemburu, xsayang ke?. kalau nak tunjuk sayang, kena marah2 ke?. penat la marah2. aku xpaham kenapa ada couple yang suka gado2. siap maki2 lagi. kata sayang, tp bila gado, bukan main lagi marah. baik xpayah couple. memang gado tu perkara biasa, even suami isteri pun boleh gado2, itu aku paham . tapi beragak la!

aku penah ada kawan. perempuan. pacaran dengan senior. awal2 memang la manis. madu pun kalah. tp orang kata, madu asli xda la manis sangat..*hurm*.. then, dorang futher study. jauh juga. sorang kat pulau, sorang kat mainland. bermula la zaman gado dorang. tapi ini aku dengar cerita, kesahihannya boleh dipercayai sebab dia sendiri penah juga cerita. bukan di alam reality, kat alam maya je. back to the story. dia kata dorang selalu gado. asal contact je gado. gado bukan hal kecik, gado besar punya. lepas tu, aku ada la nasihat sikit walaupun aku nie bukannya expert sangat nasihat orang. tapi aku x ingat la aku cakap apa. bila dia kata dia nk minta putus, memang aku sokong. sebab aku fikir, kita bila couple mesti la nak happy2. kalau dah dok gado je, happy kebendanya. baik xpayah, nama je couple tapi situasi macam musuh je. tapi dorang putus kejap je, 2hari kot. sambung balik, kata xleh. lorrr. aku memang xnak dah komen bila dia kata dorg dah on balik. 

ye, memang aku xkan paham sebab aku single. xde ehem2. tapi fikir logik sendiri la. kalau dah sayang tu, pandai2 la jaga hubungan. kalau kata sayang, tunjuk la sayang. nie x, kata sayang tapi maki hamun. aku xtau apa cerita dorang dah skg. tapi aku harap kalau dah on balik dengan alasan xboleh nak break. make sure pastu, jangan dok gado je. asal gado je maki2, sumpah2. gila xbahagia hidup! kalau lepas tu pun still nak gado2 cam before tu, huh, xtau la hubungan jenis apa aku nak label tu..

*jangan kondem aku sebab aku xda boyfren, aku just xpuas hati ngan certain thing yang berlaku.. walaupun benda tu dah berzaman..

"klu nk mrh2, xpyh la msg.."
oh, ok.. xmsg la.. g la kuar berpoya2 sampai malam.



nota bersepah:
..SERABUT!..
..aku leh paham kalau marah sebab cemburu, aku dah rasa. tapi kalau marah sebab lain, urm no comment la.tggu sendiri rasa..

♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒
Related Posts with Thumbnails